Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Gambar Kahwin Pelakon Kisah Kaisara Sari Yanti & Mohd Eddy Casmady

Selamat pengantin baru kepada pelakon Sari Yanti. Pasangan yang ideal. Semoga bahagia dan hubungan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat. Tahniah! I’m happy for you, Sari!

Bahagia

Sarung cincin

Bahagia ceria bersama

Hantaran songket

Tahniah Sari dan pasangan

Hantaran laptop

Happy

Kiss of love

Datang inang bermain kata,
Buat pengantin gelak berdua,
Asal kawan bukan bercinta,
Sudah jodoh tidak ke mana

Namun pelakon siri Kisah Kaisara ini sah bergelar isteri apabila selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Eddy Casmady Che Hussein atau Eddy, Jumaat lalu dengan lima kali lafaz. Pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohamad Nazari Mohd Nor, 49, di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pada majlis itu Eddy turut menyerahkan wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya berserta mas kahwin RM500. Tidak ketinggalan, tujuh dulang hantaran berbalas sembilan berupa senaskhah al-Quran, barang perhiasan, pakaian sepersalinan dan manisan. Sewaktu upacara membatalkan air sembahyang pula, Sari menerima sebentuk cincin dan gelang.

Sari dan Eddy yang bercinta selama sempat tahun diraikan pada majlis persandingan di rumah pengantin perempuan keesokan harinya. Ia berlangsung dengan meriah dengan kehadiran ramai tetamu termasuk rakan artis, Zarina Zainuddin, Hattan dan pengarah Zulkeflie M Osman serta saudara mara dan sahabat handai.

Sari kelihatan manis dalam busana moden warna putih rekaan Lynda Rahim sementara Eddy bergaya dalam persalinan pahlawan Melayu.

Pasangan ini berkata, mereka sangat gembira kerana perancangan untuk berumahtangga terlaksana akhirnya apatah lagi selepas hampir empat tahun nantikan saat bahagia itu.

“Ada orang berpendapat saya terlalu cepat membuat keputusan untuk mengakhiri zaman solo sedangkan kerjaya baru hendak berkembang. Pada saya perkahwinan bukan penghalang kerana rezeki pasti datang kalau kita berusaha untuk memberikan yang terbaik. Penonton zaman sekarang sudah bijak, mereka menilai seorang artis bukan atas sebab peribadi dan personaliti semata-mata, tetapi juga bakat yang diketengahkan. Lagipun Tuhan sendiri ada menyebut kepada mereka yang mendirikan rumah tangga dan mengembangkan lagi umat-Nya, pasti ada rezeki yang dikurniakan. Sebagai hamba-Nya, saya percaya akan perkara ini,” katanya sambil tersenyum manis di sisi suami.

Sari mengakui dia sendiri sebenarnya yang menggesa agar pernikahan mereka dipercepatkan. Katanya, Eddy tidak kisah menunggu kerana mahu memberi peluang kepadanya untuk membina nama sebagai pelakon.

“Kami berkawan sebelum saya menyertai bidang seni secara serius lagi. Kata Eddy waktu itu apabila kerjaya lakonan saya benar-benar kukuh, barulah dia mahu perkahwinan kami dilangsungkan. Pada saya, tidak perlulah kami tunggu lagi kerana dilihat pada usia ini rasanya ia masa paling sesuai. Hari ini saya gembira kerana apa yang dirancang berjalan lancar,” katanya.

Mengenai sejarah percintaan mereka, kata Sari, pada peringkat awal dia dan Eddy hanya kawan biasa dan mula berkenalan sewaktu membantu suaminya menjayakan rakaman video korporat untuk syarikat pengeluar kereta tempatan.

“Eddy berupa kenalan abang saya jadi kami memang sudah kenal antara satu sama lain. Sejak membantunya menjayakan rakaman video itu, kami mula berkawan rapat dan selalu berbual menerusi telefon. Dia banyak meluahkan atau menceritakan perihal kerja mahupun peribadi kepada saya. Hampir dua tahun kami berkawan, barulah timbul perasaan serius untuk bercinta. Eddy juga yang memulakan segalanya apabila tiba-tiba bertanyakan soalan dan mengajak saya kahwin. Saya ingatkan dia bergurau, tetapi rupa-rupanya serius apabila soalan itu banyak kali ditanya. Saya akhirnya berasakan Eddy adalah pilihan paling tepat kerana dia sangat bertanggungjawab. Pada saya, perkara itu amat penting dalam perhubungan,” katanya.

Menyentuh jumlah wang hantaran yang dirahsiakan itu, kata Sari, dia tidak mahu ada pihak cuba memperbesar-besarkan perkara terbabit. Baginya, cukuplah jika dia dan Eddy termasuk keluarga kedua-dua belah pihak saja yang mengetahuinya.

Sementara itu, Eddy menjelaskan acara lafaz akad nikah terpaksa dilakukan sebanyak lima kali kerana dia gugup, walaupun sebelum itu banyak kali latihan dibuat.

“Cara majlis akad nikah di sini dibuat sangat berbeza berbanding tempat lain. Mereka benar-benar mengikut adat pepatih. Masa diambil juga agak panjang membuatkan saya tidak dapat menyorokkan perasaan gemuruh. Namun alhamdulillah, segalanya sudah selamat,” katanya.

Apabila bergelar isteri, Sari juga sedar tanggungjawab baru yang harus digalasnya. Malah, mengakui sebagai pelakon banyak masanya dihabiskan di lokasi berbanding di rumah.

Sari bertuah kerana suami cukup memahami situasi itu malah kata Eddy, perkara itu bukan satu masalah besar memandangkan sepanjang empat tahun mereka bercinta dia sudah merasainya dan boleh menyesuaikan diri.

“Lagipun perniagaan yang saya usahakan juga banyak menuntut saya berada di luar begitu juga dengan Sari. Pada saya, sebagai suami isteri kami harus saling mempercayai dan menghormati. Apa yang lebih penting Sari harus tahu tanggungjawabnya sebagai suri rumah tangga. Saya tidak pernah menghalangnya untuk terus aktif berlakon jika itu yang dia mahukan,” katanya.

Pasangan ini belum lagi memikirkan soal berbulan madu dan mengharapkan dikurniakan cahaya mata yang ramai, paling kurang lima orang. Sementara itu, majlis sambut menantu akan diadakan di Subang Jaya, Selangor pada 24 Januari ini. Selepas ini Sari dijangka sibuk dengan penggambaran filem Sari Pulang bergandingan dengan Maya Karin.

Bagaimanapun, Sari masih menantikan jadual penggambaran daripada produksi terbabit.

“Selepas semuanya selesai, baru kami akan fikirkan destinasi berbulan madu,” katanya. -Harian Metro

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version