in , ,

Gambar Kahwin Nik Sayyidah Fatiha Yazib Mek Pantai Timur Kahwin

Selamat pengantin baru buat Nik Sayyidah dan suami. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Tak terlewat rasanya nak ucap Selamat Pengantin Baru kepada Mek Pantai Timur. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat bersama pasangan hidupnya.

Pelakon dan pelawak sitkom Salam Pantai Timur, Nik Sayyidah Fatiha Yazid, 26, atau lebih dikenali sebagai Mek Siti, selamat dinikahkan dengan pasangannya Mohd. Hariff Ghazali, 34, oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad di Masjid Kubang Kerian, Kota Bharu.

Mek Siti yang memilih Setiausaha Sulit Raja Perempuan Kelantan itu sebagai teman hidup, dihadiahkan gelang tangan emas bertatah berlian bernilai RM10,000 dalam upacara membatalkan air sembahyang.

3378367175 B40D5991Cf O | 4

Mek Siti jumpa ngan teman hidup dia nie masa persembahan istana..bertuah Mek Siti… Aku ada gak tengok Mek Siti ni berlakon dalam cite…memang slamber jer..Mek Siti lening makin slim makin comey aku nengok..

“Ciri-ciri yang ada pada suami, iaitu menghormati dan menyayangi keluarga saya seperti mana menyintai saya amat memikat hati. Dia ikhlas menerima Mek seadanya,” kata Mek Siti.

Persandingan kedua-dua mereka berlangsung meriah di rumah pengantin perempuan di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, semalam.

Mek yang mengalami transformasi dari segi saiz badannya, menerima mas kahwin RM11,111 selain 15 dulang hantaran berisi set barangan kemas, tas tangan, kasut jenama Bonia, gelang tangan bertatah berlian bernilai lebih RM10,000 dan tiga persalinan.

Majlis menyambut menantu akan diadakan di rumah pengantin lelaki di Kampung Mulong, Wakaf Bharu pada 19 Mac. Mek mula berkenalan dengan Mohd Hariff yang bertugas sebagai Setiausaha Sulit Raja Perempuan Kelantan, ketika diundang untuk menjayakan satu program di Istana Kelantan, empat tahun lalu.

“Selepas berkahwin, saya akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon dan kini sedang menunggu penggambaran filem.” kata Mek.

3379186048 F21515D616 O | 5
3378799583 B900Af0C40 O | 6
3379186012 542A4A9491 O | 7
3379615832 872A26A0Df O | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang

Peraduan Jom Menonton Filem 12 Rounds