in

Gambar Jue Aziz di Majlis Doa Selamat Drama Jangan Main Belakang

Semalam, tanggal 22 April 2008, jam 3.30 petang, Budiey dijemput untuk mengikuti Majlis Doa Selamat dan Pelancaran Drama Jangan Main Belakang yang diadakan di sebuah rumah yang dijadikan lokasi pengambaran di Shah Alam.

Untuk pengetahuan pembaca, drama arahan Feroz Khan ini akan ditayang pada bulan Jun 2008 di Astro Ria. Kini, pengambaran sudah siap 70% dan ianya mempunyai 13 episod berdurasi 1 jam diterbitkan oleh MIG Beats Sdn Bhd.

Antara pelakon drama Jangan Main Belakang yang turut hadir ialah Fasha Sandha, Anne Ngasri, Jue Aziz, Jesse Lim dan ramai lagi.

Kisah selanjut tentang majlis akan disiarkan esok.

Budiey sempat melakukan sesi shooting bersama pelakon hot bernama Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz. Ingat lagi kisah percintaan Jue Aziz dengan Jehan Miskin yang menemui jalan perpisahan dan putus cinta? Ha, sekarang ini Jue Aziz bercinta dengan seorang mamat yang lebih hot dari Jehan…. hehehe siapa? Ai, takkan korang tak tahu. Esok nanti kita cerita.

Apa kata korang komen dengan mutu gambar Nikon D40 yang Budiey guna untuk sesi fotografi ini.

 

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Projek Kitar Semula Citibank – Maya Karin

Sekitar Sidang Media Father’s Day Celebration With Sweet Charity