in ,

Gambar Intan Ladyana di Prebiu Filem Kembar Siang

Walaupun demam dan tak sihat, pelakon cantik Intan Ladyana gagahkan dirinya untuk hadir di Majlis Prebiu Media Filem Kembar Siang yang diadakan di Cathay Cineplex e@Curve, Mutiara Damansara pada 17 Februari lalu. Sedang heronya, Kamal Adli tak dapat hadir kerana masih lagi sibuk menjalani pengambaran filem Pe3 di Pulau Pinang.

Itulah komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Intan Ladyana. Wajah tetap ceria walaupun tak sihat.

Dalam pada itu, Intan Ladyana mengakui tak kisah dengan pendapat sesetengah pihak yang mengkritik lakonan beliau yang melabelkan dirinya sebagai pelakon kaku. Bagi beliau, itu adalah pendapat masing-masing dan penilaian terhadap lakonan adalah sesuatu yang sangat subjektif.

Apa yang penting, sepanjang pengambaran filem dan drama, Intan tidak pun menerima komen dan kritikan dari pengarah dan penerbit tentang lakonan yang dikatakan agak kaku itu.

Dalam filem Kembar Siang, Intan membawa watak gadis kembar bernama Ani dan Ana. Beliau akui sepanjang menjalani shooting filem ini, pengarah filem Hatta Azad Khan begitu senang dan menerima seadanya lakonannya untuk watak kembar itu.

Menurut Intan, sepanjang penggambaran filem ini, tidak pula dirinya terpaksa mengulangi sesebuah babak berkali-kali, semuanya dapat dirakam satu kali sahaja. Apa yang lebih penting ialah bagaimana untuk memuaskan hati pengarah dan penerbit. Hakikat yang terpaksa ditelan, walaupun dia cuba memperbaiki lakonannya dari masa ke semasa, pandangan segelintir pihak yang masih menilai lakonannya menerusi filem Jangan Pandang Belakang kira-kira empat tahun lalu menyebabkan dia terus digelar sebagai pelakon kaku.

“Sejak mula dikenali menerusi filem Jangan Pandang Belakang, saya tidak boleh menidakkan penilaian orang terhadap mutu lakonan saya. Apa jua pandangan orang sama ada yang baik atau sebaliknya adalah hak masing-masing. Sebagai pelakon, saya cuba meningkatkan mutu lakonan dari masa ke semasa. Mungkin pihak yang melabelkan saya seorang pelakon yang kaku tidak mengikuti perkembangan drama dan filem saya. Saya tidak boleh menilai kualiti lakonan saya hari ini kerana bimbang orang akan menganggap saya syok sendiri pula. Walaupun ada pihak menyelar lakonan saya tetapi rata-rata peminat di laman Twitter memuji peningkatan saya.”

Terbaru, Intan kini terikat dengan penggambaran filem terbaru Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Hasim. Dalam filem aksi komedi itu, Intan bergandingan dengan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Dalam filem itu, saya menjadi isteri kedua kepada Shaheizy Sam bernama Riana.

Selain itu, Intan Ladyana juga sedang menjalani proses memasukkan suara untuk filem Flat 3A yang dijangka ditayangkan pada tahun ini juga.

Filem Kembar Siang yang menggandingkan Intan dengan kekasihnya Kamal Adli bakal ditayangkan bermula 24 Februari depan.

Intan Ladyana

Intan Ladyana

Intan Ladyana

Intan Ladyana

Intan Ladyana

Intan Ladyana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Program Baru Astro Warna

Badger Vans Spring 2011 Fashion Show