in ,

Gambar Fasha Sandha di Sidang Media Drama Dia Atilia

Pada jam 11 pagi tadi, Budiey sempat hadir di Sidang Media Drama Dia Atilia yang diadakan di Restoran Puteri, 22, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr. Ismail.

Turut hadir ialah pelakon utama drama ini iaitu pelakon jelita Fasha Sandha, pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia 2003 Zamarul Hiham, Puteri Sarah, Amar Alfian Aziz, Almy Nadia, Eyra dan ramai lagi.

Drama bersiri Dia Atilia diarahkan oleh dua orang pengarah iaitu Samby Dinesh dan Adam Hamid. Kepada pembaca yang mahu menonton, boleh buka Astro Prima pada setiap hari Selasa, jam 9 malam bermula 30 November 2010 menerusi saluran 105.

Selain nama-nama yang Budiey sebut di atas, drama ini didokongi juga oleh pelakon lain seperti Mahmud Ali Basha, Liza Abdullah, Roy Azman, Jasmin Hamid dan Shaharuddin Tambi.

Yang paling mencuri tumpuan ialah Fasha Sandha yang mengenakan kaftan lengan pendek berona hijau muda.

Budiey rasa segan pula bila Fasha Sandha sempat melambai dan menyapa Budiey ketika mula nak mengambil gambarnya. So sweet. Sebenarnya, Fasha tak lokek untuk menyapa dan mudah mesra. 🙂

Kepada peminat Fasha Sandha, jangan lupa tonton drama yang diinspirasikan dari drama Kuch Kuch Ho Ta Hai ni.

Fasha Sandha

Fasha Sandha

Fasha Sandha

Fasha Sandha

Fasha Sandha

Fasha Sandha

Fasha Sandha

Fasha Sandha

Fasha Sandha

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. confirm aku x tgk sbb ada pompuan sorang ni berlakon. zamarul mesti best berlakon, tapi since pompuan ni ada – confirm la x tgk. semua cite yg pompuan ni berlakon mmg aku x tgk!

  2. salam,,,erm fasha!! ,, dye memang bagus memang tak dinafikan , kita kena nilai dye dari bakat bukan persnal life dye, saya sokong dye 150%..

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Mizz Nina di Shout! Awards 2010

Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah