in

Gambar Faralyna Idris di Pameran Busana Perkahwinan Mutiara

Gambar Faralyna Idris di Pameran Busana Perkahwinan Mutiara

Kalau pembaca semua pernah tengok drama Asmara kat TV3, pasti korang akan perasan dengan kewujudan pelakon berwajah persis wanita Melayu klasik, Faralyna Idris. Lebih selesa dengan panggilan Fa atau Fara, pelakon baru ini sebenarnya dah punya kekasih hati.

Ramai yang tak tahu, dia mencuba nasib dalam bidang lakonan setelah dipaksa oleh ibu kepada pelakon Diana Danielle iaitu Norsiah Ramli yang menggesanya untuk pergi uji bakat. Kalau nak tahu Fa dan Diana Danielle memang rapat dan mereka bersahabat baik.

Filem Gila-Gila Remaja menjadi medan percubaan Faralyna untuk terjun ke dunia layar lebar pula. Fara akan turut digandingkan dengan pelakon baru yang lain seperti Hairul Azreen, Kay AF9, Aida AF9, dan Nabila Dali. Wow, dapat berlakon dalam filem pertama bersama kekasihnya Hairul Azreen memang dahsyat la kan?

Dulu, masa kenal Fara, mati-mati ingat Hairul Azreen tu adik dia. Sebab nama bapa diorang ni lebih kurang sama je.

Perkembangan terkini, Fara baru habis shoot drama Dingin Lavender yang telah menjalani pengambaran di Melbourne, Australia. Selama 10 hari kat sana, drama ni menceritakan tentang 3 orang sahabat yang belajar di Melbourne bergandingan dengan Eira Syazira dan Zarina AF. Wow, mesti menarik ni sebab cerita tentang dunia persahabatan. Fara memang seronok dapat berlakon dengan dua pelakon hebat seperti Eira Syazira dan Zarina kerana mereka sangat sporting.

Fara kata, dia akan berkahwin bila dah semuanya bersedia dan ekonomi pula stabil.

Faralyna Idris

Faralyna Idris

Faralyna Idris

Faralyna Idris

Faralyna Idris

Faralyna Idris

Faralyna Idris

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Izara Aishah di Pameran Busana Perkahwinan Mutiara

Gambar Tasha Shilla di Pameran Busana Perkahwinan Mutiara