in ,

Gambar Erra Fazira Engku Emran Kahwin & Sekitar Wedding Erra Fazira

Sensasi Selebriti ingin mengucapkan tahniah dan selamat berbahagia melalui satu ikatan perkahwinan buat Erra Fazira dan Engku Emran atas perkahwinan mereka.

gambar wedding nikah erra fazira

—-

JANJI Engku Emran Engku Zainal Abidin untuk mengahwini Fazira Wan Chek akhirnya dikotakan pada malam semalam, 25 Oktober di mana upacara akad nikah dilangsungkan setelah pertunangan mereka diikat selama satu bulan lebih. Bersaksikan lebih dari 400 orang tetamu, dengan sekali lafaz Erra Fazira, 33 sah bergelar isteri  kepada Ketua Pegawai Operasi Suria FM Engku Emran, 32 tepat pada jam 9.10 malam bertempat di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail.

Majlis akad nikah dimulakan dengan sesi berbalas pantun oleh kedua belah wakil pengantin.

Dalam majlis yang berlangsung meriah itu, Emran juga melafazkan janji terhadap terhadap Erra di depan para wartawan yang menyaksikan dua insan bagai cincin dan permata ini.

“Saya akan jaga dia sebagai seorang suami dan janji lain tu biarlah antara kami berdua sahaja yang tahu,” luah Emran yang kelihatan serius menahan debaran di dada sebelum majlis akad nikah berlangsung. Manakala Erra pula berwajah tenang dan sekali sekala tersenyum manis disamping pengapitnya Umie Aida yang juga rakan karibnya.

Selepas majlis disempurnakan, suasana ceria Erra bertukar hiba ketika pelakon, model dan penyanyi ini bersalam dengan ibu serta beberapa ahli keluarganya. “Erra rasa sebak sebab dikelilingi oleh keluarga dan apa yang dihajati berlangsung dengan baik,” ucap Erra setelah berjaya diijabkabulkan buat kali keduanya.

Sebelum ini beliau pernah mendirikan rumahtangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun. Keadaan beransur tenang kembali semasa upacara menyarung cincin bagi mempertemukan dua jiwa menjadi satu ini dan kemudiannya bergemalah lagu Suratan atau Kebetulan yang dipopularkan oleh Kenny Remy Martin.

“Erra mahu perkahwinan ini berkekalan sehingga nafas terakhir, ingin bahagia dan bina keluarga sebaik mungkin. Erra juga berharap mendapat famili normal yang mewah dengan kasih sayang dan kebahagiaan seperti yang diperkatakan oleh ibu Erra. Harap dapat bina keluarga bahagia,” ujar Erra yang cantik dalam pakaian serba putih rekaan Radzwan Radzwill dan disolek oleh Kay Azman.

Perasaan lega dan gembira bersyukur ke hadrat Ilahi jelas terpamer diwajah kedua mempelai pengantin dan keadaan cuaca yang baik bagaikan merestui sepasang ‘merpati dua sejoli’ ini. “Perancangan untuk berbulan madu memang ada dan kami sedang mencari tarikh yang sesuai yang berkemungkinan pada bulan depan dengan memilih beberapa tempat di luar negara,” kata Emran yang merancang untuk menghabiskan masa berdua dengan isteri tersayang selama seminggu.

Menurut Erra, beliau juga merancang untuk melakukan kerja yang penting sahaja lantas beransur memperlahankan kerjaya yang selama ini asyik dilaksanakan.

“Erra dalam perancangan untuk ‘tone down’ yang tak perlu dan lebihkan kepada keluarga. Maksudnya kerja yang tak perlu ada dirasakan tak payah dilakukan kerana kadang-kadang Erra ambil unnecessary job sebab nak bagi keutamaan,” kata Erra disamping Emran yang segak berbaju melayu putih.

Dalam pada itu, Emran juga menyatakan hidup berumahtangga perlu ada sokongan antara satu sama lain dan sebagai ketua keluarga beliau mungkin akan lebih memberi pendapat. Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Nasroddin Mat Daud di mana Erra diwalikan oleh bapa saudaranya sendiri, Burhanuddin Ridzuan.

Menyentuh tentang bilakah kedua pengantin ini bakal menimang anak, Emran menjawab “As soon as possible. Erra memang menanti cahaya mata,” yang diselangi oleh anggukan Erra sebagai tanda sudah bersedia untuk bergelar ibu. Langit dan bumi turut menyaksikan kemuncak majlis pernikahan Erra-Emran apabila letupan bunga api bergema setelah upacara memotong pulut kuning. Ruang makan pengantin dan keluarga kedua belah pihak dihiasi pelbagai jenis bunga mawar beserta warna jingga, hijau dan putih menjadi tema majlis yang dipilih oleh Pak Abu sendiri.

Selepas kedua mempelai menjamu selera, sesi bergambar dilakukan di pelamin indah yang berlatarkan warna emas dan putih. Pada majlis tersebut, Emran telah menghadiahkan tujuh dulang hantaran dihiasi bunga mawar berwarna krim termasuklah mas kahwin sebanyak RM80 berbalas sembilan daripada pihak perempuan yang turut dihiasi bunga mawar berwarna jingga. Antara barangan hantaran oleh pihak lelaki ialah sireh junjung, sebentuk cincin berlian, set barangan kemas, sejadah serta dua naskhah Al-Quran yang diminta sendiri oleh Erra sebagai pengganti wang hantaran bersama telekung sembahyang, sejadah, beg tangan bersama minyak wangi dan sebiji kek berwarna putih.

Manakala antara hantaran oleh pihak perempuan pula ialah sireh junjung, kek berwarna putih, kuih-muih, cincin, Al-Quran bersama kain pelikat, beg beserta dua pasang cermin mata Lindberg, set penjagaan badan jenama Dunhill, jam tangan bersama pen, kamera digital Olympus dan baju kemeja Dunhill. Majlis berlangsung sekitar jam 8.30 malam itu diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kunjungan lebih 500 orang tetamu, terdiri daripada ahli-ahli keluarga, sanak-saudara serta rakan-rakan artis.

Antara keluarga Emran yang hadir adalah ibu bapanya Datuk Engku Zainal Abidin Engku Ngah dan Toh Puan Salmah Abu Bakar serta bapa saudaranya Mohamed Jusoh dan isteri produser filem Habsah Hassan.Turut kelihatan adalah sanak saudara Emran yang datang dari Terengganu dan Pahang. Antara rakan artis yang hadir menyerikan majlis ialah dua teman rapat Erra iaitu Umie Aida dan Zahida Rafik serta beberapa artis terkenal tanahair seperti Datuk Aziz Sattar,Vanida Imran, Azwan Ali, Nikki, Yanie dan Zul Yahya. Majlis dikendalikan oleh Richie Rachman.

Tetamu yang hadir dihadiahkan dengan sebuah kitab yang mengandungi ayat tafsir Al-Quran dan doa-doa harian. Pasangan tersebut akan melangsungkan majlis persandingan yang akan diadakan oleh pihak lelaki pada 3 November depan.

Sumber gambar dan petikan dari MStar Online.

[tags]gambar erra fazira engku emran kahwin, engku emran erra fazira kawin, erra fazira nikah kahwin, ef ee kahwin, foto kahwin erra, berita erra fazira, gossip erra fazira, gambar majlis, pernikahan erra fazira, erra fazira nikah, pelamin erra fazira, hantara erra fazira, profile Engku Emran Engku Zainal Abidin, Restoran Puteri, butik Radzwan Radzwill, rekaan fesyen kay azman, solekan pengantin, tips cara solekan pengantin, Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Nasroddin Mat Daud, hiasan pelamin, sireh junjung, kek berwarna putih, kuih-muih, cincin, Al-Quran kain pelikat, beg beserta dua pasang cermin mata Lindberg, set penjagaan badan jenama Dunhill, jam tangan bersama pen, kamera digital Olympus, baju kemeja Dunhill, erra fazira wedding photos, aishwarya wedding, gambar nikah erra fazira, marraige married marriage pictures of erra, aishwarya rai babie, hans isaac.com, hans bekas erra fazira, x-bf erra fazira[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Dewi Cinta Lakonan Lisdawati & Fauzi Nawawi

Daniel Dae Kim Another ‘Lost’ Actor DUI Arrest!