in ,

Gambar Emma Stone di The Amazing Spider-Man 2 World Premiere

Semalam telah berlangsung The Amazing Spider Man 2 World Premiere di Leicester Square, London di mana menyaksikan ramai pelakon utama filem ini melangkah dengan gayanya memijak karpet merah bertemu dengan peminat seterusnya menonton filem ini di malam gala.

Antara yang mendapat sorakan gemuruh daripada peminat sudah tentu pelakon Emma Stone yang memegang watak Gwen Stacy, Andrew Garfield sebagai Spider-Man, Dane DeHaan memegang watak jahat yang kembali mengganas bernama Harry Osborn, Jamie Foxx sebagai Max Dillon aka Electro dan ramai lagi.

Spiderman

Baru-baru ini, Budiey berkesempatan untuk menemubual pelakon Emma Stone dan beliau sangat teruja melakonkan watak kekasih kepada Spider-Man kerana filem ini sudah menjadi fenomena dan baginya watak itu nampak mudah tapi sebenarnya mencabar.

Hadir menawan dengan busana serba kuning, Emma Stone nampak begitu romantis di sisi Andrew Garfield. Bagi Emma Stone, beliau sangat gembira apabila dapat kembali bersatu semula dengan semua pelakon The Amazing Spider Man 2 di acara World Premiere. Beliau menyifatkan hubungan mereka sudah menjadi seperti satu famili.

Acara World Premiere ini disiarkan secara langsung di laman Yahoo Movies UK.

The Amazing Spider Man 2 bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 1  Mei 2014.

Emma Stone The Amazing Spider-Man 2

Spiderman

Spiderman

Emma Stone The Amazing Spider-Man 2

Emma Stone The Amazing Spider-Man 2

Emma Stone The Amazing Spider-Man 2

Emma Stone The Amazing Spider-Man 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang iPad Mini & Kamera Fujifilm Instax

E! Presents Fashion Police The 2014 MTV Movie Awards