in

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Konsert Satu Suara

Konsert Satu Suara untuk malam pertama telah berlangsung pada malam tadi. Budiey juga turut menjadi antara ribuan peminat yang hadir untuk menyaksikan persembahan Glam Rock oleh Aizat dan Faizal Tahir dengan penampilan khas daripada Dato’ Siti Nurhaliza.

Memang benar, kita boleh simpulkan bahawa Konsert Satu Suara ini mengangkat lagu-lagu berirama rock untuk berkumandang di Istana Budaya sejajar untuk meremajakan Istana Budaya. Juga tidak lupa tema cinta dalam rangkaian lagu-lagu popular Aizat, FT dan DCT sempena sambutan hari kekasih.

Turut hadir sama menyaksikan persembahan malam pertama ialah Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri dan juga Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob serta isteri.

Seperti yang sedia maklum, malam ini adalah malam amal di mana sebahagian daripada jualan tiket akan didermakan kepada Yayasan AEON Malaysia. Budiey lihat tempat duduk semuanya terisi dan boleh dikatakan panggung penuh sehinggalah ke barisan depan. Turut hadir menyokong adalah geng Sitizoners, Aizoner (kelab peminat Aizat) dan Rockensteiners (kelab peminat Faizal Tahir).

Apa yang menariknya, terdapat beberapa buah lagu balada telah dinyanyikan dengan irama rock dan digubah melodi serta rentak yang rancak. Contohnya, anda akan menyaksikan persembahan trio di mana mereka bertiga akan menyanyi lagu Relaku Pujuk dalam irama Reggae.

Dato’ Siti Nurhaliza tampil dengan busana rekaan Rizman Ruzaini sementara Aizat dan Faizal Tahir mengenakan fesyen Glam Rock rekaan Hazwani Osman.

Dari kejauhan, Budiey ada mengambil gambar tapi tak berapa clear. Sorry ampun maaf dipinta ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Aizat di Konsert Satu Suara di Istana Budaya

Malaysian Top Host 2010 Kembali Lagi