in ,

Gambar Carissa Putri Muncul Dalam Filem Date With Danella

CARISSA PUTRI MUNCUL BINTANGI FILEM DATE WITH DANELLA DI TV2

Mula mencipta nama di Malaysia setelah membintangi filem popular Ayat-Ayat Cinta, wajah jelita pemilik nama Carissa Putri ini bakal muncul di TV2 dengan membawakan watak seorang artis popular menjadi kegilaan ramai remaja lain yang tidak banyak beza daripada kehidupan realitinya yang sebenar.

Filem yang mengisi slot Sinema Jumaat, Date With Danella disiarkan pada 4 September 2009 (Jumaat), jam 12.30 tengah hari di TV2 ini bakal memperlihatkan kelibatnya bergandingan dengan pelakon-pelakon terkenal Indonesia yang lainnya termasuk Lian Firman, Yuki Kato dan Mario Merdhitia.

3865897333 E157Ba8A30 O | 4

Date With Danella berlegar sekitar kisah dilalui Rio yang terkenal dengan sikapnya yang tidak mudah jatuh cinta. Rio seorang yang suka mengembara dan juga seorang pencinta alam. Dalam pada itu Rio bersahabat baik dengan Andi. Penampilan dan sikap Andi berbeza dengan Rio kerana dia terkenal dengan sikap ’gila-gila’ dan peramahnya.

Begitu pun Rio dianggap aneh oleh Andi kerana terlalu mengagumi dan meminati seorang artis terkenal, Danella. Andi pelik kerana penampilan Danella yang ditaburi hidup penuh glamor dan wajahnya yang cantik pernah menjadi sendaan Rio yang menyatakan perempuan cantik tidak berpendidikan tinggi dan bijak. Mana mungkin Rio boleh terlalu menggilai wanita yang sebegitu untuk dijadikan teman.

3865897239 61E77Fe72B O | 5

Ternyata perkara itu seringkali menjadi punca timbul perselisihan faham antara kedua orang sahabat baik itu. Rio mula menjauhkan diri daripada Andi yang gemar mempersendakannya kerana meminati Danella. Tapi ternyata Rio tidak main-main dengan perasaannya. Bagi Rio, Danella seorang artis yang low profile. Namun kenyataan itu tidak dipersetujui  Andi yang tegas menyatakan Danella menggunakan barang yang berjenama sahaja.
Ternyata Rio benar-benar mabuk kepayang pada Danella. Demi persahabatan mereka, Andi minta maaf pada Rio dan janji tidak akan memburuk-burukkan Danella. Hingga satu hari Rio mendapat khabar gembira dia memenangi peraduan yang hadiahnya berupa temu janji sehari meluangkan masa sehari dengan Danella.

Namun dua hari sebelum tarikh dijanjikan tiba, Rio diserang demam cacar. Dia mula panik dengan situasi itu bila membayangkan kemungkinan besar temu janji itu terpaksa dibatalkan. Mujur Andi hadir tiba tepat pada waktunya. Rio adalah pilihan utama menyamar sebagai dirinya untuk mendapatkan tanda tangan, foto dan pesanan lainnya. Andi yang pada mulanya tidak setuju namun terpaksa akur demi mempertahankan persahabatannya dengan Rio.

Ternyata Andi terpesona dan jutuh cinta pandang pertama terhadap Danella. Dia mengaku dirinya sebagai Rio dan peminat setia Danella. Sedangkan hakikatnya dia hanya pernah sekali sahaja menyaksikan lakonan Danella. Itupun setelah mendapat tiket percuma. Namun Andi tidak memuji lakonan Danella sebaliknya dia banyak mengkritik dan perkara itu menjadikan Danella rasa dekat dengannya sebagai sahabat kerana kritikan membinanya.

Belum sempat menghabiskan detik-detik indah bersama, tiba-tiba Danella mendapat panggilan menghadiri sesi bergambar bersama majalah. Danella yang selesa dengan Andi memberikan nombor telefon bimbitnya untuk menggantikan waktu temu janji mereka ke hari yang lain. Namun segalanya dirahsikan daripada pengetahuan Rio. Sejak itu mereka menjalin hubungan intim.

3865897167 5A2Dedcd0E O | 6

Suatu hari rahsia itu terbongkar. Rio dan Andi bertengkar hebat. Keduanya saling menyalahkan sesama sendiri. Persahabatan mereka putus dan Rio yang sakit hati memilih membawa diri mendaki gunung. Begitu juga Danella yang merasa selama ini Andi membohonginya. Hingga Danella tidak mau bertemu lagi dengan Andi seumur hidupnya.

3866681630 Ecbd29C216 O | 7

Andi benar-benar tersepit kerana ditinggalkan sahabat dan ditolak gadis yang dicintainya. Tapi Andi tidak mau menyerah, ia tetap berusaha untuk mendapatkan hati Danella kembali. Berhasilkah Andi mendapatkan Danella kembali? Dan mendapatkan persahabatannya dengan Rio.

Untuk mengikuti kesudahannya jangan lupa meluangkan masa menyaksikan Date With Danella disiarkan pada 4 September 2009 (Jumaat), jam 12.30 tengah hari di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Kontroversi Siri Dokumentari Enigmatic Malaysia Di Indonesia

Imran Ajmain dan Sairah Cover Majalah SUTRA