in

Filem ‘A Case De Alice’ dari Brazil menang Anugerah Perdana KLIFF 2008

Filem Brazil “A Casa de Alice” dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF 2008) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini. Filem berkenaan arahan Chico Teixeira itu berentap bersama 21 filem cereka dari lima benua lain iaitu benua Asia, Afrika, Amerika Selatan, Eropah dan Amerika Utara bagi merebut Anugerah Perdana yang membawa hadiah wang tunai RM20,000, sijil dan trofi.

Selain muncul filem terbaik KLIFF 2008, filem Brazil itu turut merangkul anugerah Filem Terbaik Amerika Selatan dan pelakon wanitanya Carla Ribas merangkul gelaran Pelakon Wanita Terbaik. Anugerah tersebut itu disampaikan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.KLIFF 2008 turut menyaksikan filem Wayang, arahan Dr. Hatta Azad Khan, wakil tunggal negara, hanya memenangi Anugerah Juri.

Antara kategori lain yang dipertandingkan termasuk Filem Asia Terbaik yang dimenangi filem Captain Abu Raed (Jordan), Filem Afrika Terbaik oleh Divizionz (Afrika Selatan/Uganda), Filem Eropah Terbaik iaitu Darling (Perancis) dan Filem Amerika Utara Terbaik oleh Fugitive Pieces (Kanada). Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi oleh Nadim Sawalha dalam filem Captain Abu Raed. Selain kategori filem cereka, festival kali kedua ini turut mempertandingkan kategori Filem Pendek, Animasi dan Dokumentari. BERNAMA

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Budiey di Program BLOG RTM1

Dato Syed Alwi Syed Hassan Meninggal Dunia