in ,

Gambar Bayi Anak Lelaki Rita Rudaini dan Aidil Zafuan

Comelnya anak pasangan kontroversi Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Abdul Radzak yang baru dilahirkan semalam. Bayi penyeri hidup yang diberi nama Aidit Rayyan Rizqin itu seberat 2.9kg. Rayyan dilahirkan petang semalam di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Bayi itu sempurna dan sihat.

3704554460 Faf55A7A6B O | 4

Semoga kehadiran bayi comel itu akan menjadi jambatan penyambung ikatan yang bermasalah sejak awal ibu bapanya berkahwin. Rita dan Aidil berkahwin di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga Aidil.

Rahsia itu dibongkarkan hujung tahun lalu apabila Aidil memberitahu ahli keluarganya. Ekoran itu timbul kontroversi pasal hubungan dingin pasangan itu dengan keluarga.

3704554738 10Abbd554D O | 5

“Kehadiran anak sulung ini diharap akan memberi lebih kebahagiaan kepada kehidupan kami sebagai suami isteri. Insya-Allah dalam apa sahaja keputusan yang akan dibuat, kepentingan Rayyan akan didahulukan,” kata Rita kepada media yang melawatnya di hospital.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Taja Meet Uncle Hussain Bertunang Dengan Kimi Pengurus MUH

Gambar Zoey Mengerjakan Umrah di Mekah