in ,

Gambar Baby Perempuan Safee Salie dari Lensa Camora Arts

Alhamdulillah, kali ini Camora Arts diberi kepercayaan sepenuhnya oleh Safee Salie untuk merakamkan sesi “newborn photography” anak mereka, Shanika Salsabilla yang telah dijalankan pada 24 Jun 2015 yang lalu. Ketika sesi fotografi ini, Baby Shanika baru berusia 10 hari. Untuk pengetahuan semua, Baby Shanika dilahirkan pada 15th June 2015.

Bagi sesi fotografi ini, Camora Arts telah mengetengahkan idea baru, khas untuk Baby Shanika iatu “Jungle Theme”. Tema ini belum pernah dijalankan untuk mana-mana sesi fotografi sebelum ini.

Camora Arts telah menggunakan sepenuhnya ‘fresh flowers’ untuk menjayakan sesi fotografi kali ini. Ini termasuklah sarang bunga yg telah ditempah khas dari En. ismail ishak, set patung dari NanaAlyaDanis, kostum Singa yang telah team Camora Arts kait dari Knitwie dan Peacock wings dari Cotton And Lace Style.

Team Camora Arts juga telah menyiapkan set buaian bayi yang ditempah khas dari Custom Frame Malaysia untuk menjayakan “Jungle Theme” fotografi kali ini.

Alhamdulillah, Safee Sali sekeluarga sangat berpuas hati dgn sesi fotografi yang dijalankan. Kami berharap pihak blogger & wartawan sudi berkongsi gambar-gambar kami ini untuk tatapan peminat. Terima Kasih yang tak terhingga kepada Budiey yang tak pernah jemu menyokong kami sehingga hari ini. Camora Arts sentiasa mendoakan semoga Budiey sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dimasa hadapan.

WEBSITE : www.camoraarts.com
FACEBOOK : www.facebook.com/camora.arts
INSTAGRAM : instagram.com/camoraarts

Safee 1 Fb
Safee 4 Fb
Safee 12 Fb
Safee 11 Fb
Safee 10 Fb
Safee 9 Fb
Safee 2 Fb
Safee 3 Fb
Safee 8 Fb
Safee 7 Fb
Safee 6 Fb
Safee 5 Fb

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WARNA RAMADAN Temui Pendengar NASIONALfm

Hatta Dolmat Lancar Koleksi Fesyen Baju Raya 2015