in , ,

Hatta Dolmat Lancar Koleksi Fesyen Baju Raya 2015 Yang Selesa Dipakai

Setiap tahun, Koleksi Raya Aidilfitri Hatta Dolmat telah menjadi satu fenomena di dalam industri fesyen tanah air. Oleh kerana kesungguhan beliau dan minat yang mendalam terhadap dunia fesyen telah menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk kembali menampilkan rekaan terkini beliau untuk koleksi Aidil Fitri 2015.

Disulami pengalaman yang begitu banyak sepanjang beliau di dalam industri, Hatta Dolmat telah melancarkan koleksi Hatta Dolmat Raya 2015 dan koleksi beliau sudah mula menjadi igauan segenap pengikut dunia fesyen tempatan terutama di kalangan jejaka yang mahu tampil berlainan tetapi segak, kemas dan moden di pagi Aidilfitri.

Untuk koleksi Hatta Dolmat Raya 2015, Hatta Dolmat telah mempamerkan dua rangkaian koleksi di bawah penjenamaan Hatta Dolmat Raya 2015. Kedua dua koleksi berkenaan adalah Hatta Him Raya dan Hatta RTW. Koleksi Hatta Him Raya menampilkan beberapa seleksi rekaan jubah dan kurta yang sesuai untuk digayakan di pagi Syawal. Pilihan fabrik yang menjadi keutamaan Hatta adalah fabrik kapas dan perinciannya diselitkan juga fabrik kulit bagi menonjolkan imej kelelakian dan kelainanan menepati citarasa golongan jejaka urban masa kini.

Menurut Hatta, inspriasi yang beliau adaptasikan di dalam koleksi Hatta Him Raya 2015 ini lebih menjurus kepada keselesaan si pemakai dan potongannya juga lebih longgar dan tidak terlalu ketat untuk digayakan. Pilihan warna warna bagi koleksi Hatta Him Raya 2015 adalah warna warna yang tidak terlalu menonjol dan sesuai untuk digayakan di mana mana sahaja terutamanya ketika untuk solat di pagi Syawal. Antara warna yang menjadi pilihan adalah warna kelabu gelap, hitam, putih dan biru gelap.

Lebih menariknya, apabila koleksi jubah dan kurta Hatta Him Raya ini diberikan nama nama indah oleh Para Nabi dan Rasul Rasul seperti Jubah Yusuf, Jubah Muhammad, Jubah Adam, Jubah Daud, Jubah Nuh dan sebagainya.

Bagi koleksi Hatta RTW pula, Hatta Dolmat menampilkan rekaan ekslusif dan elegan khusus bagi mereka yang gemar untuk tampil eksklusif di pagi lebaran bermula dari potongan kurung moden hingga ke jubah muslimah. Menurut Hatta lagi, atas pemerhatian yang beliau lakukan, beliau mendapati bahawa busana muslimah kini cukup mendapat tempat di hati penggemar fesyen tempatan. Warna warna yang melambangkan kegungan dan kemewahan menjadi seleksi utama pereka tersohor ini, antaranya warna maroon, biru gelap, hitam dan beige.

Di samping itu, penggunaan fabric lace, satin, neoprene dan heavy crepe adalah pilihan fabric terbaik ketika di musim perayaan bersesuaian dengan kondisi cuaca di Negara kita. Seperti juga koleksi Hatta Him Raya, Hatta RTW juga mengangkat nama nama masyhur dari kisah Para Nabi seperti Khadijah, Zulaikha, Balqis, Aisyah dan Sumayyah untuk dijadikan nama nama bagi rangkaian koleksi Hatta RTW. Berbeza dari tahun kebiasaannya, tahun ini koleksi Hatta Dolmat Raya 2015 adalah lebih terhad dan lebih ekslusif bermula dari harga MYR419.00 sehingga MYR600.00.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan busana indah daripada Koleksi Hatta Him Raya 2015, tempahan boleh dilakukan secara atas talian di laman Instagram Hatta Dolmat iaitu @hattadolmat_ atau hattadolmatofficial, laman Facebook hattadolmat.hdc atau laman Twitter Hatta Dolmat iaitu hattadolmatHDC.

Bagi mereka yang ingin menghubungi terus ke talian Hatta Dolmat, mereka boleh dial terus ke nombor +60188897188 atau +60187792198. Anda juga boleh berkunjung terus ke butik Hatta Dolmat yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Hatta Dolmat Lancar Koleksi Fesyen Baju Raya 2015
Hatta Dolmat Lancar Koleksi Fesyen Baju Raya 2015
Hatta Dolmat Lancar Koleksi Fesyen Baju Raya 2015
Hatta Dolmat Lancar Koleksi Fesyen Baju Raya 2015
Hatta Dolmat Lancar Koleksi Fesyen Baju Raya 2015
Hatta Dolmat Lancar Koleksi Fesyen Baju Raya 2015
Hatta Dolmat Lancar Koleksi Fesyen Baju Raya 2015
Hatta Dolmat Lancar Koleksi Fesyen Baju Raya 2015
Hatta Dolmat Lancar Koleksi Fesyen Baju Raya 2015
Hatta Dolmat Lancar Koleksi Fesyen Baju Raya 2015
Hatta Dolmat Lancar Koleksi Fesyen Baju Raya 2015

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Baby Perempuan Safee Salie dari Lensa Camora Arts

Album 2 Voices Min Yasmin & Nikki Bacolod Dilancarkan di Manila