in ,

Gambar Anuar Zain di Rakaman Muzikal Raya Semua Untukmu

Suara lantangnya begitu mempersonakan sehingga mewujudkan suasana histeria di kalangan peminat. Itulah yang biasanya berlaku termasuklah semasa sesi rakaman muzikal raya TV3, Semua Untukmu… Anuar Zain yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada jam 8 malam, 29 Julai lalu.

Program muzikal ini akan dapat ditonton pada Hari Raya Aidilfitri ke-3 pada jam 6 petang di TV3.

Program selama satu jam setengah memaparkan 6 segmen yang merangkumi genre lagu-lagu Pop dan Balada. Selain itu, Selain itu, paparan menarik di sebalik tabir juga akan diselang-selikan untuk tontonan semua.

Antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan oleh Anuar Zain dalam enam segmen iaitu medley Pandangan Pertama /Permata/Suria Siarra, medley Jangan Bersedih Lagi/ Mungkin/Keabadian Cinta, medley Perpisahan Ini/Ketulusan Hati/ Lelaki Ini, lagu Semua Untukmu, medley Hanya Kau Yang Mampu/ Terima Kasih Cinta, medley Jerat/ Fly Me To The Moon / Sesucinya Cintamu dan juga medley Bila Resah / Kau Bunga Cintaku.

Turut menampilkan kakak beliau yang menyanyikan lagu Dingin dan lagu duet Lara dan Suasana Hari Raya sebagai penutup.

Ini dia gambar Anuar Zain di sekitar rakaman Muzikal Raya Semua Untukmu…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awal Ashaari Mahu Cepat Kahwin

Selamat Hari Jadi Erin Malek ke-16