in ,

Gambar Ajai dan Liza Kahwin

Akhirnya, Ajai dan Liza telah selamat diijabkabulkan hari ini setelah hampir dua tahun pertahankan cinta mereka. Tahniah~!

wedding ajai liza

Komposer dan penyanyi, Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas, hari ini selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya Norliza Ilyas, yang merupakan bekas pegawai kanan Maestro Talent Management.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Pejabat Agama Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Ustaz Hj Mansur dengan hanya sekali lafaz dari Ajai, kira-kira pukul 11 pagi tadi di Masjid Negeri Pulau Pinang. Norliza diwalikan oleh bapanya, Ilyas Muhammad.

Mas kahwin bagi perkahwinan mereka adalah sebanyak RM 1001 manakala jumlah wang hantaran pula adalah RM 15 ribu. Menurut Norliza yang ditemubual mStar Online selepas majlis akad nikah tersebut menyatakan kesyukurannya kerana majlis tersebut berlangsung dengan selamat seperti yang dirancang.

“Alhamdulillah, majlis hari ini berjalan seperti yang dirancang dan berjalan dengan selamat. Malah semua ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara tidak kira yang dekat dan jauh hadir ke majlis hari ini untuk meraikan saya dan Ajai,” kata Norliza.

Ditanya mengenai perancangan berbulan madu, Norliza berkata, dia dan Ajai masih belum membuat perancangan itu kerana lebih ‘excited’ untuk menyambut bulan Ramadan bersama.

“Buat masa ini, belum ada perancangan untuk berbulan madu lagi kerana kami lebih ‘excited’ untuk sambut puasa bersama-sama. Lagipun kami masing-masing ada komitmen dengan kerja, jadi mungkin untuk bulan madu kami akan tangguh dulu hingga hujung tahun ini,” jelas Norliza yang agak sibuk melayan tetamu yang hadir ketika itu.

Norliza turut menyatakan harapannya terhadap perkahwinan bersama Ajai setelah hampir dua tahun menjalin hubungan cinta dan pernah dilanda kisah panas yang menguji keutuhan cinta mereka.

“Sama seperti semua pasangan yang baru berkahwin, saya berharap perkahwinan kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan dapat membina sebuah keluarga yang bahagia. Saya juga tidak sabar untuk mulakan sebuah keluarga dengan Ajai,” katanya.

Ditanya mengenai bilangan cahaya mata yang diinginkannya, Norliza berkata: “Berkenaan anak, kami terima je apa yang Tuhan bagi. Kami pun belum ada perancangan lagi. Tapi mungkin saya nak anak dalam tiga atau empat orang anak,” katanya sambil ketawa.

Anggun dan berseri, kedua-dua pasangan pengantin ini menggayakan busana pengantin yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Rizalman. Pihak lelaki menghantar tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada mas kahwin, sebentuk cincin, sepasang kasut LV, sebuah beg tangan Louis Vuitton, satu set solekan Chanel, kek dan juga tepak sireh.

Manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada senaskhah al-Quran, sebentuk cincin, satu set tali pinggang dan dompet Cartier, satu set kemeja Emporio Armani, sepasang kasut Gucci, kek yang dihiasi dengan nota muzik yang tertera lirik lagu Ungkapan Terindah yang pernah dihasilkan Ajai untuk Ning Baizura, tepak sireh, satu set wangian Cartier dan sebuah telefon bimbit jenis Blackberry.

Pada majlis akad nikah itu, pasangan tersebut menggayakan busana pengantin yang direka oleh pereka fesyen terkenal, Rizalman.

Selamat Pengantin Baru buat Ajai & Liza, semoga kalian berdua terus bahagia ke akhir hayat.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. dah kahwin dah.. apa pun selamat pengantin baru & berbahagia ke akhir hayat!!… tapi liza tak berseri pun…??^%%$£”£……. mungkin letih dek jerana cuaca yg berjerebu karang nie…

  2. jhat ko yaya..
    keshian die ko ejek ekk..
    ape2 pn aku pn wish shelamat pngntin baru..
    shemoge kekal ke akir hayat..
    huhuhu..

  3. walaupun aku tak suka dengan ajai ni. aku tetap nak ucap tahniah. aku rasa ok apa liza ni comel dan berseri kalau nak di bandingkan dengan Akhil dan waheeda pucat lesi aje. Sebelum ni aku tengok gambar liza dia biasa je orangnya tapi gambar perkahwinan ni nampak cantik lak. Harap jodoh ajai dan liza berpanjangan hendaknya.

  4. Tahniah kepada anda berdua. semoga bahagia hingga ke akhir hayat ,moga mendapat banyak anak.sama tampan ,sama cantik …. berseri-seri si liza tu. tampan si ajai tu

  5. baguslah kalau dah nikah cepat-cepat, jadi taklah main-main aja .. makin lama masa makin penghujung.. dapat jaga zurit baik-baik!!!.. TANGGUNGJAWAB mesti lakukan seperti lakukan sembahyang 5 waktu….itu jalan yang selamat.. hai pandailah nasihatkan orang…

  6. Congrats !! tapi tak berseri pun si liza tuh .. cun lagi NURUL .. sama la macam akhil tuh .. lagi jelita MAIZA dari Wahuduh itu .. ^_^

  7. Alhamdulillah…kahwin gak depa ni..hr tu jump depa kat giant dmnsara..2 2 pkai bju putih..tp liza very sexy la..baju terang n baju kat dlm pun nmpak..transparent..pink! pkai short pants pla tu..Time tu, aku juz doa smoga depa diberi jln mudah mdirikan rumahtagga..bukan ape nampak depa pelik sgt time tu..siap bli brg dapur bersama lg..mcm suami isteri jer..pape pun..smg rumahtagga bkekalan hgga ke akhir hayat k..

  8. apa 2 pon komen semua.semua org ada hak utk bersuara.

    SAYA CUMA NK BGTAU YG SY KECEWA WALAUPUN BUKAN SY YG LALUI TP SEBAGAI SEORANG WANITA SAYA DAPAT RASAKAN PERASAAN NURUL MCAMANA.

    SAYA SEDIH DENGAN PERPISAHAN MEREKA.

    SEJAK PENCERAIAN AJAI N NURUL SY DH X NAK DENGAR LAGI LAGU2 KOMPILASI AJAI NURUL.

    SAHABAT2 SEMUA TOLONGLA DENGARI LAGU NURUL “IKHLASNYA CINTAKU” . KALAU YG ADA PERASAAN PASTI AKAN MERASAI.

    SAYA PERCAYA WALAUPUN MEREKA DAH BAWA HALUAN MASING2 TAPI JAUH DI SUDUT HATI AJAI N NURUL MASIH ADA PERASAAN SYG ANTARA MEREKA. YG TAU HANYA MEREKA N TUHAN.

    WALAUPUN AJAI N NURUL DAH BERPISAH TP SY TETAP DOAKAN JODOH MEREKA TETAP ADA.

    YG PASTI BELAJARA DARI KESILAPAN LALU TO BOTH OF U GUYS.

    TO WIFE BARU AJAI SELAMAT MENEMPUH DUGAAN DLM KEHIDUPAN RUMAH TANGGA.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Senandung Si Dayang

Penyanyi Waheeda dan Akhil Hayy Kahwin Pagi Ini