in

Gambar Ady Putra dan Rozita Che Wan

Impian dua nama selebriti ini adalah untuk mengembangkan lagi bakat dan menaikkan mutu drama dan filem Melayu. Bukan sekadar mahu popular dan glamour, Ady Putra dan Rozita mahu membentuk identiti mereka sendiri.

Ady Putra atau nama sebenarnya Hadi Putera dah enam tahun sebagai pelakon di Malaysia, kredibilitinya tidak boleh dipertikaikan.

“Perjalanan dunia lakonan saya seperti diatur Tuhan dengan begitu cantik. Saya menerima pelbagai peluang dan kepercayaan untuk merealisasikan variasi watak sama ada berat, ringan, komedi dan sedih. Mungkin saya mengambil masa yang agak panjang untuk dikenali namun alhamdulillah kerana karier lakonan saya tidak terumbang-ambing.

“Sebagai pelakon saya sebenarnya sangat pemilih. Saya melihat dulu watak dan jalan cerita kerana sebagai pengkarya, saya perlu merealisasikan peranan yang diamanahkan tanpa membiarkannya tenggelam. Saya dibayar untuk berlakon, jadi saya harus menggalas tanggungjawab itu dengan sempurna. Saya tidak mencari ganjaran atau pengiktirafan, cukup jika penghargaan yang baik atas bakat yang dianugerahkan Allah,” katanya.

Diajak bercerita mengenai kelahiran ramai bakat baru yang semakin menyerlah di layar kaca, Ady berkata, setiap pelakon mempunyai kelebihan serta identiti tersendiri. Justeru, mereka harus menetapkan hati untuk memilih jalan mana yang mahu diikut – mencari kualiti atau mengejar kuantiti.

“Tidak mudah memberikan lakonan berkesan dan saya selalu percaya kepada lakonan serta perwatakan yang meninggalkan impak. Saya selalu berpegang kepada keikhlasan dan kejujuran dalam setiap kerja yang diberi. Jika dua sifat itu menguasai diri, Insya-Allah, ia akan menyerlah apabila kita beraksi di layar nanti,” kata Ady yang turut melahirkan album, Kelahiran yang menjengah pasaran Isnin lalu. – Berita Harian

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. hmm budiey kalau leh amik la gambar satu family kak rozita ni.. minat sangat dengan ayu raudhah..cantik mcm kakak dia gak..plssss…kalau boleh interview kat rumah dorang..ehehe..

  2. Itu Datuk mesti steam kering bila tengok Cik Rozita kita ni…

    Tiap2 mlm tido air meleleh siol ….. wahahaha ! 😛

  3. Cik Ita mmg cun bebs..smoga bakat lakonan dia semakin dipertingkatkan. Tgk video klips Citra Terindah..Fuhh..mmg lawa giler..

  4. Pada Reena.. if orang 2 dah lawa, lawa jugak.. celup arang pun akan lawa.. make up 2 kan penambah seri lagi.. huhu.. pada reena, cube g suruh make up artist make up kan.. mesti lawa jugak kan.. rezeki dia lawa nk wat mcm mane..

  5. BETUL,,,YG CUCUK ARY PUTRA, BUKAN ADI…FOR SURE AKU MEMANG SUKA ROZITA YG CANTIK DAN ADI YG HENSEM N MACHO NIH…TAK YAH LA NK DENGKI DGN MENEGAKKAN BENANG BASAH..CUCUK LA, BULU MATA PALSU LA…CUBA KALO MUKA N BODY KITA CAM ROZITA/ADI…TK RASA GEMBIRA KER…PLS LA….

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tiket Percuma Nitrus di Zoom In @ RTM

Drama Berek Lakonan Sharifah Shahira, Ani Mayuni, Norseha