in , ,

Galaxy Z Fold 3 Mungkin Jadi Telefon Pertama Samsung Dengan Kamera Dalam Skrin

Samsung sememangnya terkenal dalam pembuatan skrin pada telefon pintar dan masalah yang dihadapi kebanyakan jenama telefon sekarang adalah takuk pada skrin yang menempatkan kamera swafoto.

Kita telah lihat pelbagai teknologi yang dilakukan jenama lain seperti kamera pop-out atau infinity-o pada Galaxy Z Fold 2. Oleh itu, Samsung merasakan kamera yang terbina di dalam skrin adalah satu teknologi yang perlu dilakukan.

Laporan daripada media Korea Selatan menyatakan Samsung akan perkenalkan Galaxy Z Fold baharu dengan kamera terbina di dalam skrin.

Galaxy Z Fold 3 Mungkin Jadi Telefon Pertama Samsung Dengan Kamera Dalam Skrin

Dengan teknologi ini, pengalaman menggunakan telefon akan jadi lebih sempurna kerana tiada takuk pada skrin. ZTE sebelum ini telah perlihatkan bagaimana ia berfungsi pada telefon Axon 20 5G.

Galaxy Z Fold 3 Mungkin Jadi Telefon Pertama Samsung Dengan Kamera Dalam Skrin
ZTE Axon 20 5G

Tambahan lagi, Samsung Display akan membuat panel yang diperlukan sementara kamera akan dibuat oleh bahagian LSI Sistem Samsung.

Mereka juga turut berusaha untuk meningkatkan kualiti gambar yang dihasilkan menerusi teknologi ini nanti dengan mengembangkan algoritma pembetulan imej.

Walau bagaimanapun, belum ada kepastian lagi bila Samsung akan umum telefon dengan teknologi ini memandangkan Galaxy Z Fold 2 baru sahaja dilancarkan tahun ini.

Sumber: sammobile

What do you think?

23 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Jika Tiada Halangan…” Safawi Rasid Bakal Beraksi Menentang UD Leiria

FashionValet Sumbang RM100,000 Sempena Ulang Tahun Ke-10