in , ,

FashionValet Sumbang RM100,000 Sempena Ulang Tahun Ke-10

Perkembangan global sebahagian daripada fasa pertumbuhan seterusnya bagi FashionValet

Salah satu daripada prinsip asas jenama FashionValet (FV) sejak ditubuhkan ialah komitmennya untuk menabur bakti kepada masyarakat. Sempena ulang tahunnya yang ke-10, FV akan menyumbang RM100,000 untuk tabung dana Pasukan Tindakan & Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) bagi pihak kakitangannya dalam usaha menentang pandemik COVID-19. Sebagai pengasas trend dan peneraju dalam industri fesyen sederhana (modest fashion), FV kini merancang untuk mengembangkan platform ke peringkat global dalam tempoh dua tahun yang akan datang.

Sempena ulang tahunnya yang ke-10, FV telah melaksanakan pelbagai inisiatif mengumpul sumbangan daripada orang ramai (crowdsourcing) dan telah berjaya meraih RM2 juta dalam tempoh 6 bulan. Di samping itu, pada bulan Ramadan 2020 lepas, FV membuat bazar dalam talian yang dinamakan ‘FVBazaar’, di mana ia menghubungkan 5,000 penjual makanan tempatan dengan pelanggan.

Inisiatif ini dijalankan dari April hingga Jun 2020 dimana semua pesanan dibuat secara langsung antara vendor dan pelanggan, manakala FV bertindak sebagai laman interaktif tanpa mengenakan komisen kepada vendor.

FashionValet Sumbang RM100,000 Sempena Ulang Tahun Ke-10

Sebagai peneraju dalam fesyen industri, FV sentiasa memberi keutamaan terhadap perkhidmatan kepada pelanggannya. FV telah memperkenalkan beberapa ciri kemudahan seperti Cuba Sebelum Beli, penghantaran GrabExpress, kemudahan bayaran ansuran dan pencadang saiz.

Selain itu, FV juga menyertai program rancangan realiti TV Gen F yang menggalakkan keusahawanan dengan menaja hadiah wang tunai sebanyak RM100,000. FV berkerjasama dengan MyCreative untuk pertandingan ‘Fashion Pitch’, dengan tujuan menyerlahkan bakat pereka fesyen baharu dimana pemenang layak memohon pinjaman perniagaan bernilai sehingga RM2 juta daripada MyCreative. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada lembaran fakta yang dilampirkan.

Dalam fasa pertumbuhan seterusnya, FV sedia meluaskan operasi ke pasaran global dalam tempoh dua tahun akan datang mengikuti kejayaan jenama sendiri, dUCk. dUCk telah muncul sebagai jenama fesyen sederhana pertama di dunia yang bekerjasama dengan jenama terkemuka antarabangsa seperti Disney dan Barbie.

Di samping itu, dUCk Cosmetics juga merupakan jenama tempatan pertama untuk menyertai Sephora, pemimpin pengalaman beli-belah produk kecantikan. 

“Semasa kami bermula 10 tahun lepas, kami terpaksa melakukan segalanya sendiri. Daripada mengira stok kepada mengambil gambar, membungkus barangan, menguruskan perkhidmatan pelanggan dan menjalankan perniagaan! Kami mempunyai pasukan yang sangat kecil pada masa itu, dengan hanya 3 orang, dan sekarang kami mempunyai lebih dari 180 pekerja yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan syarikat. 

Memasuki dekad baharu, kami komited untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggan dan terus mengembangkan platform dan kehadiran kami di ruang fesyen sederhana di seluruh dunia. Kami secara aktif telah mengambil langkah-langkah kelestarian di semua operasi kami, dan sentiasa mencari teknologi terkini.

Sebagai contoh, kotak ungu dUCk kami dibuat dari 100% bahan kitar semula dan dicetak dengan dakwat berasaskan soya. Kami juga mempunyai peti surat ungu di kedai KLCC kami untuk mendorong pelanggan mengitar semula kotak mereka. Kami juga sedang berusaha menghasilkan semua kotak FV dengan bahan kitar semula. Poly mailer yang kami guna boleh terbiodegradasi seperti tisu yang digunakan.

Saya benar-benar percaya bahawa kita perlu menabur bakti kepada masyarakat dan komuniti. Dalam tahun ini sahaja, FV  telah menjalankan pelbagai inisiatif untuk mengumpul sumbangan. Disebabkan itu, Malaysian Official Designers’ Association boleh menjahit 140,000 pakaian perlindungan diri untuk pekerja barisan hadapan kita. Walaupun tahun 2020 amat mencabar, kami tidak akan dapat mengharungi keadaan semasa tanpa sokongan daripada pelanggan, rakan niaga dan kakitangan kami. Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan,”

– Vivy Yusof, Pengasas Bersama FashionValet
FashionValet Sumbang RM100,000 Sempena Ulang Tahun Ke-10

Sempena ulang tahun ke-10 FV, jenama ini memperkenalkan watak bernama Farah, nama umum yang melambangkan wanita fesyen sederhana dan juga tote bag dan dan buku nota edisi terhad yang boleh dibeli di laman web.

Aktiviti ‘Find Farah’ (Mencari Farah) ialah acara pencarian yang akan diadakan dari hari ini sehingga 26 November. Kaedah penyertaan adalah seperti di bawah: 

Langkah 1: Layari laman web atau aplikasi FV 

Langkah 2: Cari Farah dan ambil gambar skrin (screenshot) 

Langkah 3: Paparkan gambar di Instagram, tag @fashionvaletcom dan sertakan #FV10WITHU dalam keterangan Instagram anda.

Seramai 10 peserta bertuah akan memenangi kod diskaun 15% menerusi mesej Instagram, yang boleh ditebus apabila membuat pembelian dalam talian yang seterusnya. Kod tersebut sah selama 6 bulan, tanpa sebarang syarat nilai pembelian minimum. 

###

MENGENAI FASHIONVALET

FashionValet (FV) ialah destinasi sehenti bagi industri fesyen sederhana. FV yang ditubuhkan pada November 2010, menghimpunkan jenama fesyen dan kecantikan terbaik di bawah satu bumbung, sedia  untuk ditawarkan kepada pelanggan dari seluruh dunia. Dengan jumlah pengikut yang besar di media sosial, FV telah membina kekuatan jenamanya dalam tempoh 10 tahun lepas, sebagai platform bagi pelbagai jenama fesyen sederhana, di samping membangunkan rangkaian jenamanya yang tersendiri. 

Berbekalkan wawasan untuk membawakan fesyen sederhana ke arus perdana, FV sering dilihat sebagai perintis di pasaran menerusi kerjasama eksklusif dengan pereka dan selebriti. Produk baharu yang tiba setiap hari menjadikan laman ini sentiasa tampil segar dan mengikuti trend terkini. Bermula sebagai jenama yang hanya dijual menerusi e-dagang, Kumpulan FashionValet pada hari ini telah membuka 9 kedai dan merancang untuk membuka lebih lagi, dengan matlamat untuk menjadi platform berbilang saluran menerusi inovasi teknologi dan penambahbaikan berterusan. 

Layari https://www.fashionvalet.com/ atau kunjungi salah satu daripada gedung fizikal FV hari ini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Galaxy Z Fold 3 Mungkin Jadi Telefon Pertama Samsung Dengan Kamera Dalam Skrin

Terkesan Dengan Pandemik COVID-19, Luke’s Lobster Osaka Ditutup Secara Rasmi