Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Gadis Orang Asli Sebak Terima Telekung, Pengasas Pakaian Muslimah Munawwareen Terima Pujian

SUDAH acap kali pengasas pakaian Muslimah Munawwareen iaitu Aliza Abu Bakar menyantuni masyarakat yang kurang berkemampuan. Bagi Aliza, melakukan kerja-kerja kebajikan sebegitu memberi ketenangan kepada dirinya walaupun sumbangan yang diberi bukan dalam kapasiti besar sekadar mengikut kemampuan yang ada.

TULAR dalam media sosial kisah seorang gadis Orang Asli, Azura Anjau yang menangis kegembiraan apabila menerima telekung daripada pengasas pakaian muslimah Munawwareen iaitu Aliza Abu Bakar. Aliza juga mengaku situasi itu turut membuatkan hatinya tersentuh apabila telekung Azura yang sudah lusuh dapat digantikan dengan telekung baharu.

“Kalau sebelum ni, apa yang saya perhatikan bila saya sedekahkan telekung kepada orang, mereka menerima dengan gembira.

“Tapi kali ini, perasaan tu berbeza. Tangisan yang jujur dari hati. Belum pernah saya melihat ada orang sebak apabila menerima hadiah telekung. Biasanya, orang yang dah berumur je yang paling excited dapat telekung. Sedangkan adik Azura binti Anjau ni masih muda remaja.

“Sejujurnya, airmata syukur adik Azura yang sebak mengalirkan titis air mata buat hati saya tersentuh,” kongsi Aliza di Instagram TV (IGTV) miliknya.

Pada 20 April yang lalu, Munawwareen mengambil kesempatan di bulan Ramadan untuk mengadakan program infaq di Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong.

Mungkin mereka yang berkemampuan, hadiah telekung adalah perkara biasa, namun tidak bagi Azura yang sudah lama mengimpikan mahu memakai telekung yang cantik dan selesa ketika solat.

“Katanya dia sudah lama mengimpikan telekung yang cantik dan mewah, namun masih belum ada rezeki utk membelinya. Bila saya perhatikan, tudung yang dia pakai pun dah lusuh.

“Adik Azura kata lagi, biasanya sumbangan yang disalurkan kepada komuniti Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong, Selayang, berupa keperluan harian.

“Jadi, kali ini dia sangat teruja bila menerima hadiah telekung eksklusif daripada Munawwareen.

“Tentunya saya sebagai tulang belakang jenama Munawwareen berasa amat bersyukur.

“Semoga adik Azura rasa gembira setiap kali memakai telekung Munawwareen ketika menunaikan solat,” ujar Aliza yang bersyukur dan seronok dapat berkongsi rezeki dengan masyarakat Orang Asli.

Bagi Aliza, kesudian mereka menerima telekung tersebut merupakan satu rahmat buatnya.

“Tanpa saya sedar, air mata yang cuba saya tahan jatuh juga bergenang ketika saya dalam perjalanan pulang. Saya bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, kepada komuniti orang asli dan amat terharu apabila mereka menerima pemberian saya dengan hati yang terbuka,” ujarnya lagi.

Selain telekung, Aliza juga turut menyumbangkan barangan keperluan dapur antaranya beras, susu, mihun, minyak masak dan air mineral kepada 40 keluarga yang menetap di perkampungan itu.

Pasukan Munawwareen ke sana dengan bantuan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Taman Templer.
Aliza juga mempunyai alasan tersendiri memilih perkampungan Orang Asli.

“Kenapa perkampungan Orang Asli? Ini kerana kawasan penempatan komuniti ini jarang menjadi “hot spotted” atau mendapat perhatian untuk program infaq di bulan Ramadan.

“Biasanya progam infaq ini melibatkan anak-anak yatim, ibu tunggal, rumah orang tua-tua, fakir miskin, OKU dan anak-anak tahfiz.

Bukan setakat menyumbangkan telekung dan barangan keperluan, Aliza juga turut membawa seorang ustaz untuk menyampaikan tazkirah di sana.

“Kesempatan ini, tentunya dengan izin Allah SWT yang telah menjentik hati saya untuk meninjau kehidupan penduduk Kampung Orang Asli Bukit Lagong yang majoritinya (75%) beragama Islam. Sebahagian kecil saudara baru Muslim.

“Walaupun hanya terpisah 10 minit dari bandar Selayang, mereka ini kurang mendapat pendedahan mengenai Islam.

“Justeru kunjungan tempoh hari, saya bawakan khas Ustaz Riduan Zainal Abidin untuk menyampaikan tazkirah berjudul Cahaya Ramadan kpd muslimin dan muslimat yang hadir.

“Saya ingin menzahirkan rasa syukur, kerana Allah SWT telah gerakkan anggota badan untuk kami melaksanakan ibadah yang disukai oleh-NYA, bahkan Rasulullah SAW iaitu bersedekah.

“Semoga pahala ini menjadi peneman di alam barzakh, dihitung sebagai amalan yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat,” jelasnya lagi.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version