in ,

Terrence Dass & Zooey Teo Hos FRESH BREW Talkshow Terbaharu RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Seksyen Ehwal Semasa tampil dengan program bual bicara berbahasa Inggeris terbaharu bertajuk “Fresh Brew”.Padat dengan informasi berguna gaya hidup masa kini, episod pengenalannya telah pun bermula pada 13 Januari lalu, disiarkan setiap Ahad, pukul 10.00 pagi menerusi saluran TV2.

Menampilkan hos berpengalaman, Terrence Dass, kemunculan beliau mengendalikan program bukanlah asing lagi kerana sebelum ini beliau pernah menjadi hos program bual bicara Inggeris di RTM, ‘Hello on Two’ sejak 2005. Kali ini pasangan beliau Zooey Teo yang juga berpengalaman dalam bidang pengacaraan.  

Terrence Dass dan Zooey Teo, Hos Talkshow Terbaharu RTM,“Fresh Brew” di TV2

Dalam setiap episod siarannya, program ini memaparkan pelbagai segmen menarik seperti “Animal Diary”, “What’s Up”,dan “Hobby Mania”. Topik perbincangan pula berkaitan kesihatan, keluarga serta gaya hidup merangkumi pelbagai tahap umur dan kerjaya.

Menarik dalam segmen “Hobby Mania”, pada 13 Januari lalu bersama-sama dengan hos di lokasi, Nabil Zakaria, perkongsian tajuk menarik “Miniature Train Club” bersama tetamu Mohd Afzarizul Othman Fuad, pengasas Miniature Train Club yang menceritakan tentang tercetusnya idea membuka tempat terletak di Kuala Lumpur ini. Temu bual bersama seorang ahli bernama Farid Kadri memberi pendedahan dan suntikan semangat terutama dalam kalangan remaja memupuk minat terhadap bidang lokomotif.    

SALAH SATU EPISOD

Bersama-sama tetamu undangan Anthony Ang, seorang penasihat kewangan membincangkan tentang perancangan kewangan termasuklah melibatkan pelaburan rumah dan sebagainya.

Manakala tetamu Ezzati Amira, seorang pereka fesyen, membincangkan topik warna dan gaya untuk tahun 2019. Artis undangan EB Duet menyampaikan lagu ‘Over The Rainbow’dan ‘Come With Me’.  

Menyusul segmen “What’s Up”,membincangkan topik cara memilih langsir bersama-sam hos Brandon menemu bual tetamu yang pakar tentang pemilihan langsir yang sesuai dengan kediaman seseorang itu.

Sementara itu segmen “Animal Diary”,hos lokasi Meor Addelan kongsi minat pencinta haiwan, Nur Aimi Zabidi yang memelihara leopard gekho memberi penerangan tentang keistimewaan dan cara penjagaan spesis reptilia ini.  

Menarik pada 20 Januari lalu pula sarat pengisian melibatkan segmen “Animal Diary”, hos Zooey mengunjungi Farm In The City, Seri Kembangan mendekati haiwan ‘Alpaca’, berasal dari Afrika Selatan. 

Tetamu undangan Dr. Suriani Shafii Charles membincangkan topik perilaku anak-anak yang perlu diambil berat oleh ibu bapa dan perkongsian topik ‘stop judging, start living’ bersama-sama tetamu pakar motivasi, Murshidah Said.  

Hos lokasi, Brandon kemudiannya muncul berkongsi tip pemilihan wallpaperyang menarik untuk kediaman rumah. Menerusi episod sama juga mengundang tetamu berkongsi demo menyediakan pencuci mulut menyelerakan.  

Paparan pada 27 Januari lalu, hos Brandon mengunjungi lokasi taman tema air terbuka Splash World yang menjadi tarikan terbaharu di My Town, Kuala Lumpur. Bersama-sama tetamu undangan, Dr. George Lee, pakar urologi pula membincangkan topik kesihatan ’10 Signs That You Should See A Urologists’.Seterusnya kupasan topik ‘minimalist lifestyle’dibincangkan tetamu Dr. Kamril Abdul Karim, pakar motivasi.

Hos Zooey meneruskan segmen ‘What’s up’dengan perkongsian tentang ‘Fashion Collaboration 2019’ mengundang pereka Christy Ng menerangkan koleksi terbaharu sepanjang tahun 2019 ini.

Turut ditemu bual artis terkenal Yuna bercerita tentang penglibatannya dalam kolaburasi menghasilkan juga mempromosikan beg tangan dan kasut rekaan anak tempatan. Ada juga segmen ‘Animal Diary’dimana hos Nabil Zakaria berkongsi info tentang haiwan peliharaan di Farm In The City, Seri Kembangan.

Justeru kepada penggemar program bual bicara berbahasa Inggeris teruskan tontonan anda menyaksikan pengisian dan kupasan menarik topik penuh informasi dalam program “Fresh Brew” di TV2.  

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

program bual bicara Inggeris Fresh Brew di TV2
hOS fRESH bREW
Fresh Brew di TV2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sweetnya Layan Medley Lagu AJL33 Versi Aepul Roza & Isteri

Remy Ishak Dalam Telemovie PESAN DARI TUHAN