in , ,

AirAsia Lancar Kempen Promosi Thailand Bersama Pelakon Thailand Tay Tawan

Terbang ke Chiang Mai dengan Tempat Duduk PERCUMA* terhad untuk 72 jam dan destinasi lain dari Kuala Lumpur ke Thailand bermula RM99 untuk tambang termasuk semua** sehala

AirAsia meneruskan komitmennya untuk menyokong industri pelancongan serantau dengan melancarkan kempen “Takeover Thailand” sebagai destinasi perjalanan pilihan bagi pelancong dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Melalui kempen ini, AirAsia bekerjasama secara strategik dengan Tay Tawan, selebriti terkenal dari Thailand sebagai ‘Duta Laluan AirAsia untuk Malaysia’ untuk menawarkan pengalaman perjalanan terbaik dan memainkan peranan penting dalam mencetus inspirasi para pelancong dari pasaran utama untuk meneroka Thailand.

Kempen ini dilancarkan pada masa yang tepat, menawarkan udara dengan tambang berpatutan kepada pelancong di rantau ini. Sempena pelancaran kempen ini, AirAsia menawarkan Tempat Duduk PERCUMA* dari Kuala Lumpur ke Chiang Mai terhad untuk 72 jam mulai hari ini sehingga 3 Mac 2024 untuk tempoh perjalanan antara sekarang dan 30 November 2024. Para tetamu juga boleh menerokai destinasi lain seperti Krabi, Phuket, Hat Yai dan Bangkok dari Kuala Lumpur daripada RM99 untuk tambang termasuk semua** sehala.

AirAsia Lancar Kempen Promosi Thailand Bersama Tay Tawan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata: “Kami berbesar hati untuk melancarkan kempen ini bagi menyokong pemulihan industri pelancongan serantau dan menghidupkan kembali keterujaan untuk meneroka dan mengunjungi keindahan Thailand di kalangan pelancong dari negara jiran kami. Sebagai syarikat penerbangan yang menumpukan kepada rantau Asean, kempen ini mewakili komitmen AirAsia bagi mengekalkan hubungan dan budaya serantau.

“Thailand terus menjadi destinasi popular bagi AirAsia, bagi sektor pelancongan, pendidikan dan mengunjungi orang tersayang. Pada tahun 2023, kami telah menerbangkan lebih dari dua juta tetamu antara Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand dan berharap jumlahnya akan lebih meningkat pada tahun ini.

“Selain menawarkan keindahan memukau, kekayaan budaya dan pengalaman pelancongan menarik di Thailand, kami juga teruja untuk membawa pelancong dari Thailand terbang ke destinasi utama kami bagi merangsang permintaan perjalanan dua hala dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara yang bergantung kepada industri pelancongan.”

AirAsia Lancar Kempen Promosi Thailand Bersama Tay Tawan

Duta Laluan AirAsia untuk Malaysia, Tay Tawan berkata: “Saya berbesar hati untuk mewakili Thailand dan memainkan peranan dalam mempromosikan negara tercinta saya untuk pelancong dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Thailand menawarkan pelbagai tarikan menakjubkan, daripada landskap memukau kepada rakyat yang mesra, dan saya teruja untuk terus mempromosikan destinasi ini bersama-sama AirAsia. Dengan menghubungkan Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand, kita bukan sahaja dapat meningkatkan sektor pelancongan malah memperkukuhkan hubungan sesama negara. Jom lawati destinasi di Thailand bersama-sama saya dan AirAsia!”

Kempen “Takeover Thailand with Tay Tawan” telah dilancarkan secara rasmi di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, Malaysia hari ini dengan lebih daripada 1,000 peminatnya dari pelbagai negarA. Kempen ini akan berlangsung sehingga 22 September 2024.

*Promosi Tempat Duduk PERCUMA hanya untuk TAMBANG ASAS sahaja, tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Promosi Tambang termasuk semua sehala bermula dari RM131. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

** Promosi Tambang adalah termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FOUZIAH GOUS

Fouziah Gous Bukan Jenis Isteri Penyibuk, Takkan Periksa Telefon Suami

ELLA

Koleksi Raya Rockqueen ‘Kasih – Monolog dari Hati’ Luahan Ella Buat Palestin