in , ,

Foto Sekitar Majlis Sidang Media Akademi Fantasia 5

Sudah tengok logo terbaru Akademi Fantasia di iklan promo dan di kaca TV. Hitam & merah adalah warna tema utama. Hitam mewakili misteri dan penuh dramatik. Merah pula melambangkan AF kali ini lebih hangat dengan kejutan yang dahsyat.

Okaylah, ini entri untuk foto-foto yang sempat diambil masa menghadiri majlis media petang tadi. Untuk foto yang lebih BESAR dan JELAS, sila ke: http://budifoto.blogspot.com Sebelum tu, saya nak ucapkan tahniah kepada filem Puaka Tebing Biru yang telah berjaya mengutip RM1.1 juta selepas 2 minggu berada di pawagam. Tahniah buat Osman dan Tayangan Unggul! Semoga filem yang seterusnya, Anak Halal yang akan menemui penonton pada Ogos tahun ini akan lebih sukses.

Rasanya ramai sudah tahu siapa yang bakal menjadi pengetua bagi Akademi Fantasia musim ke lima. Walaupun ada ura-ura mengatakan pengetua kali ini adalah wanita, namun sebenarnya itu hanyalah spekulasi untuk menghangatkan keadaan sahaja.

Saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada Roslan Aziz ke Akademi Fantasia. Tahniah kerana dilantik menjadi pengetua AF musim kelima. Dikatakan musim ini adalah kemuncak atau klimaks dalam sejarah program realiti TV itu.

Bertempat di Hotel JW Marriott Kuala Lumpur, satu majlis sidang media diadakan dalam suasana yang tidak berapa meriah tanpa kehadiran pelajar Akademi Fantasia. Tidak seperti sebelum ini, pelajar AF 5 tidak dibenarkan bertemu dan beramah mesra dengan wartawan.

Ini untuk menjadikan AF kali lebih suspen, penuh drama dan sensasi. Selain untuk mengelak pelajar mengenali wartawan secara personal, ini juga dapat mengelakkan pelajar dipromosi habis-habis oleh wartawan seperti yang berlaku pada musim lalu di mana Salima diramalkan akan menjadi juara pada peringkat awal.

Saya berpeluang ke sana atas ajakan Klubbkidd. Terima kasih sebab sudi mengajak ‘warga’ Sensasi Selebriti. Mr. Manager juga turut datang untuk membuat liputan untuk blognya yang sekarang ini sedang meletop-letop.

Sebelum saya cerita lebih lanjut pasal pembaharuan AF musim ini, apa kata kita layan dulu foto-foto berikut:

Pengacara tetap Akademi Fantasia, Aznil Hj Nawawi. Juga menjadi pengerusi majlis petang tadi.

Sebelum apa-apa, Aznil dengan selambanya buat lawak-lawaknya yang over. Menjemput bekas-bekas juara AF musim yang sudah. Semua ada kecuali Vince. Zahid, Mawi dan Faizal dijemput untuk mengembalikan kegemilangan AF.

Faizal mendendangkan lagu Zahid iaitu WO! Diiringi dengan penari-penari latar. Gaya Faizal tidak santai. Tariannya masih agak longgar sana-sini. Hanya vokal Faizal yang OK.

Faizal nampak tidak ada apa-apa perubahan. Gayanya masih sama walaupun sudah setahun bergelar artis.

Zahid membawa lagu Kian yang menjadi lagu wajib Mawi di persembahan pentas. Vokal mantap, penghayatan yang cukup dan gayanya yang bersahaja.

Antara tetamu VIP dan warga tertinggi astro yang hadir

Dengan gaya yang tersendiri, lagu Kian terasa syahdu dilagukan oleh juara AF musim kedua ini.

Mawi pula menyanyikan lagu Lihatlah. Lagu asal dinyanyikan oleh Faizal. Dengar macam biasa sahaja… tidak ada apa yang istimewa sangat pun.

Kemudian mereka berganding untuk lagu joget berjudul Pantun Budi. Lagu ini mengingatkan saya kepada finalis AF musim kedua iaitu Bob. Penyampaian mereka memang serasi. Siap dengan tarian.

Faizal macam biasalah, tak berapa syncronize dengan Mawi dan Zahid. Siap Zahid buat gaya joget yang agak lucu. Memang lawak habis tengok diorang ni buat show sama-sama. Rugilah si Vince tu takde. Kalau ada Vince mungkin lagi meriah. Katanya Vince terpaksa ke Jepun?

Kemudian, Aznil jemput Khairul Mizan selaku Pengurus Saluran Astro Ria untuk berucap. Ada banyak perubahan katanya akan menjadikan AF kali ini lebih hype dan lebih mesra pengguna.

Imbasan AF yang biasa kita tonton pada tengahari Ahad dimansuhkan. Mungkin tak nak ganggu siaran Melodi di TV3. Tapi digantikan dengan Debat AF yang akan disiarkan secara langsung pada setiap Khamis jam 10 malam. Debat-debat jugak, jangan sampai jadi macam Sensasi sudah lah ya!

Aznil sempat mencuit hati penonton dengan usikan manja bersama bekas juara AF.

Zahid, Mawi dan Faizal di meja makan. Sedang menonton klip video yang mengimbas kembali kenangan mereka di Akademi.

Ini pula foto seorang blogger yang sangat gigih dan berdedikasi katanya. Siap boleh bawak laptop untuk update berita secara live untuk pembaca blognya. Untuk peminat AF, jangan lupa untuk mengikuti komen & carutan blogger yang gigih ini sepanjang musim terbaru ini!

Ya, inilah dia tenaga pengajar AF musim terbaru.

  1. Linda Jasmine sebagai guru tarian atau kareografi.
  2. Syafizawati Sharif sebagai guru vokal teknikal.
  3. Cikgu Adnan Abu Hassan juga guru vokal persembahan yang kreatif dan lucu.
  4. Puan Fatimah Abu Bakar sebagai guru persembahan pentas.
  5. Roslan Aziz sebagai pengetua dan pengarah muzik.
  6. Dr. Azahari Othman sebagai perunding motivasi.
  7. Jasmi Rejab sebagai perunding imej

Semua nampak tak sabar untuk berkhidmat. Selamat maju jaya buat semua tenaga pengajar. Ajar budak-budak tu elok-elok ya. Jangan lupa, kalau budak-budak tu degil, baling pen, almari dan kerusi ya.

Seriusnya muka pengetua nih. Garang kan? Habislah budak-budak tu nanti kena basuh.

Antara hadirin yang memenuhi dewan Mayang Sari Ballroom, Hotel JW Marriott. Makanan petang pun semua sedap-sedap. Dah tu tak sedap apanya sebab perut dah berlagu keroncong. Lapar siot.

Duduk dari kiri, Cik Baha, Roslan Aziz, Aznil dan Khairul Mizan di sesi soal jawab.

Selepas perkenalkan tenaga pengajar, media dan wartawan dibawa ke kamar sidang media. Banyak la juga soalan yang ditanya. Banyak soalan yang pedas-pedas. Soalan kenapa pelajar tidak diperkenalkan pada media. Pasal pengkritik tetap yang katanya ada 3 orang.

Spekulasi mengatakan antara yang bakal menjadi pengkritik tetap ialah Kudsia Kahar, Hattan dan Abie (wartawan Berita Harian). Ini merupakan satu lagi kejutan yang menunggu penonton.

Dalam 30 minit juga saya duduk mendengar sesi soal jawab dengan wartawan. Kemudian, kami makan petang. Habis makan dalam jam 5.30 petang. Minta diri dan say good bye kat Vernon, Joe Lee dan Shazwan Kosmo… then saya terus balik sebab tak sabar katanya nak upload gambar dan letak kat blog. Lepas ni nak siar gambar pelajar AF5 yang bertuah dapat menjadi penuntut di Akademi…

Kisahnya, blog Sensasi Selebriti akan jadi blog untuk mengulas AF la pulok!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelajar Baru Akademi Fantasia Musim ke 5

BMW Shorties 2007, Tahniah Buat Penulis Blog Terkemuka Tok Rimau!