in , ,

Forum Informatif Trend Industri Fesyen Menghiasi MY Gaya Month

Empat forum telah berlangsung sempena MY Gaya Month dengan menampilkan lapan pembicara dan ahli panel yang membincangkan trend semasa dan akan datang industri fesyen.

Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia (MBDA) meneruskan kesinambungan usahanya untuk meningkatkan sokongan orang ramai terhadap produk tempatan dan mengangkat martabat pereka-pereka baharu menerusi penganjuran satu siri acara sepanjang bulan yang terdiri daripada forum (perbincangan panel), emporium barangan dan pertunjukan serta peragaan fesyen.

Kempen selama sebulan ini menampilkan pembicara-pembicara menarik yang terlibat dalam forum yang membincangkan pelbagai topik berkaitan industri fesyen pada peringkat tempatan dan global. Empat forum berbeza berlangsung sepanjang hari pada 13 Oktober dengan pengacara dan penerbit TV, Raj Aria bertindak sebagai pemudahcara forum.

Forum Informatif Trend Industri Fesyen Hiasi My Gaya Month

Perbincangan panel pertama yang bertajuk ‘Fesyen di Malaysia’ menyorot trend terkini dan trend akan datang industri fesyen Malaysia. Sesi tersebut menampilkan pengasas Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia (MBDA), Bon Zainal Harun, yang juga merupakan pengasas dan pereka fesyen Bon Fashion Legacy Sdn Bhd, bersama pensyarah kanan fesyen di UiTM Shah Alam, Faizal Hamid, yang juga seorang kurator, penulis dan penceramah terkenal dalam industri fesyen.

“Kami ingin menonjolkan kemajuan yang telah dicapai oleh industri fesyen Malaysia sejak beberapa tahun lalu terutama sekali kejayaan kita menghasilkan produk-produk berkualiti yang mampu bersaing dengan jenama-jenama antarabangsa.

Dengan menyokong jenama tempatan, rakyat Malaysia dan para pelancong boleh menyumbang kepada usaha merancakkan kembali industri fesyen tempatan, secara langsung dan tidak langsung,”

– Bon Zainal

Pengasas STYLOP.com, Emdad dan Ketua Pegawai Eksekutif NanoTextile, Dr Thomas Ong Poh Shing kemudian mengisi forum ‘Teknologi & Fesyen‘ dengan mengupas topik berkenaan teknologi terkini yang berupaya memartabatkan lagi industri fesyen menerusi penciptaan produk-produk yang lebih inovatif dan lestari, lebih tahan lasak dan mempunyai fungsi khusus – sekali gus mengurangkan sisa hasilan fesyen daripada segmen “fast fashion” yang didorong oleh permintaan pengguna yang sentiasa berubah dengan drastik pada masa yang sama perlu memenuhi permintaan kos yang agak rendah.

Kedua-dua ahli panel turut meneliti pendekatan perniagaan-perniagaan secara fizikal yang berjaya mengharungi cabaran pandemik dengan memanfaatkan pasaran dalam talian.

Forum Informatif Trend Industri Fesyen Hiasi My Gaya Month

“Penghasilan produk-produk mewah memerlukan teknologi canggih terkini, kerana kami tidak boleh menghasilkan fabrik atau tekstil dengan tangan semata-mata.

Evolusi berterusan keupayaan teknologi membolehkan kami memenuhi peningkatan permintaan pelanggan di luar dan dalam talian, yang AYAsebahagian besar daripadanya sangat arif dengan prinsip-prinsip dan nilai fesyen beretika,”

– Thomas Ong

Bekas pengarah urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy dan Pengarah Pokanime Planet juga pembina NFT berpengalaman, Kevin Poi membincangkan impak NFT kepada penggiat dan pelanggan industri fesyen pada sesi forum bertajuk ‘Pendigitalan dalam Fesyen (NFT & Metaverse)‘.

Forum Informatif Trend Industri Fesyen Hiasi My Gaya Month

Sebagai penutup acara, dua pembicara terakhir iaitu Amir Kadir dan Leslie Variyan mengupas topik ‘Perniagaan dalam Fesyen‘ dengan berkongsi kisah kejayaan mereka bersama penonton yang hadir. Amir Kadir ialah pereka fesyen tempatan yang berjaya mencipta nama pada peringkat antarabangsa dan berpengalaman menghasilkan rekaan untuk beberapa selebriti Hollywood seperti Lady Gaga, Mariah Carey, Taylor Swift, Jennifer Lopez dan Paris Hilton.

Sementara, Leslie Variyan memikul tanggungjawab sebagai pengarah kreatif jenama fesyen pakaian sopan, VARIANTE yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna dan memeriahkan segmen pakaian sedia dipakai Malaysia sebaik sahaja jenama tersebut dilancarkan. 

MY Gaya Month ialah kempen yang diatur MBDA untuk menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia anjuran KPDNHEP bagi mempromosikan barangan buatan Malaysia menerusi fesyen. Kempen ini berlangsung selama sebulan dari 6 Oktober hingga 10 November, 2022 di Fahrenheit88.

Maklumat lanjut mengenai MY Gaya Month, pereka-pereka yang terlibat serta koleksi-koleksi yang diperagakan boleh didapati dengan mengklik di sini atau mengunjungi www.mbdamalaysia.com/my-gaya-month

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

One-Agilan Thani

Kemunculan Agilan “Alligator” Thani di ONE on Prime Video 3 Media Day

Search

Search Bakal Gegarkan Penang & Johor Menerusi Konsert Rockin’ Arena