in

Fizie Bakal Bergabung Dengan Fara Fauzana & AG di Hot FM

Radio Hot FM mengadakan Majlis Kenduri Kesyukuran sempena menyambut ulangtahun Hot FM ke-8 Tahun. Pada majlis ini juga, Hot FM akan mengumumkan penyampai terbaru Hot FM sekaligus ada beberapa program terkini menanti untuk pendengar setia.

Tidak terlewat untuk Budiey ucapkan selamat menyambut ulangtahun ke-8 untuk radio Hot FM. Semoga kalian terus sukses ya! Setelah kepergian Faizal Ismail sekitar akhir tahun lalu, industri penyiaran radio ternanti-nanti akan pengganti personaliti tersebut. Spekulasi demi spekulasi telah diandaikan seawal minggu pertama lagi.

Justeru itu setelah hampir 3 bulan sesi percubaan diadakan, Hot FM hari ini mengumumkan Mohamad Hafizie Bin Roslan, 26 tahun atau lebih mesra disapa sebagai Fizie akan mula bertugas pada 10 Februari 2014 bersama dua penyampai lain iaitu Fara Fauzana dan AG. Sebelum ini, Fizie bertugas di radio Hot FM Kelate.

fizie-hot-fm

Menurut Seelan Paul, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima, pemilihan Fizie adalah berdasarkan keserasian gandingan bertugas bersama Fara dan AG. Sebagai satu nama yang sinonim dengan masyarakat Kelantan, Fizie turut menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang 3 tahun sewaktu bertugas di Hot FM Kelate.

“Bukan mudah untuk mecipta satu keserasian secara alami, tetapi dengan Fizie, kami dapat melihat gandingan tersebut bakal memberikan satu kelainan untuk segmen pagi nanti. Kepetahan serta aksi spontan Fizie pasti akan menjayakan trio Hot FM AM Krew.”

– Seelan Paul, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima

Selain kemasukkan Fizie, pelbagai pengisian baharu juga turut dilakukan bagi memantapkan lagi jenama Hot FM. Pengisian-pengisian tersebut yang turut merangkumi penampilan beberapa nama selebriti lain akan diumumkan tidak lama lagi.

Selamat menyambut ulangtahun ke-8 Hot FM!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert 2NE1 World Tour All Or Nothing Live in Malaysia

Ujibakat Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2 di Kuala Lumpur