in , ,

Selepas AKU RAYU, Firdaus Rahmat Lancar Single SENTIASA Lagu Tema Projek Anchor SPM

Selepas lagu ‘Aku Rayu’ yang telah dikeluarkan pada Mac 2019, Firdaus Rahmat telah kembali lagi dengan single terbaru yang berjudul ‘Sentiasa’. ‘Sentiasa’ merupakan hasil ciptaan komposer muda iaitu Dari dan Iqie Hugh.

Lagu ini menerapkan nilai persahabatan serta perhubungan yang sentiasa menunjukkan penghargaan kepada orang yang kita sayang.

‘Sentiasa’ juga merupakan lagu tema bagi drama ‘Projek Anchor SPM’ arahan Razaisyam Rashid yang akan disiarkan pada 15 Mac 2021, setiap Isnin jam 9.00 malam di saluran Astro Citra.

Firdaus Rahmat

Music Video ‘Sentiasa’ ini akan dilancarkan pada 12 Mac 2021 di Youtube World Peace Entertainment.

Istimewa untuk peminat-peminat Firdaus Rahmat, lagu ‘Sentiasa’ terbitan World Peace Entertainment ini boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, Youtube, JOOX dan lain-lain bermula pada 26 Februari 2021 ini.

Production Credits

Composer: Dari (World Peace Entertainment) & Iqie Hugh (World Peace Entertainment)

Lyrics: Dari (World Peace Entertainment) & Iqie Hugh (World Peace Entertainment)

Arranger: Iqie Hugh

Producer: MyPopMachine

Guitars: John Jeeves

Mixing: Iqie Hugh

SENTIASA

Verse1:

Tak perlu sembunyi
Kau tetap di sini
Lihat telus ke dalam mata ku What do you see?

Tak perlu bersedih
Aku kan di sini
Luahkan semua perasaan hati kamu

Pre Chorus:

Ku tulis lagu Buat mu bangun

Chorus:

So close your eyes
I’ll be there for you
I swear that it’s true
Sentiasa aku, pinjamkan bahu ku

So close your eyes
Akan kau tahu
Ku juga perlu
Sentiasa kamu, pinjamkan bahu mu Sentiasa

Verse2:

Tak usah kau bimbang
Sinar pasti datang
Menerangi s’gala kemahuan kehendak mu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menanti Kelahiran Anak Kedua, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Perkenal Vantage Siti Series 2021

Syafiq Naser Mahu Serius Menyanyi, Lancar Single LENGGANG Sebagai Bukti