in

FINAS Terus Bantu Penggiat Filem

FINAS TERUS BANTU PENGGIAT FILEM

Timbalan Ketua Pengarah Operasi FINAS, Mohd Zulkifli Ab. Wahab ini menyerahkan sumbangan khairat berjumlah RM5,000 menerus i Tabung Kebajian Artis kepada Rafik Latif, anak Allaharyam Seniwati Mariam Baharom yang telah meninggal dunia pada 9 Ogos lalu di Yishun, Singapura.

Allahyarham yang popular dengan panggilan Mariam Tahi Lalat merupakan ibu kepada penyanyi terkenal, Rahimah Rahim dan kakak primadona filem Melayu, Seniwati Datin Saadiah.

Menurut Zulkifli, bantuan khairat disalurkan atas arahan segera Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang amat prihatin terhadap keadaan seniman dan seniwati veteran.

“Bagi pihak Kementerian, FINAS dan warga industri, kami ingin merakamkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan pemergian beliau merupakan kehilangan sebutir lagi permata dalam bidang perfileman kita”, ujar Zulkifli lagi.

Di samping itu juga, FINAS turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada keluarga pelakon veteran, Omar Suwita yang kini sedang mendapatkan rawatan di National University Singapore akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan kuman pada jantung.

Omar Suwita pernah membintang filem Sarjan Hassan (1958), Pancha Delima (1957), Anakku Sazali (1956), Semerah Padi (1956), Penarik Becha (1955) dan banyal lagi.

“FINAS menerusi maklumat persatuan perfileman dan pemantauan Unit Komunikasi Korporat akan memastikan artis veteran serta karyawan filem yang memerlukan bantuan mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak kerajaan melalui Tabung Kebajikan Penggiat Seni’, kata Zulkifli.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erin Malik, Eizlan Yusof, Aeril Zafrel dalam Drama Durja Ningsun

Sirah Nabi