in , ,

FINAS Agih Dana Kandungan Digital Sebanyak RM7.2 Juta Kepada 22 Syarikat

Bagi merangsang industri penerbitan dengan matlamat semua lapisan penggerak terutama kru beroleh pendapatan selepas lebih empat bulan hilang sumber rezeki, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengagihkan Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM7.2 juta.

Sebanyak 23 syarikat penerbitan tempatan menerima DKD selepas melalui proses penilaian bagi kategori program televisyen (TV), ‘over the top’ (OTT) merujuk kepada karya yang dipancarkan atas talian dan dokumentari. Syarikat terbabit dipilih daripada 392 permohonan diterima tahun ini dengan 44 syarikat dipanggil Jawatankuasa Penilaian Kandungan dan Teknikal DKD atau ‘pitching’.

Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid, berkata syarikat yang tidak berjaya untuk mendapatkan DKD kali ini, berpeluang mengemukakan lagi permohonan pada sesi akan datang.

FINAS Agih Dana Kandungan Digital Sebanyak RM7.2 Juta Kepada 22 Syarikat

“Ini adalah langkah awal FINAS untuk menyahut seruan kerajaan membuka dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penggiat industri seni yang terjejas akibat pandemik COVID-19,”

– Zakaria Abdul Hamid

Beliau berkata selepas menyerahkan surat tawaran DKD kepada 23 penerima di Kompleks FINAS di Hulu Klang, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Zakaria berkata, dengan pengagihan dana itu, semua syarikat penerbitan diminta melaksanakan projek dengan segera agar pemain industri dapat kembali bekerja.

“Syarikat yang menerima surat tawaran DKD dinasihat mempercepatkan penggambaran dan tidak melengah-lengahkan masa.

“Ini bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penggiat industri termasuk pekerja belakang tabir bagi membantu mereka menjana pendapatan selepas terjejas akibat COVID-19,”

– Zakaria Abdul Hamid
FINAS Agih Dana Kandungan Digital Sebanyak RM7.2 Juta Kepada 22 Syarikat
Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri mengagihkan Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM7.2 juta. – NSTP Rohanis Shukri

Zakaria berkata, langkah diambil seiring dengan hasrat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor industri kreatif bagi tempoh enam bulan ini.

“FINAS berharap usaha itu dapat memastikan industri kreatif terus berkembang pesat dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,”

– Zakaria Abdul Hamid

Sementara itu, Ahmad Idham berkata, FINAS akan membantu penerima dana mendapatkan slot tayangan di pelbagai platform.

“Apa yang kami buat kali ini ada visi dan misi iaitu untuk membantu serta merancakkan industri penerbitan di Malaysia. Kita semua tahu apa yang kita lalui sepanjang pandemik COVID-19.

“Di FINAS, kami membuka ruang dan peluang. Namun, pelaksanaannya terserah kepada penerima DKD untuk menghasilkan karya yang boleh kita bawa ke peringkat lebih jauh,” katanya.

– Zakaria Abdul Hamid

Bertanya mengenai proses pemilihan 23 syarikat terbabit, Ahmad Idham berkata, faktor kandungan dan kemampuan pemohon menjadi antara kriteria diambil kira.

“Kami ada panel yang menentukan kriteria dimahukan. Kami bukan sahaja melihat kepada kandungan yang ditawarkan, malah kemampuan sesebuah syarikat melaksanakan projek.

“Pernah berlaku sebelum ini, sesi ‘pitching’ baik tetapi faktor kemampuan syarikat tidak dititik beratkan. Akhirnya, kandungan yang dicadangkan tidak dapat dihasilkan dengan baik.

“Jadi, kami pilih syarikat produksi yang kita tahu boleh menghasilkan karya dengan baik,” katanya.

– Zakaria Abdul Hamid

Ahmad Idham berkata, Unit Pelaksanaan dan Pemantauan Projek bertanggungjawab memastikan produk yang mendapat bantuan dana disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Hotel Bundle Deals Tawar Diskaun Untuk Hotel Terpilih

Johan As’ari Buat Persiapan Kahwin dengan Letty