in , ,

AirAsia Hotel Bundle Deals Tawar Diskaun Untuk Hotel Terpilih

AirAsia dengan kerjasama Ormond Group menawarkan pakej baharu Hotel Bundle Deals dengan penjimatan sepanjang tahun hingga 50 peratus.

Para tetamu kini boleh menempah pakej Domestic Frequent Traveller @ RM499 dengan penginapan 10 malam di MoMo’s Kuala Lumpur atau Tune Hotel di Malaysia (kecuali Tune Hotel KLIA-KLIA2); pakej The Chow Kit Den @ RM699 dengan penginapan lima malam di The Chow Kit – An Ormond Hotel; pakej The Chow Kit Suite @ RM799 dengan penginapan lima malam di The Chow Kit – Suite Little Towkay An Ormond Hotel dan Bilik Suite The Towkay; dan pakej Tune KLIA2 Frequent Flyer @ RM899 dengan penginapan lima malam di Tune Hotel KLIA-KLIA2.

AirAsia Hotel Bundle Deals Tawar Diskaun Untuk Hotel Terpilih

Semua tawaran Hotel Bundle Deals ini disertakan dengan potongan sebanyak 20 peratus untuk makanan dan minuman di semua hotel tersebut, termasuklah pakej The Chow Kit Suite dan Tune KLIA2 Frequent Flyer Bundle Deal.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.com Karen Chan berkata:

“AirAsia terus komited untuk menyokong perniagaan tempatan dan memacu pelancongan domestik. Kami memahami bahawa terdapat permintaan pelancongan semakin meningkat dan dalam masa yang sama, para pengguna mencari tawaran dengan nilai yang lebih hebat.

Justeru, tawaran Hotel Bundle Deals ini bukan sahaja menawarkan lebih penjimatan, malah ia sesuai untuk seisi keluarga kerana penginapan boleh ditebus secara berturut-turut dan pada masa yang sama.

Kami juga telah bekerjasama dengan pengusaha hotel tempatan untuk merangsang permintaan perjalanan melalui SNAP, platform tempahan penerbangan dan penginapan kami dan kerjasama dengan Ormond Group untuk tawaran Hotel Bundle Deals adalah tambahan kepada inisiatif tersebut.

“Berikutan pelancaran Pas Tanpa Had AirAsia yang mendapat sambutan, tawaran Hotel Bundle Deals baharu ini dijangka akan terus memacu pelancongan domestik dengan tawaran yang lebih menarik.

Selain tawaran hotel, kami juga menawarkan tawaran Bundle Deals yang boleh digunakan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk pelbagai aktiviti dan diskaun. Tawaran Bundle Deals adalah salah satu tawaran gaya hidup utama oleh airasia.com.

Dalam masa terdekat, kami berharap untuk menawarkan diskaun berkaitan aktiviti perjalanan dengan harga yang berpatutan dan penjimatan yang lebih besar untuk semua.”

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.com Karen Chan

Tawaran AirAsia Hotel Bundle Deals ini boleh ditempah di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia (menerusi ikon Deals) dari sekarang sehingga 30 September 2020, dan penginapan hotel boleh ditebus sehingga 30 Jun 2021.

MoMo’s Kuala Lumpur dan The Chow Kit – An Ormond Hotel berada di lokasi strategik di dalam bandar Kuala Lumpur berdekatan dengan pusat membeli-belah untuk penginapan yang ideal. Tune Hotel KLIA-KLIA2 pula terletak dalam jarak berjalan kaki dari lapangan terbang KLIA2 yang amat bersesuaian untuk tetamu perniagaan, selalu membuat perjalanan atau mereka yang telah menempah penerbangan awal pagi atau lewat malam.

Hotel Tune lain termasuklah KLIA Aeropolis, PWTC Kuala Lumpur, Georgetown Pulau Pinang, Kulim, Pusat Bandar Kota Bharu, Danga Bay Johor, Waterfront Kuching dan Kota Kinabalu.

Tempahan hotel, yang bergantung pada ketersediaan bilik, perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh daftar masuk. Para tetamu juga diminta untuk menunjukkan e-baucar Hotel Bundle Deals menggunakan aplikasi AirAsia atau laman web semasa daftar masuk. Terma dan syarat lain* turut terpakai.

Untuk berita, aktiviti dan promosi AirAsia terkini, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Say Hello To Your New Friendly Neighbourhood Cinema At Tasek Central

FINAS Agih Dana Kandungan Digital Sebanyak RM7.2 Juta Kepada 22 Syarikat