in , , ,

Tentang Filem Usahasama Malaysia & Indonesia: BADAI PASTI BERLALU

Filem cinta tiga segi diadaptasi daripada cerita arahan Teguh Karya pada 1977 turut ditampilkan pelakon Malaysia – Que Haidar dan Fasha Sanda.

Fasha Sandha

Selepas tiga dekad filem sentuhan Maestro Filem Indonesia, mendiang Teguh Karya ini dihasilkan ia kini dibikin semula mengikut cita rasa dan persepsi generasi baru.Badai Pasti Berlalu pernah mencipta fenomena ketika tayangannya pada hujung era 1970an. Kali ini ceritanya itu digarap dan diterbitkan sekali lagi menerusi gaya sentuhan sutradara muda, Teddy Soeriaatmadya, 31 yang cuba mencari kelainan dari segi persembahan visual, gerak kerja lakonan dan dialog berasaskan zaman alaf baru.

    Biarpun ia sekadar sebuah kisah cinta klise, iaitu percintaan tiga segi yang penuh krisis dan konflik, versi baru filem ini cuba menyuburkan semula sebuah filem romantis rakyat indonesia. Selain pada masa yang sama filem yang dianggarkan menelan bajet lebih RM5 Juta ini sebagai tribute terhadap Teguh.

    Teguh ialah nama agung dalam sinema Indonesia sering menjadi rujukan kebanyakan pengarah Indonesia sehingga kejayaan menerusi beberapa karya hebatnya dulu terus disanjung hingga kini. Teguh meninggal dunia pada 2001.

    Teddy selaku Pengarah yang dipertanggungjawabkan dalam BPB, berkata pada mulanya dia memang terkejut apabila dipelawa untuk mengarah semula filem yang pernah dihasilkan kira kira 30 tahun lalu.

    “Ketika itu, saya sedang sibuk siapkan perancangan filem ketiga saya tapi datang Philipus (seorang penerbit )untuk tawarkan projek filemnya.

    Mulanya, saya tidak setuju sebab filem ini dulunya dah hebat dan sukar untuk remake. Masa kecil saya pernah tengok filem ini dan kemudian kena tengok lagi. Akhirnya saya terima kerana mereka beri saya kebebasan kreatif.

    “Ia memang kisah yang sangat klise, cinta tiga segi tetapi kelainan itu yang cuba ditampilkan dari segi visual treatment, dialog anak muda zaman sekarang dan ciri lain. Saya bukan hendak cari kelemahan apa yang dibuat oleh teguh Karya dulu. Ia sekadar garapan baru ikut cita rasa zaman zekarang, anak muda masa kini.”

    “Sekarang kami sedang buat persiapan rapi termasuk latihan pelakon dan praproduksi. Kami sudah habis merakamkan pengambaran pada 20 Ogos lalu di Bali dan kemudian di Jakarta selama 35 hari.

    “Saya juga teruja hasilkan filem ini selepas ada bersama pembabitan pelakon Malaysia, selain masyarakat tertunggu tunggu hasilnya kerana dulu ceritanya sudah dapat diterima ramai. Saya rasa bukan untuk dibandingkan dengan filem Teguh dulu dengan hasil arahan saya ini nanti, tapi ia sebagai suatu penghargaan semula mengenai filem percintaan.”

    “Sebagai filem cinta, mungkin ia sesuai ditayang sempena Hari Kekasih, maka sebab itu dijadualkan mula ditayang 1 Februari 2007, mungkin juga serentak di Malaysia,”

– Teddy-pengarah generasi baru Indonesia yang lahir di Tokyo, Jepun.

    Teddy yang sebelum ini lebih banyak menimba pengalaman dalam dunia pengiklanan, pernah menghasilkan dua filem cerekanya iaitu Banyu Biru dan Culik.

    Soundtrack untuk filem itu kelak akan dihasilkan Eros Djarot dan diedarkan oleh Sony-BMG. Muziknya digarap oleh Andi Riyanto manakala penyanyinya adalah dari syarikat rakaman itu.

    Selain dibarisi pelakon muda Indonesia, dua bintang dari Malaysia juga turut diundang beraksi-Que Haidar dan Fasha Sanda. Pelakon Indonesia yang terbabit ialah Winky Wiryawan sebagai Hemi dan lain lainnya.

    Filem mega Indonesia, Badai Pasti Berlalu menyaksikan dua pelakon popular Malaysia, Fasha Sanda dan Que Haidar diundang menerusi penampilan khas, masing-masing tiga babak sebagai strategi pemasaran filem itu apabila menemui penonton di Malaysia sekitar April ini.

    Filem arahan Teddy Soeriaatmadya itu ditayangkan menerusi 70 pawagam diseluruh Indonesia sejak 14 Februari lalu. Penampilan Fasha dan Que dilihat penting untuk memberi impak kepada jalan cerita dan menyebabkan konflik kepada babak utama.

Watak Puteri lakonan Fasha diwujudkan untuk membangkitkan dramatik cerita ,namun tidak begitu menonjol kerana lakonannya sekadar muncul secara imbas kembali untuk beberapa saat pada setiap babak tanpa sebarang dialog dipaparkan.

    Bagaimana pun lakonan Que agak menonjol dan boleh diterima sebagai penampilan istimewa kerana semua kemunculannya dalam tiga babak bukan dalam imbas kembali dan mempunyai dialog ringkas.

Dia membawa watak Hanif, doctor pelatih yang menjadim kawan baik kepada hero, lakonan Vino G Bastian. Dalam babak ini penonton boleh mendengar kata bual lenggok bahasa Indonesia yang diucapkan Que. Ia begitu menjadi.

    Di dalam Filem BPB ini, babak lakonan Fasha melebihi daripada apa yang digambarkan sebelum ini kerana babak pertamanya mengambarkan watak lakonan Fasha sedang berbual mesra (bunyi dialog dimatikan) dengan Siska (lakonan Siti Raihanuun Moein) sambil matanya menjeling kepada Chris (lakonan Valerie) tunangan Siska, manakala babak kedua Fasha digambarkan sedang duduk di atas sofa bersama Siska sambil sekali lagi dia bermain mata dengan Chris. Kedua-dua babak ini digambarkan secara imbas kembali.

    Babak terakhir, lakonan Fasha agak menonjol menerusi satu aksi di atas katil sebagai gambaran punca hubungan watak Chris (Valerie) dengan Siska terputus akibat skandalnya bersama Puteri.

Pada babak ini, lakonan Chris dan Puteri di atas ranjang dalam keadaan duduk dan digambarkan seolah olah baru lepas bercumbuan dan sedikit berpeluh, kemudian datang Siska secara mengejut yang terperanjat apabila mendapati tunangannya curang dan sanggup berasmara dengan kawan baiknya sendiri.

    Aksi Fasha dalam filem babak ini tidak keterlaluan dan masih berpakaian lengkap, sementara shot yang diambil ialah watak Chris membelakangi kamera manakala watak Puteri duduk di katil berdepan dengan Chris.

Kemudian shot kamera tertumpu (close-up) pada wajah Puteri yang panic dan gabra apabila kawan baiknya menyedari dia belot dalam hubungan persahabatan kerana merampas tunangan kawan sendiri.

    Kemunculan Fasha penting sebagai antagonis yang menjadi penyebab kepada kepada musnahnya hubungan Chris dan Siska.Bagaimana pun paparan babak yang dibuat begitu ringkas dan singkat dengan imej yang kabur menyebabkan penampilan Fasha dalam Badai Pasti Berlalu tidak memberi kesan kuat dari segi cabaran dan pendedahan lakonannya dalam filem itu.

    Badai Pasti Berlalu diterbitkan Astral Picture dari Indonesia dengan kerjasama produksi Wayang Tinggi Corporation Sdn. Bhd. Bajetnya telah mencecah RM5juta. Filem ini turut membabitkan naksi bintang veteran, Slamet Rahardjo, pelakon asal yang pernah beraksi dalam filem asalnya dengan judul yang sama pada 1997 arahan Teguh Karya.

Que Haidar Terkilan Tapi Puas

Hanya muncul dengan tiga adegan (scene) Que Haidar menganggap kehadirannya dalam filem Badai Pasti Berlalu sebagai satu loncatan untuk melangkah lebih jauh di bidang lakonan.

Bagi Que, sekali pun watak doktor pelatih bernama Hanif tidak mencabar tetapi setidak-tidaknya dia sudah menempatkan namanya pada karyawan Indonesia.

“Saya perlukan pengalaman bagi mematangkan lakonan saya. Peluang berlakon dalam produksi Indonesia, diharap dapat memperkayakan pengalaman saya paling penting, mereka sudah mengenali saya dan siapa dan siapa tahu ada peluang lain pada masa akan datang.”

– Que Haidar

Ikut perjanjian asal watak Que Haidar dalam enam babak tetapi apabila ditayangkan Cuma tiga babak sahaja. Sekalipun terkilan, namun Que Haidar tetap puas hati dengan wataknya.

Pengarah Anggap Watak Fasha Memadai

Teddy mengakui watak lakonan Fasha dalam Badai Pasti Berlalu dipotong untuk disesuaikan mengikut mood cerita filem itu selepas proses suntingan dan penampilannya tidak terjejas sebagai wanita yang menjadi penyebab kepada kemusnahan hubungan cinta watak utama.

    Teddy mengakui dialog Fasha juga dipadamkan kerana baginya babak imbas kembali tanpa dialog kelihatan lebihmenarik kerana aksinya sudah cukup untuk menguatkan visual cerita.

    Kalau disoal kenapa tidak banyak babak untuk watak Fasha, dia mengandaikan perkara yang sama pada Filem Puteri Gunung Ledang yang mengunakan pelakon Dian Sastrowardoyo yang berlakon dalam filem Malaysia, Puteri Gunung Ledang dulu Cuma diberi satu babak saja.

    Badai Pasti Berlalu mengisahkan Siska (Siti Raihanuun Moein) yang sentiasa malang dalam percintaannya bermula daripada tunangannya Chris dirampas kawan baiknya sendiri, Puteri lakonan Fasha Sanda, dituruti permainan cinta beting doktor pelatih (Vino G Bastian) yang sangat dicintainya.

    Segalanya menambahkan lagi kekecewaannya yang sedia ada memaksa beliau membuat pilihan yang memusnahkan masa hadapannya dengan mengahwini Helmy (lakonan Winky Wiryawan). Helmy yang hanya ingin membolot harta dan kekayaannya mensia-sia Siska sehinggalah kematian anak pertama kesayangan mereka..

    Siska membawa diri ke sebuah pulau mampukah beliau menemui cintanya yang sejati di Pulau itu.

    Semuanya Akan Terjawab Di Pawagam Seluruh Malaysia Pada Pertengahan April Ini.

Kredit Foto & artikel promo: Wayang Tinggi

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ulasan & Gambar Konsert Gang Starz: 4 Mac 2007

Pelajar Baru Akademi Fantasia Musim ke 5