in , ,

Filem THE LORD MUSANG KING Satukan Pelakon Malaysia & Korea Selatan

Merungkai kegiatan eksport dadah melalui pemerdagangan durian musang king menjadi taruhan pengarah dari Korea Selatan, Lee Moon Ho menerusi filem The Lord Musang King.

Penerbit Filem THE LORD MUSANG KING, Ong Peng Chu berkata filem yang menjalani penggambaran selama 21 hari di Malaysia itu turut menerima Dana Kandungan Digital daripada Kementerian Komunikasi.

Filem THE LORD MUSANG KING

Katanya, filem terbitan Hundred Years Popcorn Production dan syarikat pengedar Metrowealth Production itu menggunakan Bahasa Melayu, Inggeris dan Korea.

“Malaysia tidak pernah ada kerjasama dengan Korea Selatan dalam bidang perfileman, jadi saya mula cari rakan kongsi Korea Selatan sekiranya sudi datang ke Malaysia, mulanya ramai cakap kos itu sangat tinggi.

Pengarah, Lee Moon Ho memang seorang yang berpengalaman dan merendah diri serta seorang yang serius dalam bekerja,” 

– Ong Peng Chu

Sementara itu, pelakon, Yusuf Bahrin berkata beliau sangat berbangga kerana terpilih memegang watak Haiqal iaitu watak utama filem itu.

“Ini satu pencapaian baharu buat diri saya, saya sangat bersyukur sebab ramai sebenarnya yang mengimpikan watak ini. Ia boleh dikatakan rezeki dan saya sangat berbesar hati dan teruja kerana dapat bekerja dengan pengarah luar dari Korea Selatan, selain dapat bekerjasama dengan pelakon luar,”

– Yusuf Bahrin

Filem aksi yang dibintangi barisan pelakon hebat tanah air dan Korea Selatan itu mula ditayang di pawagam sejak 21 Disember lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OPPO Reno11 Series 5G Dibuka Untuk Pra Tempahan Dijual Mulai Januari 2024

Drama Hikayat Pak Belalang Lakonan Bell Ngasri, Adik Haziq & Ruhainies