in

Filem The Collector Arahan Terbaru James Lee

Pengarah James Lee Muncul Dengan Filem Terbaru berjudul The Collector

Hei kawan-kawan, masih ingat lagi dengan pengarah bernama James Lee? Haa, dulu kan dia pernah naik semasa mengarah filem Histeria dulu, ingat lagi tak?

Kalau tak ingat tak pe, takde masalah sebab nama James Lee kembali disebut di arena filem negara.

[dropcap]B[/dropcap]udiey dikhabarkan James Lee bakal muncul dengan filem berbahasa Cina terbaharu The Collector yang akan menemui penonton pada 20 Disember ini. Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) membariskan pelakon-pelakon seperti Sunny Pang, Yeo Yann Yann, Rohan, Nigel Kok Yi Jun, Michael Chin, Chew Kin Wah, Elvis Chin Mun Wai, Mak Kwai Yen, Brendan Yuen, Jack Lim dan Patrick Teoh.

James Lee

James Lee satu nama yang tidak asing lagi buat penggiat filem Malaysia. TUSB syarikat penerbitan pertama yang memberi peluang kepadanya untuk mengarahkan filem cereka pertama- Histeria yang menobatkannya sebagai Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia (FFM 22) pada tahun 2009. Filem itu juga berpeluang ditayangkan di festival antarabangsa antaranya Festival Filem International Singapura 2008, Festival Filem International Bangkok 2008, Festival Filem International Cannes 2009 dan Festival Filem Luang Prabang 2010. Selepas kejayaan manis itu, TUSB memberi peluang kepada pengarah muda ini untuk mengarah filem Sini Ada Hantu (2010), Tolong! Awek Aku Pontianak (2011) dan kini The Collector (2012).

Filem yang menjalani penggambaran sekitar 23 Februari – 28 Mac 2011 menampilkan kolaborasi kedua antara James Lee bersama pelakon kelahiran Singapura Sunny Pang selepas filem Petaling Street Warriors.

[pullquote align=”right”]James Lee berharap The Collector mengulangi kejayaan filem Petaling Stree Warriors yang berjaya mengutip sebanyak RM6juta di pawagam.[/pullquote]

Ini juga merupakan kerjasama pertama kali antara James Lee & TUSB dalam menghasilkan filem berbahasa Cina. Filem aksi komedi ini mengisahkan dua sahabat Sunny dan Mohan yang bekerja untuk Uncle Wong dalam mengutip hutang. Sunny merupakan seorang handalan seni mempertahankan diri yang memegang peranan seorang pengutip hutang. Selepas diberi amaran akan nasib malang yang bakal menimpanya oleh tukang tilik nasib, Sunny memutuskan untuk melakukan amalan yang baik bagi mencegah karma daripada terus berlaku.

TRAILER THE COLLECTOR

Dia kemudiannya mendapati dirinya melindungi seorang anak (Yuen) kepada pemiutang daripada sekumpulan gangster yang akhirnya menemukan dengan Uncle Ting. Pelbagai kejadian lucu di sepanjang pengembaraan Sunny dalam melindungi Yuen dan pada masa yang sama memjadikan Sunny untuk terus meninggalkan perkerjaannya sekarang.

Untuk keterangan lanjut mengenai filem ini layari www.thecolector.com.my http://www.youtube.com/watch?v=_CdHb8uoMVc & www.facebook.com/thecollector20dec2012

Filem The Collector Arahan Terbaru James Lee

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tony Fernandes on AXN’s The Apprentice Asia

Drama Hijrah Catheriena Khas Maal Hijrah di TV1