in ,

Drama Hijrah Catheriena Khas Maal Hijrah di TV1

Hayati Maal Hijrah Bersama Program Khas Di TVi (Saluran Astro 180)

Bertepatan dengan sambutan tahun baru hijrah iaitu 1434H, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyajikan program menarik untuk dikongsi sama penonton setia salurannya bagi meraikan ketibaan tahun Islam ini.

Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Sambutan ini adalah untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

[dropcap]T[/dropcap]ontoni empat program khas termasuklah tiga telemovie iaitu Mengejar Cahaya (15 November 2012, jam 12.00 tengah hari), Ego (17 November 2012, jam 12.00 tengah hari) dan Hijrah Catheriena (18 November 2012, jam 12.00 tengah hari) juga sebuah dokumentari khas : Nur Hijrah (15 November 2012, jam 11.00 malam) yang kesemuanya disiarkan menerusi TVi (Saluran 180 Astro).

[pullquote align=”right”]Drama Hijrah Catheriena pada 18 November 2012, jam 12.00 tengah hari di TVi [/pullquote]

Bermula dengan drama Mengejar Cahaya lakonan berkesan Sofian Bujang, Datuk Rahim Razali, Datuk Baharuddin Omar, Hanis Tunku Salman, Dani EL Araskh dan Roy Azman ini berkongsi kisah mengenai Azman yang kehilangan ibu bapa akibat kemalangan jalan raya telah menolak tawaran belajar di Universiti kerana mahu memastikan adik-beradiknya menghabiskan pelajaran di sekolah menengah.

Ingin menyaksikan sisi lain milik pelakon Eja melakonkan watak wanita kejam, saksikan drama Ego dimana pelakon cantik ini melakonkan watak Marina, seorang yang bongkak dan enggan berkongsi apa saja miliknya dengan orang lain. Malah dia enggan membantu suaminya, Rafiq yang berdepan dengan masalah kewangan. Akhirnya kerenah Marina yang keterlaluan membawa padah kepadanya apabila dia terpaksa berkongsi suami dengan Rania, teman baiknya sendiri. Turut membintangi drama ini Fauzi Nawawi, Eira Syazira, Along Sweetchild, Azhan Rani dan Norisz Ismail.

Kemudiannya saksikan drama menyentuh hati, Hijrah Catheriena lakonan Zamarul Hisham, Liyana Farah, Julia Ziegler, Ilyas Ismail dan Munir Phyne Ballers yang menampilkan watak seorang wanita bernama Catheriena yang telah mendalami ajaran Islam setelah berkahwin dengan Fikri, ketika menuntut di luar negara. Pelbagai dugaan dan rintangan dihadapi wanita mualaf ini dalam kehidupan sehariannya.

Dalam menghayati sambutan Maal Hijrah tidak lengkap kiranya tidak disajikan dengan program dokumentari : Nur Hijrah (15 November 2012, jam 11.00 malam) yang berkongsi memaparkan bagaimana ajaran Islam dihayati umat Islam dan saudara baru dari segenap aspek kehidupan harian sehingga budaya dan adat tradisi masyarakat Melayu. Sebagai penganut majoriti di negara kita, cuba diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Baba Nyonya di Melaka, masyarakat Cina di Kelantan dan masyarakat Chetti (India) di Melaka.

Drama Mengejar Cahaya

kejam .. watak Eja dalam Ego

babak dalam Mengejar Cahaya

babak dalam Hijrah Catheriena

babak menarik Hijrah Catheriena

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem The Collector Arahan Terbaru James Lee

Persembahan Eksklusif Najwa Latif di The Joyden Hall Singapura