in ,

Filem Tanda Putera Raih Kutipan RM1Juta

Filem yang dilanda pelbagai kontroversi yang bersifat kenegaraan, Tanda Putera hanya mampu berjaya mengutip lebih RM1juta selepas tempoh wajib tayang terakhir di seluruh negara yang berakhit 2 hari lepas. Namun, untuk memenuhi permintaan peminat, ada 22 pawagam masih menayangkan filem itu sehingga Rabu depan.

[pullquote align=”right”]Filem Tanda Putera telah menelan kos sebanyak RM4juta dan diterbitkan dengan kerjasama Finas dan MDec telah ditayangkan pada 29 Ogos lalu.[/pullquote]

Menurut pengarah dan penerbit bersama Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba berkata, jumlah kutipan termasuk yang diperoleh melalui tayangan khas berkumpulan bagaimanapun dijangka meningkat berdasarkan maklum balas diterima.

Walaupun kutipan tiket tak setinggi filem genre lain, tapi masih ada kaki wayang yang mahu menonton filem Tanda Putera termasuk di Putrajaya dan Kuala Lumpur City Centre. Sekarang ada dua filem besar masuk pawagam, jadi pihak pawagam perlu beri laluan kepada filem baru. Jadi nak tak nak, tayangan secara berkumpulan digalakkan untuk membantu meningkatkan kutipan. Syukurlah ada pihak yang prihatin dari syarikat korporat mahu membeli tiket secara pukal tapi masalahnya ada pawagam dah penuh terutama sekali pada hujung minggu.

Bagi pihak penerbit, kutipan Tanda Putera masih menunjukkan prestasi yang bagus. Sekurang-kurangnya, Tanda Putera mampu meningkatkan kesedaran orang ramai untuk mengikuti filem berkaitan sejarah dan perjuangan negara.

Kalau diimbas balik, sebelum ini, filem 1957 Hati Malaya yang diterbitkan oleh Pesona Pictures telah berjaya mengutip RM420,000 ketika ditayangkan pada tahun 2007. Kutipan Tanda Putera membuktikan masih ada penggemar filem Melayu dalam prestasi tidak serancak dulu.

POSTER TANDA PUTERA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Temubual Bersama Siti Nurhaliza dalam Malaysia Through The Decades

Penyanyi Black Selamat Bernikah Dengan Chira Khairi