in ,

Temubual Bersama Siti Nurhaliza dalam Malaysia Through The Decades

[dropcap]S[/dropcap]empena dengan sambutan Hari Malaysia, National Geographic Channel akan menyiarkan program khas berjudul Malaysia: Through The Decades untuk tatapan umum. Dalam program ini terdapat sesi temubual khas bersama Dato’ Siti Nurhaliza. Kepada peminat Dato’ Siti Nurhaliza, jangan lupa untuk menonton program ini pada 16 September ini jam 9 malam di Astro CH 553.

MALAYSIA: THROUGH THE DECADES Premieres Exclusively on 16 September 2013 at 9.00pm on National Geographic Channel (Astro Ch 553)

LA: Bila Datuk sedar yang Datuk ingin jadi seorang penyanyi?

CT: Bagaimana saya sedar untuk menjadi seorang penyanyi, ikhlas saya dari kecil tidak pernah bercita cita menjadi seorang penyanyi dan sehinggalah saya memenangi pertandingan Bintang HMI di bawah anjuran stesen tv kerajaan RTM, di situ saya tahu yang saya akan memulakan satu yang baru dalam hidup saya, namun masa itu saya masih belajar, keluarga pun mahu saya menumpukan pada peperiksaan SPM. Saya 50 50 lagi perasaan. Kerana impian nak jadi polis masih kuat. Sehinggalah tiga tahun selepas itu saya kata, ya inilah kerja yang akan saya buat secara serius dan saya akan menjadi seorang artis dan saya ingin menjadi seorang artis yang lebih daripada apa yang sekarang ini saya dah lakukan. Maksudnya waktu Bintang HMI, saya baru, saya nak jadi seorang yang dikenali di peringkat yang lebih jauh…international.

LA: Apa perasaan Siti semasa menyertai pertandingan HMI, dalam usia 16 tahun.

CT: Waktu usia 16 tahun saya menyanyi ketika itu kerana saya ingin mencuba bakat yang ada. Because saya dibesarkan oleh keluarga seni…my grandfather vionist, my mother singer, tapi penyanyi kampung saja. Dalam keluarga itu tidak ada seorang yang mewarisi bakat hingga menjadi seorang yang dikenali. Dan saya mencuba setelah abang saya, my brother juga seorang penyanyi…dia mulakan dulu…sebagai seorang artis tetapi saya mengikut jejak selepas itu. Dan akhirnya saya tak sangka penerimaan masyarakat begitu baik terhadap saya dan saya bersyukur perjalanan saya begitu baik sekali, saya menang dari tahun ke tahun sehinggalah sekarang saya masih diterima peminat dan juga seluruh pecinta musik tanah air.

LA: Adakah siti sangat gemuruh ketika menyanyi live?

CT: Saya, perasaan saya ikhlas saya seorang yang sangat pemalu. Memang daripada kecil pun bila saya menyanyi di dalam rumah diiringi oleh karoke yang dibeli oleh ayah saya waktu itu. Saya menyanyi untuk diri sendiri dan kerana saya suka menyanyi. Bila menyanyi di hadapan orang ramai, saya ingat agi masa first time saya menyanyi umur 12 tahun, saya menyanyi sambil ketar. Dan sambil hampir menitiskan airmata dan lagu pertama saya nyanyi adalah lagu Bahtera merdeka. Which is kita punya lagu sempena hari kemerdekaan. Selepas itu saya berhadapan dengan crowd yang brbeza pula bila ayah saudara, my uncle membawa saya ke majilis majlis perkahwinan untuk menyanyi crowd yang lebih besar dan akhirnya menjadi penyanyi di sebuah konsert yang besar. Perasaan saya sampai sekarang saya masih nervous. Ikhas setiap kali konsert saya akan rasa berdebar, rasa seram sejuk tetapi bagus saya ada perasaan itu kerana saya akan sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan.

LA: Bintang HMI adalah permulaan bagi Datuk. Apa berlaku selepas itu?

CT: Selepas saya menang Bintang HMI RTM, suddenly saya dioffer macam macam syarikat rakaman. Syarikat rakaman antarabangsa ada, tempatan ada. Waktu itu memang dilemma bagi arwah ayah saya untuk memilih dan akhirnya arwah ayah memilih untuk bernaung di bawah syarikat rakaman tempatan kerana ayah melihat bahawa di situ tiada persaingan yang lebih hebat daripada artis artis yang lain dan mungkin lebih mudah mereka nak menguruskan saya. Dan pilihan ayah saya memang tepat. Selepas itu saya membuka langkah yang lebih besar, lebih jauh, bos saya ketika itu plan saya untuk pergi lebih jauh, kami mempunyai misi dan vision yang sama untuk mengharumkan nama Negara dengan lagu lagu saya dan saya pergi bertanding di luar Negara di Shanghai Muzik Festival, di Kazakhtan juga saya pergi buat persembahan di Jepun, dan beberapa pertandingan yang lain dan saya memenangi pertandingan pertandingan tersebut.

LA: Apa perasaan Siti apabila menjadi umpama Duta bagi Malaysia?

CT: Of course saya bangga membawa nama Malaysia, itu dah terpahat di hati saya dan satu lagi saya melihat ia satu tanggungjawab yang besar saya juga rasa bersemangat bertanding bersama dengan bakat bakat daripada luar Negara. Saya ingat lagi semasa pertandingan di Kazakhtan untuk Voice of Asia, bila melihat peserta lain ada teknik vokal yang hebat, yang berbeza. Yang ada saprano ada nyanyian nyanyiannya. Saya merasa agak diri kecil…tapi waktu bertanding di atas pentas, tiba masa untuk kami bertanding, bila saya sarungkan baju kebangsaan saya, baju kurung moden yang saya bawa untuk persembahan pentas, dia jadi satu semangat yang berbeza. Dan saya syukur dan saya berbangga kerana bila saya membuat persembahan Negara lain semua macam mula buka mata dan mula mendekati saya, bertanya saya dari mana, muzik saya macam mana…so keistimewaan yang ada pada muzik Malaysia. Cara kita, pembawakan diri, pakaian sebenarnya boleh menarik perhatian mereka dan Malaysia sebenarnya sangat istimewa.

LA: Ceritakan tentang persembahan di Royal Albert Hall London.

CT: Royal Albert Hall…macam my dream come true story. Saya melihat sebelum ini Allahyarham Dato Sudirman Haji Arshad pernah bertanding di sana, selepas itu saya rasa saya ingin mencipta sejarah yang sama. Tapi dalam bentuk yang berbeza. Saya ingin membuat konsert di Royal Albert Hall. Selepas ada kerjasama yang baik bersama dengan PWTC waktu itu, saya diterima untuk membuat persembahan di royal Albert Hall. Saya langsung macam…betul ke ini? Saya mendapat peluang membuat persembahan di sana semua…jadi saya membuat persiapan begitu rapi. 2 3 bulan sebelum ke Royal Albert Hall, saya memang bersungguh sungguh untuk pastikan saya membuat persembhaan yang terbaik di sana dan membawa lagu lagu irama Malaysia di pentas antarabangsa. Saya juga diiringi oleh kebudayaan daripada Johor saya membuat segmen khas, lagu lagu irama tradisional dan ada beberapa penonton yang memang Londonist,

yang memang menyaksikan persembahan saya mereka terpaku dengar lagu lagu Malaysia. Saya rasa bangga, kalau boleh saya nak lagi pergi ke lain contohnya seperti Australia, membuat persembahan di Sydney Opera house, atau di Negara Negara lain. Singapore saya pernah buat, Negara Negara Asia, Indonesia juga saya pernah buat. Lebih jauh lagi saya ingin membawa lagu Malaysia.

LA: Pernahkah Siti menyangka Populari Siti begitu hebat begini.

CT: Populariti yang saya jangkakan, permulaaan…mungkin selepas 5 tahun ke atas baru saya akan dikenali…tapi saya bernasib baik, saya seorang yang sangat bertuah, kerana perjalanan saya telah diaturkan dengan baik. Forst year saya di persada seni tanah air, terus saya dikenali. Memang populariti ini memainkan peranan yang penting bagi seorang artis. Selepas saya menang banyak pertandingan, populariti saya semakin meningkat, di situ saya menjadi duta pelbagai produk, saya jadi jurucakap, spokes person, untuk produk produk antarabangsa juga. Jadi populariti ini saya jangkakan permulaannya akan datang perlahan lahan. Tapi dia datang dengan begitu cepat dan besar. Saya bersyukur dan kerana itu saya perlu menggunakan populariti ini dengan cara yang betul, dengan teratur, supaya saya tidak tenggelam dalam populariti saya.

LA: Bagaimana perjalanan ke bidang bisnes pula?

CT: Bagaimana saya berubah daripada penyanyi ke satu lagi bidang, seorang bisneswoman. Memang secara jujur daripada saya menjadi artis, dulu saya menjadi jurucakap bagi produk produk antarabangsa, mekap, skincare. Saya pernah menyimpan dalam hati saya, saya ingin mempunyai produk saya sendiri satu masa nanti. Kerana selama ini saya menjadi jurucakap saya membantu produk antarabangsa. Which is good untuk saya…pengalaman. Tapi saya rasa saya perlu buktikan bahawa saya juga boleh membawa nama saya sendiri untuk produk saya dan akhirnya selepas saya berkahwin, saya bersyukur juga kerana perjalanan saya menjadi seorang isteri kepada seorang bisnesman. Yang mana mempunyai fikiran bisness minded dia. Lebih banyak pengalaman daripda saya. Saya cuma pandai menyanyi, membuat persembahan. Saya tahu tentang show saja. Dan suami mengetahui saya punya keinginan dia tahu saya memang suka, memang gila mekap, saya gila produk produk kecantikan. Dan kerana itu dia telah mengumpulkan mereka mereka yang professional dalam bidang kecantikan dan teman teman saya yang boleh dikatakan senior dalam bidang kecantikan, untuk kami bergabung dan wujudlah SimplySiti. Iaitu produk kecantikan kosmetik, skincare dan juga perfumes dan kami juga akan besarkan lagi…SimplySiti akan menjadi satu empayar bisnes kecantikan, inside outside, dari segi makanan, pakaian, hujung rambut sampai hujung kaki. Dalam dan juga luar.

LA: Apa pandangan Siti bila orang mengatakan Siti Kampung Girl?

CT: Betul, saya di awal kemunculan saya ramai yang labelkan siti sebagai budak kampung, tak pandai bergaya, tapi saya menerima. Dan saya akui saya meman anak kampung. Semua orang saya rasa memang bermula pada kampung, mana yang dilahirkan di Bandar mungkin ibu bapa mereka bawa mereka balik ke kampung. Satu kebanggaan buat saya kerana saya bermula daripada anak kampung yang kecil desanya iaitu kuala lipis. Saya pergi ke kuala lumpur dan membuat persembahan di London…di Royal Albert Hall. Perlu ada jati diri sebenarnya dalam diri masyarakat Malaysia dan mengenang di mana bumi kita berpijak. Bila saya menjadi artis, ya saya zero dalam industri muzik. Dalam penampilan, dalam pakaian dalam mekap. Dari perjalanan yang 18 tahun saya dalam bidang muzik saya banyak belajar satu persatu…

Banyak belajar satu persatu, saya belajar macam mana nak berkomunikasi, nak menjawab soalan, macam mana nak berhadapan dengan penonton, yang responnya kadang kadang okay kadang kadang tak okay. Saya bangga untuk mengatakan bahawa saya bermula daripada bawah, sebagai seorang gadis kampung dan Berjaya membawa nama Malaysia ke luar negara dan kini saya ingin mengajak lebih ramai lagi wanita di luar sana, mungkin mereka yang berasal dari desa untuk Berjaya dan pergi ke level yang lebih tinggi.

LA: Apakah motivasi Siti untuk Berjaya mengeluarkan lebih dari 20 album.

CT: Untuk 18tahun. Saya dah rakam lebih daripada 20 album. Apa yang saya hasilkan sebenarnya saya ingin sentiasa berbakti dan sentiasa memberikan kepada peminat peminat saya atau masyarakat sesuatu yang mereka suka untuk dengar. Mereka enjoy, mereka happy dan memang ada sebenarnya artis senior atau artis veteren yang lebih banyak album daripada saya lebih banyak pengalaman daripada saya cuma saya lihat di sini bahawa bila saya mengeluarkan album album setiap tahun atau album album tertentu ini sebagai tiket untuk saya terus…

Bila saya buat album setiap tahun, saya melihat ini sabagai satu tiket untuk ya…sebagai artis kita tidak boleh keluar album dan senyap. Kita perlu plan kita punya perjalanan. Album ya, sebagai tiket untuk saya terus dikenali peminat peminat saya atau okay…siti ada keluar album baru, jadi ini lagu terbaru. Supaya mereka tidak lupa. Itu salah satu daripada saya rasa syarikat rakaman…

Bila setiap tahun saya hasilkan album, ini sebagai tiket untuk saya terus dikenali. Saya tidak mahu kadang kadang bila saya senyap tak ada aktiviti, tak ada album, orang akan mudah melupakan kita. Industri seni ini sangat cepat, ramai artis artis baru akan muncul Selain daripada itu, bila saya sentiasa berkarya, saya suka bila saya boleh menyanyi memberikan lagu yang suka didengar oleh peminat peminat saya, motivasi saya, bila saya melihat rakan rakan artis senior yang mana berjuang dengan begitu

bersungguh sungguh di zaman mereka yang begitu susah sekali macam Allahyarham Tan Sri P Ramlee, lagu dia beribu ribu, terlalu banyak, tetapi sampai sekarang masih tetap dimainkan masih lagi didengari dan dinyanyikan oleh artis artis dan saya sendiri pun menyanyikan lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee jadi itu yang membuatkan saya sentiasa ingin memberikan yang terbaik, dalam album saya supaya akan dikenang dan bagi saya kenang itu bukan sesuatu yang kita minta, tetapi ia menjadi sesuatu yang secara semulajadi oleh pendengar, peminat. Kerana mereka suka, mereka terhibur dengan nyanyian artis. Saya masih ingat lagi ada teman saya yang mengatakan bila kita hiburkan orang kita memberikan orang kegembiraan daripada nyanyian kita, ia sebagai salah satu daripada kita punya, dalam islam itu sebagai salah satu sedekah juga, seperti senyum, kita senyum kita mendapat pahala daripada apa yang kita buat yang positif untuk masyarakat.

LA: Siapakah yang memberi inspirasi kepada Siti?

CT: Yang memberi saya inspirasi terlalu ramai. Jujur saya katakan salah seorang yang saya hormati lagenda muzik tanah air, Tan Sri P Ramlee. Sampai sekarang saya tak akan jemu, tak pernah jemu saksikan lakonan beliau. Lawak jenaka dia, muzik dia nyanyian dia dan selain daripada itu artis artis yang memang zaman yang saya dengar lagu mereka macam Dato Syarifah Aini, Ziana Zain, Sudirman dan tak dilupakan, yang begitu dekat dengan diri saya, ibu saya sendiri. memang saya ingat lagi masa saya kecil saya selalu menonton ibu saya membuat persembahan dan bila melihat ibu di atas pentas memberikan saya satu macam yang sangat istimewa dan akhirnya saya meneruskan bakat yang ibu saya ada untuk saya kongsikan dan saya jadikan, ada peminat saya yang jadikan saya inspirasi mereka. Jadi ia satu satu yang sangat indah bagi saya bila menjadi…menginspirasikan seseorang dan dan menjadi inspirasi kepada peminat saya.

LA: Apakah erti Hari Malaysia bagi Siti dan apa yang Malaysia buat untuk Siti?

CT: Malaysia mencapai 50 tahun pada tahun ini dan kita harus mengenang Malaysia kerana kita bersyukur sebagai rakyat Malaysia….

…50 tahun Malaysia, kita akan sambut hari Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia saya bersyukur dan saya berbangga kerana Malaysia, kita data hidup dengan aman, kita harus kenangkan keamanannya, kemakmuran dan saya sendiri sebagai artis saya boleh berkarya dengan begitu mudah, dengan begitu senang tanpa sekatan. Jadi bersyukur juga, kita seharusnya menjaga keamanan yang ada ini walaupun kita hidup berbilang bangsa, kaum agama, saya rasa itu keistimewaaan Malaysia berbanding dengan Negara Negara yang lain kita masih lagi berdiri di bawah satu payung, satu pimpinan yang baik dan itulah keistimewaan yang perlu kita jaga menjadi rakyat Malaysia.

LA: Nasihat Datuk kepada generasi muda supaya memastikan keamanan ini kekal. Bagaimana untuk kita lagi kenal bangsa lain.

CT: Saya rasa untuk kita mengeratkan lagi silaturrahim tak kira apa bangsa dan agama, kita kena respect each other. Itu pegangan yang kunci yang paling penting. Kita boleh menerima seseorang atau satu kaum tapi kalau kita tak respect pun tiada guna juga. Bila ada saling hormat menghormati antara satu sama lain, agama masing masing dan kita sayangi kegembiraan keamanan ia akan menjadikan Negara kita lebih kuat dan kita kenang perjuangan mereka yang telah membuatkan Malaysia ini aman dan damai.

LA: Apa pandangan Siti tentang perkembangan Negara Malaysia kini?

CT: Memang ada banyak perbezaan, daripada saya kanak kanak sehinggalah sekarang ini, banyak perbezaan yang positif, pembangunan, ekonomi, namun kita tak boleh lari daripada cabaran juga dalam sesuatu institusi ataupun dalam sesuatu Negara itu sendiri pasti akan ada macam macam cabaran. Dan cabaran itu dilalui akan menduga atau mencabar kepimpinan kerana di situlah kita akan terus kuat atau akan lemah, kita akan terus ditakluki oleh anasir anasir yang kita tidak ingini. So untuk sesebuah Negara kadang kadang memang ada yang perlu kita dengar dariapda setiap sudut daripada belia, daripada anak muda daripada orang lama, daripada orang terkini, so idea masing masing itu perlu kita ambil kira sebab rakyat Malaysia Negara itu kekuatan dia adalah kerana rakyatnya juga. Selain daripada pemimpin. Pemimpin itu, diberi tanggungjawab untuk memimpin tetapi hak dan kuasa daripada rakyat. So memang banyak perubahan yang dah dilalui, suka duka yang telah dilalui saya sebagai rakyat Malaysia di mana zaman saya itu masih lagi awal saya rasakan, sebab saya pun 30 an, untuk melihat lagi lebih jauh ke hadapan saya nak Malaysia ini of course lebih maju daripada apa yang kita ada sekarang ini.kalau ikutkan dengan Negara luar yang lain, itu, ada yang lebih maju daripada kita. So kita kena sentiasa berfikiran lebih maju dan positif dan kemudah kemudahan yang lebih penting untuk masyarakat itu, kita harus pertingkatkan lagi. Kerana kesenagan dan kemudahan yang diberikan kepada masyarakat of course akan membuatkan masyarakat akan lebih menghargai…itu yang lebih penting sebenarnya.

LA: Macam mana Datuk melihat , Kuala Lipis misalnya, sebuah kampung, bagaimana ia berkembang?

CT: Memang saya daripada kecil sampai umur 16 tahun, saya di kuala lipis. Dari segi pembangunan ada perubahan, memang saya lihat jalan dah makin besar, makin selesa, pembangunannya makin menarik juga, cuma kalau dulu, kuala lipis pernah menjadi ibu Negara bagi Pahang, satu ketika dulu.. sebelum ditukar kepada kuantan,…

Kuala lipis dulu pernah menjadi Bandar diraja negeri Pahang sebelum ditukar kepada pekan, Bandar Diraja. Saya sebenarnya jauh di sudut hati saya sebagai anak Pahang saya teringin juga untuk berbakti pada tempat home town saya kalau boleh saya nak lihat pembangunan yang lebih lagi pesat especially kemudahan kemudahan untuk remaja belia untuk mereka melakukan aktiviti aktiviti yang lebih sihat, yang lebih memberi manfaat kerana bagi saya kalau ada kemudahan seperti ini, akan membuatkan belia belia remaja ini, menghasilkan sesuatu yang lebih positif dalam perjalanan kehidupan harian dia. Ia akan boleh mengelak daripada perkara perkara yang negatif. Mungkin boleh diadakan lagi pembangunan yang lebih…sekarang ini memang banyak dah diadakan pembangunan yang lebih besar lagi, dari segi pusat pusat riadah, setakat ini belum lagi yang khas untuk mereka. So kalau boleh pusat riadah untuk mereka membuat aktiviti yang lebih sihat itu diadakah di kuala lipis lebih banyak, mungkin lebih baik.

LA: Apa pandangan Siti terhadap orang ramai yang perlu berfikiran Outside the box?

CT: Memang ada pepatah lagu lagu P Ramlee, ‘ muda hanya sekali, so kena enjoy…’’ tapi bagi saya, betul, kita memang muda sekali saja, namun gunakan waktu muda kita dengan membuat plan untuk hari tua kita sebab kalau ikut daripada pengalaman saya, saya menjadi anak seni dalam usia yang awal waktu itu saya menjadi seorang yang masih lagi bergelar seorang pelajar. Tanggungjawab saya sangat besar kerana waktu hujung minggu saja saya akan membuat persembahan.dan saya mesti pulang pada hari ahad, untuk pergi ke sekolah. Pada isnin, kadang kadang saya balik hari isnin subuh, dan saya terus pergi ke sekolah, memang satu tanggungjawab yang besar dan saya bukanlah pelajar yang excellent, yang straight A, tapi saya lakukan kerana saya rasa ini tanggungjawab saya, saya perlu menghabiskan sekolah dengan baik dan juga menjadi penyanyi.

Sebab itu kadang kadang bila kita tengok remaja mereka memikirkan bahawa, mereka belajar sebab mereka kena belajar, ataupun mereka belajar lepas itu mereka plan untuk menjadi apa yang mereka rasa, nak jadi doctor, jadi polis atau apa apa. Sebenarnya perlu kita fikir lebih jauh daripada apa yang kita boleh jadi. Sebab itulah saya selalu cakap kepada peminat peminat saya, kepada mereka yang saya kenali, waktu mudalah yang you akan plan, you nak jadi millionaire, you nak pergi mana, nak naik kereta best, you nak rumah yang macam mana, nak round the world, masa itulah you plan sebab you rasa bila you berangan, bila kita berangan apa yang kita ingin buat, akhirnya kita akan realisasikan dengan cara yang macam mana, kita kena berusaha dengan bersungguh sungguh kita akan tahu ap yang kita lakukan ini, menuju kea rah apa yang kita inginkan.

Sebab itu bila saya menjadi penyanyi saya pernah berfikir saya nak buat konsert di Royal Albert Hall macam mana Sudirman pernah bertanding dulu. Memang saya simpan cita cita itu. Dan akhirnya saya boleh capai sebab saya rasa sesuatu yang kita rasa mustahil, kita boleh capai, pasti akan boleh. Kalau kita rasa, tak payah fikir jauh jauh, pergi setakat yang boleh saja, tak boleh… sekarang ini kita kena buang pemikiran yang macam itu, kita kena fikir yang mustahil pasti akan jadi kenyataan bila kita berusaha bersungguh sungguh.

LA: Ucapan untuk Malaysia

CT: Kepada seluruh rakyat Malaysia, dan khususnya kepada Malaysia sendiri selamat hari Malaysia dan saya cintakan Malaysia lakukan yang terbaik, untuk membanggakan nama Malaysia dan percaya kita semua boleh lakukan kerana diri kita sendiri yang memastikan segala galanya Berjaya ataupun tidak. Selamat hari Malaysia. Jaga keamanan kesejahteraan dan sayangkan seluruh masyarakat Malaysia. Selamat hari Malaysia.

CT: Saya, Siti Nurhaliza, saya anak Malaysia, saya sayangkan Malaysia dan saya pasti anda juga begitu. Selamat hari Malaysia dan semoga kita menjaga keamanan kesejahteraan dan smaa sama kita pautkan kasih sayang sesama rakyat Malaysia.

MALAYSIA: THROUGH THE DECADES Premieres Exclusively on 16 September 2013 at 9.00pm on National Geographic Channel(Astro Ch 553)

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Alicia Keys Set The World On Fire di Malaysia

Filem Tanda Putera Raih Kutipan RM1Juta