in ,

Filem Swordfish Lakonan Hugh Jackman, John Travolta di 8TV

Drama penuh aksi menarik lagi mendebarkan menanti anda minggu ini! Slot Popcorn N’ Wednesday minggu ini membawakan siri filem hit Hollywood, Swordfish!  Jangan lupa menyaksikan Swordfish dikaca TV anda pada 22 Oktober 2008 pada jam 10.00 malam hanya di stesen hip 8TV!

Swordfish sebuah filem aksi yang mendebarkan diterbitkan pada tahun 2001. Di arahkan oleh Dominic Sena dan dibintangi oleh bintang-bintang handalan seperti  Hugh Jackman, John Travolta, Halle Berry, Don Cheadle dan Vinnie Jones.

Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim berkata, “Malam Rabu anda bakal dihangatkan lagi!  Filem ini menonjolkan kesemua elemen-elemen menarik seperti aksi, drama, percintaan dan suspen yang akan membuatkan penonton terpaku hingga ke akhir cerit,”.

Swordfish mengisahkan mengenai dunia lain yang ada disebalik dunia kita. Dunia yang jauh yang digelar dunia dialam cyber. Dunia yang dilindungi dan dikawal dengan rapi oleh sistem komputer dan mempunyai ciri dan sistem keselamatan yang paling canggih dengan kata laluan.  Rahsia-rahsia peribadi dan rahsia-rahsia besar dapat disembunyikan dengan rapi dan dikawal ketat.  Begitu juga dengan wang.  Sistem penyimpanannya amat dirahsiakan. Itulah dunia Swordfish.

Apabila DEA (agensi anti-dadah) menutup operasi sulit yang dinamakan dengan nama kod SWORDFISH pada tahun 1986, mereka telah meninggalkan nilai aset berjumlah $400 million, dan setelah lima belas tahun berlalu jumlah bunga termasuk aset yang disimpan menjangkau ke jumlah $9.5 billion.

Unit perisikan pengganas yang digelar Black Cell, diketuai oleh seorang yang mempunyai sifat talam dua muka dan licik iaitu Gabriel Shear (lakonan John Travolta), mahu kan duit dana tersebut untuk membantu meningkatkan bantuan kewangan mereka yang meruncing kerana ingin membanteras pengganas antarabangsa, namun beliau tidak berhasil kerana dana itu telah disimpan dengan rapi.

Dia bekerjasama dengan bekas banduan yang mempunyai kepakaran komputer Stanley Jobson (lakonan Hugh Jackman), yang bercita-cita ingin menemui anak perempuannya Holly kembali sesudah selesai membantu Gabriel Shear memecah masuk sistem komputer untuk mendapatkan duit dana tersebut.

Berjayakah Stanley menerobos sistem komputer Swordfish?  Akan dapatkah Gabriel duit yang bernilai jutaan dollar atau adakah sesuatu bakal berlaku dan menukar dan rancangan mereka?

Untuk mengetahi lebih lanjut lagi kesudahan cerita aksi hebat ini, jangan ketinggalan untuk menyaksikan filem hebat Swordfish ini melalui slot Popcorn ‘N Wednesday di 8TV pada 22 Oktober 2008, jam 10.00 malam  hanya di 8TV.  8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 di Astro.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Republic Of Brickfields, The Pilgrims di Konsert KAMI THE MOVIE

Elly Mazlein, Shahrul Kamaludin, Wan Elyas Dalam Drama Cinta Batu Belah