in

Filem Stitch The Movie & Raising Helen di TV2

TV2 Meriahkan Cuti Hari Pekerja Dengan Filem Stitch! The Movie Dan Raising Helen Pada 2 Mei 2011

Kepelbagaian genre program di ketengahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam penyampaian program menarik salurannya terutama dalam meraikan sambutan khas terutama pada bulan Mei yang mana masyarakat kita antaranya menyambut Hari Guru, Hari Ibu, Hari Wesak dan Hari Seniman.

Himpunan program menarik terutamanya tayangan filem, drama, hiburan dan sebagainya ini pastinya menyumbang kepuasan kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira usia untuk menyaksikan program yang menepati citarasa mereka.

Khas meraikan Hari Pekerja, RTM menayangkan dua filem hebat dengan genre yang berbeza. Bermula dengan filem Stitch! The Movie, jam 10.00 pagi dan kemudiannya Raising Helen, jam 3.30 petang pada 2 Mei 2011 di TV2.

Popular sekitar tahun 2003, filem Stitch! The Movie yang meminjam suara Deveigh Chase, Chris Sanders, Tia Carrere dan David Ogden Stiers ini merujuk karektor Lilo dan Sitich yang mesra dan comel kembali lagi. Jumba dan Peakley tinggal bersama Lilo dan Nani.

Namun pada masa yang sama hakikatnya antara mereka, tiada seorang pun yang tahu Jumba telah menyimpan rahsia besar mengenai eksperimen 625. Apakah rahsia yang cuba disembunyikannya itu? Babak-babak menarik sepanjang filem ini bakal merungkai persoalan tersebut.

Saksikan juga filem Inggeris Raising Helen lakonan berkesan Kate Hudson, John Corbett, Joan Cusack, Hayden Panettiere, Spencer Breslin dan Abigail Breslin yang berkongsi kisah seorang eksekutif muda yang berjaya dalam dunia fesyen dikenali sebagai Helen Harris. Helen bertanggungjawab menjadi penjaga kepada tiga orang anak saudaranya selepas kematian kakak dan abang iparnya. Helen berpindah dari Manhattan ke Queens dan berdepan dengan kesulitan dalam menjadi kehidupan barunya di situ.

Lalu apakah yang berlaku kepada Helen dan anak-anak buahnya itu? Adakah Helen mampu untuk memikul tanggungjawab besar terhadap mereka sendirian? Kesudahannya hanya akan diketahui apabila anda meluangkan masa menyaksikan filem ini di TV2.

Filem Stitch The Movie Di Tv2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

U-KISS Bran New Kiss Album Showcase 2011

Drama Misteri Tetamu Malam Lakonan Ady Putra