in ,

Drama Misteri Tetamu Malam Lakonan Ady Putra

Misteri Tetamu Malam Temui Penonton TV2 Pada 29 April Ini

Kadangkala tidak salah sekiranya anda menyimpan sedikit rasa curiga terhadap seseorang yang baru dikenali. Apatahlagi untuk mempelawanya untuk bertandang ke rumah. Mungkin niat kita baik semata-mata mahu membantu orang yang berada dalam kesusahan. Hakikatnya tiada siapa yang mampu menduga kiranya insan yang cuba dibantu itu menyimpan niat sebaliknya. Niat mahu membantu dibalas dengan tindakan umpama melepaskan anjing tersepit.

Babak lakonan Nurfazurina dan Almy Nadia dalam Tetamu Malam

Kisah ini dipaparkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 29 April 2011, jam 1.30 petang di TV2 dalam telemovie Tetamu Malam yang mengangkat kejadian dilalui watak Amirul lakonan Ady Putra didatangi seorang wanita, Shikin (Almy Nadia) yang nampak cemas dan meminta bantuan. Shikin masuk ke dalam kereta dan meminta Amirul lekas beredar kerana dia memberitahu teman lelakinya cuba membunuhnya.

Amirul membawa Shikin pulang ke rumah tetapi isterinya, Fara (Norfazurina) tidak bersetuju tetapi tidak ada pilihan dan membenarkan Shikin berlindung di rumahnya untuk malam itu saja. Fara masih curiga pada Shikin walaupun Shikin setuju untuk tunggu di rumah semasa Amirul dan Fara pergi ke pejabat keesokannya.

Semasa di rumah, Shikin mencuri masuk ke bilik tidur Fara dan dia terjumpa salinan slip baki akaun ATM Amirul yang berjumlah hampir RM100 ribu. Shikin juga ada bercakap telefon dengan seseorang mengenai wang dan situasi Shikin kelihatan bengang dan marah.

Apabila petang Amirul dan Fara dihidangkan minuman petang oleh Shikin. Shikin ceritakan yang dia dari keluarga yang kaya tetapi dibuang keluarga sejak dia berkawan dengan teman lelakinya. Tetapi dia malu nak balik ke rumahnya walaupun dia berada dalam perangkap jahat temannya. Shikin juga beritahu yang abangnya akan datang menjemputnya sekitar jam enam petang dan dia mengucapkan terima kasih kerana menyusahkan Fara dan Amirul. Fara mula rasa lega dan kesian pada Shikin.

Sehingga jam sepuluh malam, abang Shikin tidak juga muncul dan Shikin terima panggilan yang kemudiannya dia beritahu Amirul dan Fara, abangnya tak dapat datang. Dia cuba menghubungi teksi tetapi Amirul minta Shikin bermalam saja sehingga keesokan harinya. Dia bimbang akan keselamatan Shikin.

Pelbagai cerita rekaan Shikin diberitahu kepada Amirul dan Fara yang mana sebenarnya Shikin berkomplot dengan teman lelakinya Bob, untuk menipu untuk mendapatkan duit Amirul dan Fara sehingga Amirul yang cuba membantu dituduh cuba untuk memperkosa Shikin. Bob dan Shikin beritahu Amirul yang mereka akan dedahkan gambar Amirul memelok dan memangku Shikin di internet atau di terus menggugut. Amirul buat satu panggilan yang diawasi oleh Bob dan Shikin.

Timbul persoalan siapakah orang yang dihubungi oleh Amirul? Dapatkah mereka meloloskan diri daripada konspirasi itu? Saksikan kesudahannya dalam Tetamu Malam di TV2.

Pelakon lain yang membintangi drama ini adalah Norman Hakim, Shafiq Samuri, Zaidi Omar, Dian P.Ramlee dan Yalal Chin.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem Stitch The Movie & Raising Helen di TV2

Drama Biar Rahsia Lakonan Rusdi Ramli & Siti Fazurina