in , ,

Filem SIKU 12: LANGKAH DERHAKA Lakonan Syafiq Kyle & Zahiril Adzim

Akhir-Akhir ini banyak filem bergenre aksi tampil di pawagam selepas ‘Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan’ mengetengahkan seni mempertahankan diri seperti silat.

Terbaharu filem ‘Siku 12: Langkah Derhaka‘arahan Azhari Zain tidak terkecuali. Bezanya ia memaparkan seni silat melawan seni mempertahankan diri yang terkenal di Thailand iaitu Muay Thai.

'Filem Siku 12: Langkah Derhaka Lakonan Syafiq Kyle &Amp; Zahiril Adzim

Filem bergenre aksi arahan Azhari Zain itu menggandingkan dua aktor popular, Syafiq Kyle dan Zahiril Adzim selaku teraju utama. Ia dimantapkan dengan penampilan barisan pelakon seperti Moon, Lobak dan Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar. Tidak ketinggalan dibantu oleh Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.

'Filem Siku 12: Langkah Derhaka Lakonan Syafiq Kyle &Amp; Zahiril Adzim

Penerbit Eksekutif Power Team Entertainment, Mohd Hafiz Moh Nafiah berkata pada sidang media selepas tayangan perdana filem ‘Siku 12: Langkah Derhaka’ yang berlangsung di GSC Starling baru-baru ini.

“Siku 12’ adalah ilmu persilatan seni silat tua Melayu permainan 12 yang jarang diketengahkan dalam filem sebelum ini,”

“Penggambaran filem bermula pada Oktober 2019 membabitkan tempoh selama 15 hari seperti dijadualkan. Namun, filem Siku 12 hanya siap sepenuhnya membabitkan proses suntingan dan sebagainya untuk tayangan di pawagam pada tahun ini. Ia membabitkan lokasi penggambaran di Pendang dan Alor Star, Kedah,”

– Mohd Hafiz

Bagaimanapun kata Mohd Hafiz, banyak yang perlu diperbaiki untuk memastikan kualiti filem untuk tayangan di pawagam.

“Saya perlu menyiapkan dari segi proses suntingan, ‘audio mixing’ dan ‘color grading‘ untuk filem ini. Banyak proses dilalui filem ini terlebih dahulu, sebelum mendapat kelulusan tayangan di pawagam termasuk Kementerian Dalam Negeri, Skim Wajib Tayang dan wakil pawagam. Alhamdulillah, saya dan penerbit kembali bersemangat membawa filem untuk tayangan di pawagam selepas melihat maklum balas positif,” 

– Mohd Hafiz
'Filem Siku 12: Langkah Derhaka Lakonan Syafiq Kyle &Amp; Zahiril Adzim

Turut hadir barisan pelakon utama filem terbabit iaitu Syafiq Kyle, Zahiril Adzim, Tuan Asmawi Tuan Omar, Shahmiey Odd dan ramai lagi.

Usahlah dibandingkan dengan ‘Mat Kilau’ yang menelan belanja RM8 juta, ‘Siku 12’ yang hanya diteribitkan pada kos RM1.2 juta memiliki kekuatan tersendiri waima menonjolkan kehebatan persilatan Melayu dan Muay Thai untuk menarik penonton ke pawagam. 

Tentu ramai juga warga Siam di Malaysia yang nak menonton filem ini yang ada juga ditonjolkan dialek Thai memandangkan keluarga A Wut (lakonan Zahiril) berketurunan Thai.

Apa pun nashkah ini dimantapkan lagi dengan barisan pelakon seperti Moon, Lobak, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.

Berkongsi lanjut, Mohd Hafiz memberitahu, perancangan untuk menerbitkan filem ini pada asalnya adalah untuk disiarkan di Astro First bermula pada penghujung 2019.

Bagaimana pun, katanya, atas beberapa faktor termasuk peningkatan kos ia beralih menjadi filem dengan penggambarannya  hanya dapat dimulakan pada 2021.

'Filem Siku 12: Langkah Derhaka Lakonan Syafiq Kyle &Amp; Zahiril Adzim

Pun begitu, kata Hafiz banyak yang perlu diperbaiki untuk memastikan kualiti filem itu sesuai iuntuk  tayangan di pawagam.

“Banyak proses yang perlu dilalui filem ini terlebih dulu sebelum mendapat kelulusan untuk tayangan di pawagam  termasuk dengan Kementerian Dalam Negeri dan Skim Wajib serta wakil pawagam sendiri.

“Kami juga mengambil sedikit masa sebelum memulakan penggambaran kerana perlu melakukan kajian mendalam mengenai seni silat siku 12 dan mencari barisan pelakon yang benar-benar sesuai dan boleh bersilat untuk beraksi dalam filem itu. 

Penggambaran filem Siku 12: Langkah Derhaka membabitkan tempoh selama 15 hari seperti dijadualkan, membabitkan lokasi penggambaran sepenuhnya di Pendang dan Alor Star, Kedah.

“Bagi menampakkan suasana sebenar pertarungan ratusan pelakon tambahan digunakan dalam filem ini  selain penampilan istimewa seramai 20 penari menora dari Persatuan Menora Kedah dan Manora Kham Kampung Kalai,” cerita Mohd Hafiz.

Mengenai cabaran menghasilkan filem berkenaan pula, kata Mohd Hafiz, dia hanya imengambil alih projek filem tu pada saat akhir.

“Saya bersetuju mengambil alih projek dari produser, Mohamad Pozi Mansor  bukan atas dasar persahabatan semata-mata tetapi saya percaya filem ini mempunyai potensi besar dan berpeluang untuk  diangkat ke peringkat antarabangsa.

“Saya perlu menyiapkan dari segi proses suntingan, ‘audio mixing’ dan ‘color grading’ filem ini. Pada masa sama filem in juga hanya menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) sebanyak 10 peratus.

“Alhamdullilah, selepas melihat maklum balas positif dari semua pihak terbabit,  saya dan produser kembali bersemangat untuk membawa filem ini ditayangkan di pawagam,” katanya.

'Filem Siku 12: Langkah Derhaka Lakonan Syafiq Kyle &Amp; Zahiril Adzim

Ditanya soal kutipan filem itu pula, kata Hafiz, dia tidak mahu meletakkan sebarang sasaran sebaliknya hanya menyerahkan kepada ketentuan Allah.

“Saya memang berdebar menanti tayangan filem ini di pawagam kerana ia filem terbitan pertama saya. Apapun, saya dan produser sudah bekerja keras dan berusaha memberikan sentuhan terbaik pada filem ini.

“Kami berkarya ikhlas dari hati dan selebihnya kami serahkan pada penilaian penonton dan soal rezeki.

“Selain kekuatan jalan ceritanya, saya juga yakin dengan momentum yang ada selepas kejayaan luar biasa filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, filem genre aksi Siku 12: Langkah Derhaja juga akan mendapat tempat di hati penonton,” tambah Hafiz.

'Filem Siku 12: Langkah Derhaka Lakonan Syafiq Kyle &Amp; Zahiril Adzim

Sambungnya, melihat pada kutipan melepasi jutaan ringgit yang diraih semua filem yang ditayangkan selepas ‘Mat Kilau’ beliau berharap ‘Siku 12’ turut mendapat sokongan ramai.

Filem Siku 12: Langkah Derhaka bakal ditayangkan di 66 pawagam seluruh Mlalaysia bermula 27 Oktober ini. Selain turut ditayangkan serentak di 7 pawagam di Singapura dan satu pawagam di Brunei Darussalam.

Jika anda peminat Syafiq Kyle mahu pun Zahiril Azim inilah masanya untuk menonton kedua-duanya beraksi di gelanggang buat pertama kalinya.

Antara mesej yang dapat direnungkan melalui filem yang ketengahkan isu dendam, maruah, diri, cinta persahabatan dan takdir ini, jurus Siku 12 itu sendiri menyimpan  ‘rahsia’nya yang tersendiri.

Jangan ingat sahabat baik tidak boleh menjadi lawan apabila hasad dengki menguasai diri sebagaimana A-Wut mengkhianati sahabatnya A-Tid apabila mendengar Ayah Man menurunkan ilmu persilatan kerana beranggapan Atid mementingkan diri mempelajari  ilmu berkenaan tanpanya. 

Ekoran salah faham tanpa usul periksa membawa padah sehingga A-Wut sanggup membunuh A-Tid.

Apa kah tindakannya itu membawa padah? Nak tahu saksikan ‘Siku 12: Langkah Derhaka’ yang akan memulakan tayangnnya pada 27 Oktober 2022 nanti.

Trailer rasmi filem boleh ditonton menerusi saluran YouTube/Power Team Entertainment sejak 6 September lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Budiey | 17

House Of Creators 2022 Bakal Himpunkan 200 Orang Tiktokers

Caprice | 18

Pasaraya Mydin Tidak Layan Tuntutan Permohonan Maaf Daripada Caprice?