in ,

Filem Paku Bukan Ciplak Paku Pontianak

Pada jam 10 pagi semalam (27 September 2013), Budiey telah menghadiri satu majlis exclusive presentation tayangan trailer filem Paku.

Melihat pada nama tajuk ini mengingatkan Budiey dengan tajuk filem Paku Pontianak, walhal kata pengarah filem ini, filem seram Paku tak ada kena mengena pun dengan filem Paku Pontianak yang telah ditayangkan pada 22 Ogos lalu. Filem Paku Bukan Ciplak Paku Pontianak. Itu yang ditegaskan oleh pengarah. Apa yang sama mungkin tajuk dan jalan ceritanya yang berkisarkan tentang wanita meninggal dunia dihidupkan semula.

Pengarahnya, P Ramesh, berkata, filem Paku melakukan penggambaran dan siap terlebih dahulu sebelum filem Paku Pontianak.

“Pada asalnya memang nama tajuk filem ini ialah Paku Pontianak tapi terpaksa ditukar kerana ada filem lain yang menggunakan nama itu. Kami tidak meniru mana-mana filem.”

Tambahnya, filem tersebut mempunyai jalan cerita berbeza yang mana skrip asal diambil dari Indonesia yang ditulis oleh Alexander, namun telah diubah suai mengikut kesesuaian masyarakat negara ini.

“Mungkin subjek sama iaitu menggunakan kepercayaan tentang mitos cerita hantu tentang puntianak namun jalan cerita berbeza. Skrip Paku kita ambil dari Indonesia dan telah digubah mengikut kesesuaian dan sensitiviti masyarakat kita.”

Jelasnya, beberapa adegan panas dan khurafat telah dipotong untuk menjaga sensitiviti orang ramai.

Sementara itu, Ramesh berkata, sepanjang penggambaran, pihaknya berhadapan dengan pengalaman seram apabila diganggu makhluk halus.

“Setiap kali penggambaran di tempat-tempat yang agak ‘keras’ kami akan bawa seorang ustaz atau budak-budak tahfiz. Ketika di Highlands Tower memang kami ada rasa seram dan pengalaman diganggu oleh makhluk seperti jin apabila makhluk itu muncul dalam setiap gambar-gambar yang diambil.”

Filem Paku berkisarkan tentang seorang suami yang tidak dapat menerima kematian isteri, lantas menggunakan ilmu hitam untuk menghidupkan kembali isterinya.

Filem terbitan Nusantara Seni Karya ini dibintangi oleh Aishah Alias, Johan As’ari, Azad Jasmin, Diddy Hirdi, Zaidi Omar dan Kamal Adli.

Ia akan ditayangkan di pawagam pada 12 Disember depan.

poster paku
paku
DSC_0391
DSC_0603
paku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel One World Bandar Utama

Aaron Aziz Suntik Steroid Untuk Ke Cape Town