Filem LOVE Filem Malaysia Terlaris Di Indonesia?

Semalam, (2 April 2008), jam 11.30 pagi, bertempat di Theatrette Sri Pentas, TV3, Budiey ada menghadiri satu sidang media Filem LOVE. Majlis bermula dengan ucapan dan seterusnya persembahan slide diikuti penerangan tentang filem LOVE oleh Saudara Fadzil Manap; Senior Manager dari Unit Pengedaran Filem dan Jualan Antarabangsa, Grand Brilliance Sdn Bhd.

Untuk pengetahuan semua pembaca, filem arahan Khabir Bhatia ini akan ditayangkan di pawagam mulai 24 April ini.

2383270452 91895056C2 | 4

Sidang akhbar ini diadakan untuk mengumumkan secara rasmi bahawa Filem LOVE adalah Filem Malaysia Terhangat – Filem Malaysia yang mendapat kutipan terbanyak di Indonesia.

2383269672 C46E8A1159 | 5

SIAPA KATA FILEM MALAYSIA TAK BOLEH MENEMBUSI DAN BERJAYA DI PASARAN INDONESIA?
Sejak beberapa lama dahulu para karyawan serta penggiat filem Malaysia telah cuba menambat hati penonton filem di Indonesia termasuk dengan filem-filem box-office seperti ‘Isabella’ dan ‘Cinta Kolestrol’ namun sambutannya sentiasa menghampakan. Malah filem ‘Diva’ yang pengarahnya serta sebahagian besar pelakonnya dari Indonesia juga gagal meraih minat pengunjung pawagam di sana.

Grand Brilliance Sdn Bhd, dengan harapan untuk menembusi tembok pasaran filem Indonesia, telah mencuba satu formula baru iaitu dengan menggunakan filem box-officenya CINTA untuk diadaptasi agar menepati citarasa penonton filem di Indonesia. 

LOVE, tajuk filem baru yang diterjemah daripada tajuk asal CINTA. Pastinya pembaca pernah menonton filem CINTA yang mana filem ini diarahkan oleh Khabir Bhatia dan mendapat sambutan hangat dari penonton.

2383268250 B26C1572E7 | 6

FORMULA KEJAYAAN FILEM LOVE
Filem LOVE mengekalkan pengarah asal KHABIR BHATIA bagi mendapatkan semula garapan serta sentuhan ajaibnya yang telah berjaya mengharumkan lagi industri perfileman tanahair. Bagi memenuhi selera para penonton di sana, skrip filem ini telah diadun semula dan diolah oleh penulis skrip hebat dari Indonesia TITIEN WATTIMENA yang telah meraih kejayaan melalui dua karyanya iaitu filem ‘Mengejar Matahari’ dan ‘Tentang Dia’.  Untuk mengindahkan lagi jalan cerita, filem ini turut diiringi alunan muzik dari ‘The Bulgarian Symphony Orchestra – SIF 309 di bawah pimpinan pengarah muzik ternama yang juga dari Indonesia ERWIN GUTAWA, seorang penerbit dan pengarah konsep beberapa album penyanyi serta pernah memimpin beberapa konsert besar di sana.

2382434405 5F6F354806 | 7

SEMUA PELAKON MANTAP
LOVE telah dimantapkan lagi dengan barisan pelakon handalan dan terkenal Indonesia dekad ini seperti gandingan Acha Septriasa dan Irwansyah, Luna Maya, Darius Sinathrya, Fauzi Baadila, Laudya Cintya Bella, Sophan Sophiaan, Surya Saputra, Widyawati serta Wulan Guritno.

Formula baru Grand Brilliance Sdn Bhd ini telah membuahkan hasil. Sekiranya Oktober 2006 menyaksikan kejayaan bersejarah filem CINTA di Malaysia, kini kita boleh turut berbangga apabila filem LOVE yang masih di bawah arahan KHABIR BHATIA berjaya menembusi pasaran filem Indonesia.

Dengan tempoh penggambaran filem 32 hari bermula 19 November 2007, LOVE telah pun ditayangkan di pawagam Jakarta bermula sempena sambutan ‘Hari Kekasih’ pada 14 Februari 2008. Dengan menempatkan 90 print filem bersamaan 60 skrin di pawagam untuk tayangan umum, LOVE telah berjaya mencipta sejarah dengan kutipan tiket sebanyak Ringgit Malaysia 2.7 juta.

2383266822 Ee8A70960B | 8

2382432977 085Eeeba84 | 9

Ini turut bermakna bahawa filem ini telah dapat membuka mata penonton Indonesia terhadap kualiti filem kita yang mana selama ini hanya penonton Malaysia sahaja yang memuja filem mereka. Diharap kejayaan filem ini menjadi titik permulaan kemaraan filem kita ke Indonesia dan karya-karya kita akan terus mendapat sambutan di sana.

Untuk tidak menghampakan peminat di Malaysia, filem versi Indonesia ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada April 2008.  Walaupun filem LOVE diadaptasi dari filem CINTA namun jalan cerita, skrip, sinematografi, muzik latar serta pelakon-pelakonnya berlainan. Yang pastinya filem LOVE tetap menjanjikan keistimewaan dan kepuasan kepada para penonton.

[tags]filem love, love film, cinta, theme, Theatrette, Sri Pentas, hady, khabir bhatia, Acha Septriasa, Irwansyah, Luna Maya, Darius Sinathrya, Fauzi Baadila, Laudya Cintya Bella, ulasan filem love, love review, Sophan Sophiaan, Surya Saputra, Widyawati, Wulan Guritno, fitna the movie download, website love, pencalonan akhir aim 15, skrin, fadzil manap[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Artis di Anugerah Bintang Popular 2007

Gambar Datuk Siti Nurhaliza @ Sidang Media AIM 15