in

Filem Kayangan Lakonan Norfazura & Dynaz di RTM1

SINEMA RAYA : KAYANGAN, 8 DISEMBER (ISNIN), JAM 9.00 MALAM DI RTM1.

Istimewa sempena Hari Raya Aildiladha, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mempersembahkan sebuah filem sulung terbitan Raden Pictures Sdn Bhd, Kayangan yang bakal mengisi slot Sinema Raya pada 8 Disember 2008 bersamaan hari Isnin pada jam 9.00 malam khas untuk penonton setia RTM1.

902767907 0E07C519Db | 4

Kayangan menggandingkan pelakon handalan tanah air Norfazura dan pelakon hebat Indonesia, Teuku Zacky Azwar selaku teraju utama. Tidak ketinggalan barisan pelakon seperti Dynas Mokhtar, Eja, Opie Zami, Julia Ziegler, Bienda, Ziela Jalil dan Mustapha Kamal. Kayangan yang menelan belanja sebanyak RM1.4 juta ini mengetengahkan genre komedi romantik yang berkisar tentang kisah percintaan terhalang dua insan yang berlainan darjat dan kedudukan.

Norfazura yang tersenarai dalam senarai finalis Festival Filem Malaysia Ke-21 dalam kategori Pelakon Tebaik, mendukung watak Maseira, seorang graduan yang terperangkap dengan idealismenya sendiri lebih rela bekerja di bengkel ayahnya daripada terdedah dengan kehidupan kota metropolitan Kuala Lumpur.

Manakala, Tengku Amir (Teuku Zacky Azwar)  memegang watak sebagai seorang kerabat diraja yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Regalia Sdn Bhd. Seorang jejaka muda yang memiliki rupa paras yang tampan dan menjadi kegilaan ramai wanita.

Takdir Tuhan Yang Maha Kuasa telah menemukan mereka berdua melalui satu insiden yang tidak disangka-sangka. Akibat terhutang budi, Tengku Amir mempelawa Maseira bekerja di syarikatnya. Bermula dari saat itu, dalam diam Tengku Amir menyimpan perasaan cinta yang mendalam terhadap Maseira. Penonton pastinya akan terhibur menyaksikan sketsa percintaan yang sarat dengan dugaan dan ujian yang mendatang tanpa mengenal erti jemu. Ditambah dengan pelbagai adegan lucu yang  pasti akan membuat penonton tersenyum dan tidak kering gusi. Adakah Tengku Amir berjaya meluahkan rasa cinta yang terpendam kepada gadis yang digilainya itu? Atau taraf kehidupan menjadi satu penghalang cinta suci mereka berdua ?

Kayangan berjaya menempatkan dirinya dalam lima kelompok filem tebaik pada Festival Filem Malaysia Ke-21 menerusi empat kategori utama iaitu Pelakon Harapan Wanita, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Sinematografi Terbaik.
 
Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menonton filem “Kayangan” di RTM1 bersempena perayaan Aidiladha ini pada 8 Oktober 2008 (Isnin), pada jam 9.00 malam.

3081442599 Fa79118228 | 5

1040258397 22Aa270C51 | 6

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Nak Kurus Dengan Senang, Cubalah Guna SIY

Sajian istimewa Aidiladha di TV9