in ,

Filem Hollywood Terbaru di Astro Best & Astro B.yond VOD

Filem-filem terbaru daripada Astro First & Astro Best serta lebih banyak filem-filem terhangat kini boleh didapatkan menerusi Astro B.yond VOD.

“Pernahkah anda duduk di depan televisyen, memilih program untuk ditonton sambil memikirkan, “ Apa yang aku nak tonton hari ini? Kini, dengan Astro Best dan Astro B.yond VOD anda boleh menikmati filem-filem terbaik antarabangsa dan Asia pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Astro hari ini melancarkan Astro Best untuk menyajikan kandungan hiburan terunggul terutamanya filem-filem terbaik antarabangsa dan Asia bagi peminat-peminat filem yang boleh didapatkan melalui sistem satelit dan IPTV.

Group Image 1

Dengan Astro Best, pelanggan Astro kini boleh menonton filem-filem terbaik antarabangsa dan Asia pada bila-bila masa dan di mana sahaja, seawal tiga bulan selepas filem-filem tersebut ditayangkan di pawagam dalam format Definisi Tinggi (bagi sesetengah filem). Mulai hari ini, pelanggan boleh membeli filem-filem antarabangsa dan hiburan terbaik yang ditawarkan di dalam Astro Best seperti “ Marvel’s The Avengers”, “The Hunger Games” dan konsert tergempak Korea, “I AM: SM Town Live Tour in Madison Square” hanya di Saluran Astro 481 dengan RM10 bagi setiap satu pilihan anda. Filem yang dipilih boleh ditonton selama 48 jam selepas langganan. Antara filem-filem yang akan ditayangkan di Astro Best ialah “What to Expect When You’re Expecting” dan “The Cabin in The Woods”.

Henry Tan, Ketua Pengawai Operasi Astro berkata, “Hari ini, Astro melancarkan Astro Best untuk menyajikan filem-filem antarabangsa dan Asia lebih awal berbanding dengan saluran TV berbayar yang lain. Melihat kejayaan yang diraih menerusi Astro First, kami berusaha untuk mengecapi tanda aras global untuk tawaran filem-filem melalui “Pay Per View” dengan membawakan Astro Best. Pelanggan boleh mendapatkan akses kepada lebih banyak filem, kandungan hiburan popular dan drama ‘box-sets’, dokumentari, program-program ‘Catch Up’, Astro Best dan Astro First melalui Video On Demand menerusi dekoder yang disambungkan kepada saluran Jalur Lebar dengan PVR”.

Pelanggan boleh membeli filem-filem di Astro Best melalui SMS menerusi Saluran Astro 481 hanya dengan RM10 untuk setiap filem untuk tempoh tontonan selama 48 jam. Filem yang dibeli membolehkan pelanggan menonton dalam 12 tayangan pada masa-masa yang berlainan.

Astro berkolaborasi dengan studio-studio antarabangsa seperti The Walt Disney Company, Lionsgate, Sundance, Sony Pictures Television, Fortune Star, CJ Media and Unitel Classica untuk membolehkan pelanggan mengakses gedung filem-filem antarabangsa dan Asia yang disediakan oleh studio-studio ini. Astro Best merupakan satu inisiatif untuk melebarkan sayap dalam usaha kolaborasi dengan studio-studio antarabangsa ini untuk membawakan filem-filem yang terhangat di pawagam ke rumah anda. Dengan usaha untuk menawarkan variasi hiburan terunggul setiap bulan dengan tempoh tontonan yang melebihi tempoh tontonan di pawagam, kami yakin lebih banyak studio yang akan berminat untuk turut bekerjasama dalam usaha Astro menyajikan pengalaman baru menonton filem kepada lebih 3 juta pelanggan Astro.

“Di Disney, kami berbangga dengan kekuatan kreatif yang ada dan sentiasa fokus untuk menawarkan kandungan kepada pelanggan melalui pelbagai platform. Filem-filem Disney, Pixar dan Marvel kini akan membawa kembali masa-masa bersama keluarga yang menyeronokkan ke rumah anda menerusi pengalaman yang baru. Bersama-sama dengan rakan kongsi yang kami hargai – Astro, kami berinovasi menerusi cara-cara yang unik untuk menawarkan pelanggan-pelanggan kami, pilihan mereka,” kata Amit Malhotra, Pengurus Besar – Media Pengedaran dan Jualan, The Walt Disney Company (Asia Tenggara).

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Astro untuk melancarkan platform terbaru mereka menerusi filem “The Hunger Games” yang merupakan filem pertama dalam francais blockbuster global kami, dan yang akan datang ialah “Cabin in The Woods” dan “What to Expect When You’re Expecting,” kata Wendy Reeds, Naib Presiden Eksekutif, Jualan & Pengedaran Kandungan, Celestial Tiger Entertainment (CTE). “Astro merupakan rakan kongsi yang kami hargai dalam pengedaran kandungan CTE, dan kami percaya filem-filem popular yang ditayangkan ini akan menjanjikan lebih banyak kandungan hiburan yang lebih baik daripada Lionsgate kepada Astro.”

“Dengan kerjasama SPT Networks bersama Astro, kami sangat gembira untuk melancarkan kandungan Animax Video On Demand di Malaysia. Hal ini boleh memberi peluang kepada para peminat untuk menonton “anime” terbaru dari Jepun dan siri “anime” terpilih dari studio animasi terkemuka dalam audio Bahasa Malaysia atau sarikata pada bila-bila masa sahaja. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Astro untuk menawarkan lebih banyak program “anime” pada masa akan datang,” kata Ricky Ow, Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar, Rangkaian, Asia, Sony Pictures Television.

“Kami di Saluran Sundance, sangat teruja untuk berkolaborasi dengan Astro. Inisiatif ini memberi peluang melancarkan perkhidmatan transactional on demand supaya pelanggan Astro mempunyai akses kepada kandungan yang berkualiti tinggi dan filem-filem indie menarik yang masih ditayangkan di teater-teater Amerika Syarikat. Kami percaya pelanggan Astro akan memberi respon yang baik kepada tawaran ini dan kita akan dapat melihat peningkatan dalam filem-filem yang ditawarkan pada bulan-bulan atau tahun-tahun yang akan datang.”– Bruce Tuchman, Presiden, AMC / Sundance Channel Global

Astro B.yond VOD ialah perkhidmatan internet yang disediakan bagi servis Video-On-Demand (VOD) yang menawarkan pelbagai program-program terhangat unutuk dinikmati oleh pelanggan Astro.

Henry Tan, COO Astro shows how to order Astro Best in 3 easy steps on Channel 481

Di antara filem-filem yang telah disediakan dalam Astro B.yond VOD ialah filem-filem terhangat seperti “50/50,” “Man On A Ledge” “Abduction,” “Here,” “Teddy Bear” termasuk juga filem-filem Asia dan Bollywood seperti “Nightmare,” “Ghost On Air” “Ashoka” “Chalte Chalte” “Penny Pinchers” dan banyak lagi.

Program-program yang terdapat dalam Catch Up TV termasuklah “Oh My English,” drama-drama Korea dan Cina seperti “City Hunter,” “Palace II,” dan “The Other Truth,” serta program-program Disney terhebat seperti “Phineas and Ferb” dan “Upin and Ipin” dengan banyak lagi program-program yang akan disediakan setiap hari. Kandungan VOD terpilih juga boleh didapatkan dalam talian dan juga menerusi servis Astro On-The-Go yang masih percuma bagi semua pelanggan.

Untuk maklumat lanjut tentang Astro Best dan Astro B.yond VOD, sila layari www.astro.com.my/vod

Astro Group Image

Henry Tan - Chief Operating Officer, Astro

I AM SM TOWN

Marvel's The Avengers

The Hunger Games

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Bini-Bini Perkasa

Drama Merdeka Songkok Hitam Lakonan Razali Hussain & Namron