in ,

Filem Hebat Tayangan Khas Rai Hari RTM Ke-75

Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus melakar memori indah bersama-sama penonton setia salurannya. Mana tidaknya, tanggal 1 April ini menyaksikan badan penyiaran kerajaan ini berkongsi sambutan ulang tahunnya yang ke-75.

Dalam keterujaan sambutannya tahun ini, RTM menyediakan tayangan empat filem dikongsikan menerusi saluran TV2. Sepanjang empat hari berturut-turut, RTM tampil dengan tajuk filem mengujakan bermula dengan filem Inggeris diberi tajuk “The Hunger Games: Mocking Jay” pada 1 April ini, pukul 9.00 malam. Berlatar kisah watak utama Katniss Everdeen seorang gadis telah diselamatkan dalam permainan Third Quarter Quell dan dibawa ke District 13. Dia ditempatkan di dalam wad sakit jiwa dan apabila dia sedar dari tidur, Katniss mendapati bahawa segala disekelilingnya telah berubah dan dia menjadi keliru. 

the-hunger-games-mockingjay-part-2-

Ketika itu juga Katniss disambut oleh Pemerintah District 13, Presiden Alma Coin. Presiden Coin tertarik dengan kehandalan dan kepintasan Katniss menggunakan pemanah. Presiden Coin dan penduduk District 13 kini bergantung dan menaruh harapan kepada Katniss yang dianggap sebagai Mockingjay untuk menghancurkan Capitol di bawah pemerintahan Presiden Snow yang dikatakan kejam dan menjadi punca kepada segala penderitaan yang dialami oleh seluruh penduduk di bumi Panem. 

Seterusnya, Presiden Snow yang bermusushan dengan Presiden Coin sering menayang beberapa siri temubual oleh pihak berkuasa Capitol dengan seorang lelaki bernama Peeta melalui video dengan harapan dapat mempengaruhi pihak musuh mereka di District 13 untuk meletakkan senjata dan mengalah. Berjayakah pasukan khas menyelamatkan Peeta dan rakan-rakan perjuangannya? Pelakon Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, dan Liam Hemsworth.

Pasanga 2

Dijadikan umpan konspirasi jahat sekumpulan lelaki, menarik dibawakan dalam filem bertajuk “Brotherhood of Blades” pada 2 April ini, pukul 9.00 malam. Kisahnya tentang Lu Jianxing, Shen Lian dan Jin Yichuan, anggota pasukan Jinyiwei yang diperintahkan supaya membunuh seorang bekas Ketua Polis yang berpengaruh bersama kuncu-kuncunya tanpa mereka ketahui mereka sebenarnya dijadikan umpan dalam konspirasi jahat. Pelakon filem ini Chen Chang, Shih-Chieh King, dan Dong-Xue Li.

Penggemar filem Thailand diajak menyaksikan filem “The Promise A.K.A Puen Tee Raluek” pada 3 April ini, pukul 2.00 petang. Menarik kisahnya tentang Ib dan Boum memutuskan untuk membunuh diri bersama di Bangkok pada tahun 1997. Setelah Boum mengingkari janji itu, hantu Ib yang ingin membalas dendam kembali 20 tahun kemudian untuk menghantui Boum dan anak perempuannya yang berusia 15 tahun, Bell. Pelakon Bee Namthip, Apichaya Thongkham, Thunyaphat Pattarateerachaicharoen, Panisara Rikulsurakan, dan Deuntem Salitul.

Brotherhood of Blades

Akhir sekali saksikan filem “Pasanga 2” pada 4 April ini, pukul 9.00 malam, mengisahkan Kavin dan Naina merupakan pengidap Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) yang menyebabkan mereka menjadi hiperaktif dan tidak dapat fokus sewaktu di sekolah. Di sebabkan itu, mereka kerap ditukarkan sekolah oleh ibu dan bapa mereka kerana tidak tahan dengan rungutan pihak sekolah. 

Namun, semuanya berubah apabila mereka tidak sengaja, bertemu dengan Thamizh Nadan, seorang pakar psikiatri kanak-kanak. Apakah yang terjadi pada Kavin dan Naina?

Pelakon filem ini Nishesh, Vaishnavi, Ramdoss, Karthik Kumar, Vidya Pradeep dan Bindu Madhavi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zul Ariffin Nafi Jadi Punca Perpisahan Intan Najuwa Dan Kekasih

Tiga Ciri Ini Membuatkan Anda Rasa Berbaloi Membeli HUAWEI FreeBuds 4i