in , ,

Selepas 10 Tahun, Zizan Razak Kembali Dalam Filem Hantu BONCENG 2.0

“Dengan komedi lebih segar & seram arahan Datuk Yusry Abdul Halim”

Filem pecah panggung, Hantu Bonceng dengan kutipan pawagam lebih RM8.5 juta kembali selepas 10 tahun menerusi filem terbaru, Hantu Bonceng 2.0. Filem seram komedi tersebut masih mengekalkan genre terdahulu, tetapi dengan jalan cerita yang lebih segar, mutu produksi yang lebih tinggi, barisan pelakon berbakat besar serta pengarah serba boleh, Datuk Yusry Abd Halim. Istimewa buat penonton dan penggemar filem tempatan, Astro Shaw membawakan filem Hantu Bonceng 2.0 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Menemui penonton bermula 11 Februari 2021, ia tidak akan lengkap tanpa watak utamanya Amran yang dijayakan oleh pemenang Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian tiga tahun berturut-turut, Zizan Razak bersama pelakon Taiyuddin Bakar sebagai Kunyit.

HANTU BONCENG 2.0

Selain itu, ia menyaksikan kemunculan watak-watak baru yang digerakkan oleh pelakon seperti Shiha Zikir, Joey Daud, Atu Zero, Chew Kin Wah, Acong Sweetchild, Sharif Zero, Amir Raja Lawak, Soya, Erryn Abdullah, Rashdan Baba dan pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy. Bagi sesi penggambaran telah dijalankan sepenuhnya di Bukit Fraser, Pahang selama 30 hari.

Kisah Hantu Bonceng 2.0 bermula dengan Amran dan Kunyit rasa teruja ingin bercuti ke Frasers Hill bersama rakan-rakan ‘Mat Motor’ mereka. Semasa dalam perjalanan, motor Kunyit mengalami kerosakan. Kemunculan Ayu telah membawa Kunyit dan teman wanitanya, Maya serta Amran bermalam di sebuah hotel lama, manakala rakan-rakan yang lain meneruskan ke destinasi mereka.

Keadaan hotel tersebut agak misteri. Malah, pekerja-pekerja hotel juga mempunyai karakter yang mencurigakan. Menjelang malam, Amran dan Kunyit mengalami pelbagai peristiwa menyeramkan. Amran turut

bermimpi tentang seorang wanita yang seakan memberi petunjuk kepada Amran agar membantunya. Keesokannya, mereka dan Ayu cuba menyelesaikan misteri ini. Mereka menemui beberapa bukti dan petunjuk yang mana akhirnya menemukan mereka kepada beberapa siri pembunuhan dan penemuan yang memeranjat dan mengerikan.

HANTU BONCENG 2.0

Menurut Penerbit Eksekutif Hantu Bonceng 2.0, Datuk Azlan Shah Jaffril, 

Filem terdahulu meraih sambutan hangat di pawagam Malaysia, Singapura, Brunei. Meskipun telah 10 tahun ia ditayangkan, namun jenama Hantu Bonceng masih segar dalam kalangan peminat filem tanah air dan kesinambungannya sering dinantikan oleh penonton. Jalan ceritanya juga masih relevan sehingga kini.

Rentetan daripada itu, kami pihak penerbit merasakan kini adalah masa yang tepat untuk hasilkan Hantu Bonceng 2.0 dan yakin Astro First adalah platform yang tepat untuk menayangkan filem ini. Dengan kemampuan Astro dalam memasarkan filem, kami percaya filem ini dapat dibawa secara menyeluruh kepada penonton sasaran.

Sementara itu, mengenai pemilihan barisan perlakon, selain masih mengekalkan tonggak utama Zizan Razak dan Taiyuddin Bakar, turut mempertaruhkan bakat serba boleh penyanyi terkenal, Shiha Zikir.

Bakat yang ditonjolkan di dalam segmen parodi MeleTop dan program realiti Muzikal Lawak Superstar (MLS) terdahulu, membuktikan kemampuan lakonannya yang tidak pernah dilihat lagi di dalam filem.

Harapan kami agar kehadiran filem ini mampu mengembalikan fenomena filem seram komedi permotoran motosikal yang pernah mengusai industri filem tempatan.”

HANTU BONCENG 2.0

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata 

Filem Hantu Bonceng berjaya mencipta fenomena dalam industri layar perak pada tahun 2011. Kami percaya ramai yang teruja apabila filem pecah panggung tersebut bakal kembali menerusi sekuel terbarunya.

Memahami penonton yang sering menginginkan konten baru dan menarik, Astro Shaw tidak teragak-agak untuk bawakan filem Hantu Bonceng 2.0 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First. Mengenai filem tersebut, tidak dinafikan ia mempunyai kekuatan tersendiri. Jika kita lihat industri filem tempatan khususnya filem Melayu lebih cenderung kepada genre seram, komedi dan aksi.

Begitu juga dengan filem-filem di Astro First dan buktinya dengan kejayaan filem komedi Mael Totey The Movie (lebih RM6.4 juta), filem komedi seram Syif Malam Raya (lebih RM3 juta), filem komedi Manap Karaoke (lebih Rm1 juta). Bagi filem Hantu Bonceng 2.0 pula, ia bukan sahaja mengangkat dua genre popular iaitu seram dan komedi, malah dipadatkan lagi dengan gabungan sub-genre aksi permotoran motosikal yang mana sering menarik perhatian kaki wayang.

Sementara itu, penampilan barisan pelakon popular tanah air seperti Zizan Razak, Shiha Zikir, Joey Daud, Atu Zero, Taiyuddin Bakar dan ramai lagi di bawah arahan pengarah Datuk Yusry Abd Halim akan menjanjikan kepuasan berbeza kepada para penonton.”

HANTU BONCENG 2.0

Selain itu, filem ini turut menyelitkan lagu AEWO nyanyian Shiha Zikir bersama Noki sebagai lagu tema utama filem. Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan komposer oleh Ezra Kong dan lirik oleh Ezra Kong bersama Noki.

Jangan lupa untuk saksikan filem Hantu Bonceng 2.0 yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim Hantu Bonceng 2.0 di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

HANTU BONCENG 2.0

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

‘Kau Dah Lafaz Cerai Empat Kali’ – Isteri Dakwa Aman Ra Curang

Tips Mencintai & Dicintai