in

Filem Frozen Guna Suara Liyana Jasmay, Marsha & Ray

Walt Disney Animation Studio, studio yang menghasilkan filem-filem “Rapunzel: A Tangled Tale” dan “Wreck-It Ralph”, kini tampil lagi dengan sebuah animasi baru yang berjudul “Frozen: Anna & Permaisuri Salji”. Filem ini mengisahkan tentang puteri Anna dalam pengembaraan epik bersama-sama Kristoff dan seekor rusa setia bernama Sven untuk mencari kakaknya, puteri Elsa yang memiliki kuasa sihir.

Budiey Ray Frozen

[pullquote align=”right”]Filem Animasi Disney “Frozen”, Juga Akan Ditayangkan Dalam Versi Bahasa Melayu, “Frozen: Anna & Pemaisuri Salji” Di Malaysia.[/pullquote]

Kuasa sihir kakaknya telah mengubah seluruh negaranya, Arrendell, kepada musim sejuk untuk selama-lamanya. Anna dan Kristoff terpaksa mengharungi pelbagai cabaran seperti ribut salji dan juga bertemu dengan orang batu bersihir dan orang salji lucu dan ceria, Olaf dalam pengembaraan untuk mengembalikan musim panas dan menyelamatkan negarannya.

Di Malaysia, filem animasi ini akan ditayangkan dalam versi asal Bahasa Inggeris, dan juga versi Bahasa Melayu mulai 28 November ini. Versi Bahasa Melayu filem ini akan dilaih suara oleh bintang-bintang terkenal; Liyana Jasmay, Marsha Milan dan Ray Era FM. Liyana Jasmay memegang watak utama, Puteri Anna, iaitu seorang puteri yang ceria and positif. Marsha Milan pula akan memegang watak puteri Elsa, yang mempunyai kuasa sihir untuk mengawal salji dan ais. Orang salji yang lucu yang memendamkan musim panas, Olaf, akan dialih suara of Ray Era FM.

Filem ini darahkan oleh Cris Buck (“Tarzan, “Surf Up”) dan Jenifer Lee (Penulis Skrip “Wreck-It Ralph”) yang juga selaku penulis lakon layar filem ini. Filem ini diterbitkan oleh Peter Del Vecho (“Winnie the Pooh”, “The Princess and the Frog”). Filem ini juga menampilkan lagu-lagu asal daripada Kristen Andersan-Lopez (“In Transit,” “Winnie the Pooh”) and pemenang anugerah Tony, Robert Lopez (“The Book of Mormon,”. “Avenue Q”). Komposer Christopher Beck menggubah skor asal filem ini (“The Muppets,” pemenang angerah Oscar dalam “Paperman”).

“Frozen: Anna & Permaisuri Salji” akan mula ditayangkan pada 28 November 2013.

Fakta Yang Anda Perlu Tahu:

• Liyana Jasmay adalah pelakon and penyanyi terkenal di Malaysia, dengan pelbagai kredit filem and television. Filem kredit Liyana ialah “Castello”, “Kami The Movie”, “Khurafat – Perjanjian Syaitan” dan “Papadom”. Beliau juga aktif dalam siri televisyen, dan memegang watak utama dalam siri-siri popular seperti “Kami The Series”, “Laila Sari”, “Ponti Anak Remaja” dan “3 Janji”. Beliau juga telah memenangi Pelakon Wanita Filem dalam Anugerah Filem Malaysia ke-22 pada tahun 2009 untuk filem “Papadom”. Pada tahun yang sama, Liyana juga telah memenangi Pelakon Wanita Filem dalam Anugerah Skrin 2009 untuk lakonannya dalam filem “Kami the Series”.

• Marsha Milan bermula dengan Akademi Fantasia musim ke-3,dan menjadi popular apabila menjadi finalis dan mendapat tempat ke-4 dalam program realiti itu. Kini, beliau menjadi hos untuk program hiburan Propoganza untuk 3 musim berturut-turut. Marsha juga tidak asing dengan kerja alih suara. Filem-filem yang pernah dialih suara olehnya termasuk “High School Musical 1, 2 & 3” dan juga animasi tempatan “Bola Kampung The Movie”.

• Shah Reza Mohd Shah, ataupun lebih dikenali sebagai Ray Era FM, ialah radio DJ and hos yang berpengalaman. Kini, Ray ialah salah satu hos untuk program radio pagi number satu di Malaysia, Johara Pagi Era dengan teman-teman hosnya, Johan Raja Lawak dan Haniff Hamzah. Ray juga aktif dalam pelbagai projek televisyen seperti program mainan “Itu Dia”, “Betul Atau Bohong” dan “Anda Ada 60 Saat”, dan juga program hiburan seperti “Super Spontan” dan “Frust Gila”. Ray juga pernah mengalih suara dalam Bahasa Melayu untuk filem-filem Smurfs 1 & 2 dan Madagascar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Radio Suria FM Catat 2.23 Juta Pendengar

Uniqlo Launch Feel the Warmth Project