in ,

Filem-Filem Pilihan Yang Menarik Sepanjang Aidilfitri 2020 di RTM

Sebanyak 13 filem bersaing mengisi slot tayangan musim cuti Aidilfitri, mulai 24 Mei ini hingga 31 Mei depan yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kesemuanya menerusi saluran TV2.

Pilihan di tangan anda sama ada mahu menyaksikan filem tempatan, atau Inggeris yang pernah mencatat kutipan pecah panggung. Tahun ini lebih istimewa lagi kerana penonton seisi keluarga dapat menyaksikan beberapa tambahan filem terbitan negara Asia yang lain termasuklah Indonesia, Thailand juga negara India.

Filem-filem yang disenaraikan menghiburkan anda bersama yang tersayang terutama dalam menjalani norma baharu kempen mencegah jangkitan Covid-19 iaitu :-

“Suamiku Encik Perfect 10” (24 Mei, 2.00 petang)

Pelakon: Aaron Aziz, Lisa Surihani, Raja Ilya, dan Syazwan Zulkifli

Sinopsis: Aleeya Azman terpaksa berlakon sebagai suami isteri dengan Zarief Daniel. Konflik mula muncul apabila tunang Zarief, Azura Hanim meminta perkahwinan mereka dipercepatkan dan Syed Muzaffar menagih kembali cinta Aleeya. 

film Suamiku Encik Perfect 10

“Adiwira ku” (24 Mei, 9.30 malam)

Pelakon : Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, dan Ahmad Adnin Zidane Muslim.

Sinopsis : Berdasarkan kisah benar, filem ini adalah mengenai kumpulan ‘Choral Speaking’ kelahiran SMK Pinang Tunggal di Kedah yang memenangi pertandingan pada tahun 2015. Kesungguhan Cikgu Cheryl Ann Fernando dalam mengajar dan memastikan kecemerlangan pelajarnya di sebuah kawasan pendalaman di Kedah.

“My Spy” (25 Mei, 1.00 tengah hari)

Pelakon: Datuk AC Mizal, Harun Salim Bachik dan Hannah Tan. 

Sinopsis: AJ dan Salleh saling membenci antara satu sama lain. Namun atas satu perkara yang tidak dapat dielakkan mereka harus bergabung bagi menyelesaikan satu ks besar melibatkan seorang datuk yang mengambil rasuah.

“Dayang Senandong” (25 Mei, 8.30 malam)

Pelakon: Ahmad Mahmud, Sarimah, dan Nor Azizah.

Sinopsis: Kisah seorang puteri raja yang dilahirkan bertubuh hitam akibat terkena sumpahan. Sumpahannya terlerai setelah dia ditinggalkan di hutan akibat dihasut dan difitnah. Akhirnya takdir telah membawanya kembali hidup di istana namun pelbagai dugaan terpaksa di tempuhinya.

“Berangkat” (26 Mei, 4.00 petang)

Pelakon: Tarra Budiman, Ayushita Nugraha, Ringgo Agus Rahman, dan Tanta Ginting.

Sinopsis: Jano pelajar yang bekerja sambilan di kedai muzik Aksara. Jano ada masalah untuk bersosial yang menyebabkan dirinya menjadi mangsa buli. Mujur ada Joana dan Dika. Jano jatuh cinta dengan pelanggan kedai muziknya bernama Kayla. Suatu hari Kayla datang ke Aksara dan meminta bantuan Jano untuk memasang poster konsert muziknya di Bali dan sebaliknya memberikan Kayla tiga tiket untuk konsert muzik itu kepada Jano. Dika yang sibuk membantu Joana menyelesaikan penyelidikan geologinya memaksa Jano untuk turut serta dalam membantu Joana, tetapi Jano selalu menolak pelawaan Dika. Dengan berbekalkan sedikit wang, mereka menyewa sebuah kereta VW Combi lama dari Gimbal yang membawa mereka dari Jakarta, Malang ke Bali. Masalah timbul kerana kereta tersebut kerap rosak dan mengundang bahaya kepada keselamatan mereka.

film Berangkat

“Transformers: The Last Knight” (26 Mei, 8.30 malam)

Pelakon: Mark Wahlberg dan Anthony Hopkins 

Sinopsis : Filem sekuel kelima alsi Autobots ini kembali menyajikan pertarungan antara manusia yang bersekutu dengan pada robot, melawan kumpulan Decepticons yang ingin menghancurkan bumi. 

“Ombak Rindu” (27 Mei, 3.30 petang)

Pelakon: Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, dan Bront Palare.

Sinopsis: Kisah Izzah seorang gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya untuk dijadikan pelacur. Hariz telah membeli Izzah untuk dijadikan perempuan simpanan. Izzah merayu Hariz supaya menikahinya. Hariz pula didesak oleh ibunya untuk menikahi Mila.

filem Ombak Rindu

“Zero” (27 Mei, 8.30 malam) 

Pelakon: Shah Rukh Khan dan Katrina Kaif.

Sinopsis: Bauua Singh seorang lelaki dari Meerut yang mempunyai masalah untuk jatuh cinta. Dia kemudiannya menjalin hubungan dengan seorang saintis NASA bernama Aafia Bhinder yang mempunyai penyakit Serebrum Palsy. Bagaimanapun seorang aktres Bollywood terkenal Babita juga mula mendekatinya. Ini membuatkan ketiga-tiga mereka terjerat dalam cinta tiga segi.

“Operation Mekong” (28 Mei, 8.30 malam)

Pelakon: Hanyu Zhang, Eddie Peng dan Baoguo Chen.

Sinopsis: File mini diilhamkan daripada kisah benar Pembunuhan Mekong, dimana dua kapal pedagang dari China diserang hendap di Sungai Mekong salah satu tempat pembuatan dadah terbesar di dunia. Kerajaan China, Laos, Thailand dan Mynmar bergabung untuk menyiasat pembunuhan 13 anak kapal serta membongkar rahsia tenpat tersebut. 

“Haji Backpacker” (29 Jun, 3.00 petang) 

Pelakon: Abimana Arysatya, Laudya Cynthia Bella dan Dewi Sndra.

Sinopsis: Mada telah berhijrah ke negara lain kerana berputus asa dengan ketentuan Tuhan namun pelbagai peristiwa telah terjadi menyebabkan Mada bertaubat.

“Koki-Koki Cilik” (30 Mei, 9.30 malam)

Pelakon: Morgan Oey, Ringgo Aagus Rahman dan Faras Fatik. 

Sinopsis: Bima, chef yang bercita-cita untuk menyertai kem memasak yang berprestij supaya dapat membuka semula restoren bapanya. Bina Cuma seorang budak lelaki yang datang dari keluarga yang miskin.dia tidak mempercayai nasibnya apabila peluang itu tiba. Dia sangat berterima kasih kepada ibu dan jirannya. 

film KOKI-KOKI CILIK

“Musang Berjanggut” (31 Mei, 2.00 petang)

Pelakon: Tan Sri P.Ramlee, Saadiah, dan Ahmad Nisfu.  

Sinopsis : Tun Nila Utama mengembara mencari isteri yang bijak dengan syarat wanita tersebut berjaya memasak menggunakan uncang dibawanya.

“Pannaiyarum Padminium” (31 Mei, 9.30 pagi)

Pelakon: Vijay Sethupathi, V. Jayaprakash dan Tulasi. 

Sinopsis: Kisah Pannaiyar seorang tuan tanah sangat menyukai sebuah kereka Padmini yang ditinggalkan oleh kawannya. Dia mengupah Murugesan sebagai pemandu peribadinya. Kereta tersebut akhirnya menjadi kenderaan serba guna untuk penduduk kampung. 

FILM Pannaiyarum Padminium

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Tak Akan Sertakan Earpods Dalam Kotak iPhone 12

Derma Dengan Ikhlas & PERKHAS Terus Hulur Bantuan