in , ,

Derma Dengan Ikhlas & PERKHAS Terus Hulur Bantuan

‘Derma Dengan Ikhlas’ bersama Pertubuhan Khairat Anak Seni Malaysia (PERKHAS) terus menghulurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan

Kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ bersama Pertubuhan Khairat Anak Seni Malaysia (PERKHAS) terus menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan juga kepada 200 buah keluarga dari pelbagai komuniti di Maran, Pahang. Sebanyak RM10,000 daripada jumlah dana sumbangan melalui kempen tersebut telah digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, laksa, tepung, cordial, gula, krimer, meehoon, telur, air minuman dari pembekal tempatan.

FIZZ FAIRUZ

Dato Fizz Fairuz, Presiden Perkhas berkata, “Pihak kami amat berterima kasih kepada IKHLAS kerana dengan adanya kerjasama ini, kita dapat terus membantu orang yang memerlukan termasuk golongan asnaf, petugas-petugas barisan hadapan, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Pihak kami berharap sumbangan berbentuk barangan asas yang telah disampaikan ini serba sedikit dapat meringankan beban kehidupan seharian mereka.”

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata, “Kami bersyukur kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ berjalan dengan lancar dan dana yang terkumpul melalui inisiatif derma digital awam ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban komuniti yang memerlukan, terutama pada masa yang mencabar ini. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan PERKHAS untuk terus mengedarkan barangan keperluan asas kepada lebih ramai keluarga dan dalam masa yang sama membantu peniaga tempatan.”

FIZZ FAIRUZ

Sehingga kini, kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ telah berjaya mencapai sasaran kutipan dana lebih RM1 juta melalui inisiatif derma digital awam.

Kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ adalah sebahagian daripada kempen #InThisTogether oleh Kumpulan AirAsia.

IKHLAS merupakan jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim di seluruh dunia dengan menyediakan akses untuk pelbagai amalan berasaskan keimanan. Ini termasuk kewajipan agama seperti Umrah, Korban dan pilihan gaya hidup berasaskan hukum Syariah. Portal ini akan dilancarkan pada bulan Jun 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari Givewith.ikhlas.com,​ ​atau melalui laman sosial di Instagram ​ikhlasdotcom ​dan Facebook ikhlasdotcom​.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem-Filem Pilihan Yang Menarik Sepanjang Aidilfitri 2020 di RTM

Setulus Ikhlas di HOT FM & KOOL FM Sempena Aidilfitri 2020