in

Filem Duhai Si Pari-Pari

Tajuk Filem : DUHAI SI PARI-PARI

Genre : Fairy Tales Comedy

Tagline : “Cerita Cinta Biasa Tapi Luar Biasa”

Arahan : Azmi Mohd Hata

Durasi : 110 min

Terbitan : Tayangan Unggul Sdn Bhd

Pelakon Utama : Que Haidar, Liyana Jasmay, Nabila Huda, Remy Ishak, Harun Salim Bachik

Pelakon Pembantu : Datuk Aziz Satar, Zizan Raja Lawak, Farid Kamil, Hans Isaac & Din Beramboi.

SINOPSIS DUHAI SI PARI-PARI

Syadon merasakan hidupnya sempurna apabila Mala, seorang gadis cantik menganggapnya sebagai seorang ‘kekasih’. Pada suatu hari Syadon menemui Mala cedera dipukul dan diugut oleh orang jahat (Budi). Untuk menyelamatkan Mala, Syadon dipaksa menyerahkan semua simpanannya dan selepas menyerahkan wang Syadon dipukul dan ditinggalkan di lorong gelap. Setelah tersedar, didapati Mala, kereta dan duitnya telah hilang. 

Yang ada di depan mata ialah teko keemasan yang terselit di celah sampah-sarap, lalu dibawanya pulang.  Keesokan pagi, Syadon terkejut apabila mendapati seorang gadis (Pari) tidur di sebelahnya. Setelah Pari menerangkan yang beliau sedang mencari ‘kekasih’, terus sahaja Syadon menunjukkan rumah jirannya yang ada anak bujang. Disangkanya Pari tersalah rumah.  

Bapa Pari (Para) kurang bersetuju dengan pilihan anaknya. Syadon tidak kelihatan seperti jejaka idaman wanita. Tetapi Pari berkeras mahukan Syadon dan enggan pulang ke dunia kayangannya. 

Para kemudiannya memberikan sekuntum mawar kepada Pari. Setiap kali kelopaknya gugur, bererti semakin suntuk waktu yang Pari ada untuk mengahwini jejaka idamannya. Syadon pulang ke rumah mendapati Pari masih lagi di situ. 

Syadon bertanya siapa Pari sebenarnya. Setelah diterangkan, Syadon sukar mempercayainya. Dia bukan bodoh untuk percaya cerita karut Pari itu. Pari terpaksa membuktikan kata-katanya dengan menunaikan permintaan Syadon yang mahukan dua guni duit… barulah Syadon percaya dengan kata-kata Pari. 

Dengan duit dua guni tersebut, Syadon mahu membeli sebuat kereta sports. Tiba-tiba Syadon ternampak Volkswagennya.  Dia mendekati tetapi terserempak pula dengan Mala.  Mala yang pura-pura terkena penyakit hilang ingatan, terus sahaja sembuh apabila ternampak duit Syadon yang begitu banyak. 

Syadon kembali mabuk cinta. Pari kecewa… tambahan pula Pari kini sudah mengetahui siapa Mala dan Budi sebenarnya. 

Maka bermulalah usaha Para dan Pari melumpuhkan kegiatan Mala dan Budi. Dengan usaha Para dan Pari, Syadon akhirnya mengetahui siapa Mala sebenarnya. Tetapi dapatkah Syadon melihat wajah Pari yang sebenarnya?  Sementara itu, Pari pula  semakin kesuntukan waktu… apakah cinta yang dicarinya akan hilang bersama dengan kelopak bunga yang terakhir.

Tenaga Produksi

Penerbit 
Tayangan Unggul Sdn Bhd  

Penerbit Eksekutif   
Gayatri Su-lin Pillai 

Penerbit Penyelaras 
Abdullah Affandi Abu Bakar 

Pengurus Produksi  
Zaidi Mat Zin   

Pengarah/Cerita Asal/ 
Azmi Mohd Hata  

Lakon Layar
Azmi Mohd Hata / Helmi Yusof  

Penolong Pengarah  
Hairul Nizar Salleh Askor  

Pengarah Fotografi
Mohd Helmi Mohd Yusof  

Penata Rias
Faizul Zoulkifli  

Pengarah Seni 
Nazrul Asraff  

 

Pelakon Filem Duhai Si Pari-Pari:

  1. Que Haidar sebagai Syadon
  2. Liyana Jasmay sebagai Pari
  3. Remy Ishak sebagai Budi
  4. Nabila Huda  sebagai Mala
  5. Harun Salim Bachik sebagai Para
  6. Farid Kamil Zahari sebagai Pemilik Kereta Sport
  7. Datuk Aziz Sattar sebagai Pak Ajis
  8. Zizan Raja Lawak sebagai Penyamun
  9. Hans Isaac sebagai Tuan Rumah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

XPAX IGNITES NE-YO LIVE IN KUALA LUMPUR 2010

Gambar Bakal Juara Ford Model Supermodel of the World Malaysia 2009