in ,

Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem COURAGE

Courage merupakan sebuah filem yang diadaptasi daripada sebuah kisah benar mengenai Freddie Steinmark (Finn Wittrock) yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pemain American Football. Meskipun mempunyai tubuh badan yang tidak sesuai seperti seorang atlet sukan berkenaan, namun dia tetap berusaha keras untuk mencapai cita-citanya itu dengan latihan keras yang dilakukan dengan dibantu oleh ayahnya.

Banner_800X90 - Budiey.com

Kemudian, Freddie yang telah beraksi dalam sebuah pertandingan telah menarik minat seorang jurulatih legenda dari Universiti Of Texas, Darrell Royal (Aaron Eckhart) hingga akhirnya dia ditawarkan untuk bermain dalam pasukan Longhorns di universiti berkenaan.

Bagaimanapun, kejayaan Freddie bersama pasukan Longhorns tidak bertahan lama apabila dirinya disahkan mengidap sejenis penyakit sehingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong. Apakah yang terjadi seterusnya, filem ini bakal ditayangkan di pawagam bermula pada 23 Mac 2017 di seluruh Malaysia.

Diarahkan oleh pengarah Angelo Pizzo, filem Courage turut membariskan beberapa pelakon terkenal seperti Aaron Eckhart, Finn Wittrock, Robin Tunney, Sarah Bolger, Michael Reilly Burke.

Courage - Poster

FILM COURAGE

Title : Courage
Language : English
Origin : USA
Duration : 118 minutes
Genre : Drama
Director : Angelo Pizzo
Distributor : Empire Film Solution
Classification : P13
Cast : Aaron Eckhart, Finn Wittrock, Robin Tunney, Sarah Bolger, Michael Reilly Burke

Youtube trailer Courage:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem LIFE

Filem KIMCHI UNTUK AWAK Bakal Buat Penonton Tersenyum